Thursday, March 31, 2011
ke arah memahami masalah tempat kediaman-satu kajian kes(2)
berbagai-bagai andaian yang boleh di buat dari kes di atas. sekiranya kita melihat dari sudut si Ida, ini tentulah masalah berpunca dari perempuan kedua yang di panggil juga sebagai orang ketiga. suaminya akan di kira sebagai bersalah lah juga kerana berkahwin dengan perempuan tersebut. dalam hatinya ia tidak boleh berbuat apa-apa tetapi sekiranya ia boleh berbuat apa-apa, ia pasti sanggup berbuat segala-galanya. lazim orang yang seperti ida ini pasti akan mensifatkan perempuan tersebut menyihir suaminya dan mengganggu rumah tangganya, tetapi bukan seorang dua perempuan yang berbuat seperti perempuan kedua itu, ramai perempuan walaupun baik dan bertaqwa bila tersepit se[erti perempuan kedua itu akan melakukan seperti yang di lakukan oleh perempuan kedua itu juga.
dalam realiti kehidupan, ia tidak boleh menyalahkan sepenuh-penuhnya kepada suaminya dan madunya semata-mata, kerana dalam realiti kehidupan, ada dua perkara yang paling di benci oleh semua suami di lakukan oleh kebanyakan isteri yang perlu di fahami betul-betul oleh setiap isteri iaitu, 1) isterinya menolak bila di ajak bersama walaupun dengan alasan yang di fikirkan logik oleh isteri 2) isteri berleter panjang
bilamana kedua-dua sifat ini ketara pada diri isteri, kemarahan suamin akan semakin membengkak. biasanya suaminya akan mendiamkan diri. isteri berfikir suami mendiamkan diri itu adalah satu kebaikan untuk dirinya padahal itu adalah satu penilaian yang paling buruk bagi suami terhadap isteri. dalam erti kata yang lain, isteri seronok berleter panjang pada suami, bagi suami aku ada cara lainla untuk nak ajar kau yang tak mahu faham-faham lagi ni.
di sinilah isterri akan melihat kekurangan isteri yang tidak akan dapat di ubah lagi, ia berazam senyap-senyap untuk mencari pengganti yang boleh menenangkan jiwa dan perasaannya tanpa isterinya itu memahaminya.
dan sememangnya bahasa hati sang suami ini tidak akan di fahami kerana isteri adalah isteri, seorang perempuan manakala suami adalah suami, lelaki
hingga ke tahap sebegitu, tentulah kita akan dapat memahami bahawa isteri masih belum memahami masalah sebenar. adakah sikap suami yang sebegitu adalah menerangkan bahawa ia memang faham masalah sebenarnya atau bagaimana???
BERSAMBUNG
KITA SAKSIKAN IKLAN DULU LA JAP!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment