Wednesday, March 23, 2011

ilmu melangkah (1)

Dalam kitab perubatan klasik, ilmu melangkah adalah satu ilmu yang merujukkan kepada waktu-waktu yang baik bagi seseorang itu memulakan pekerjaan seperti bermusafir dan berdagang. sebenarnya ilmu ini ada pertikaiannya dari sudut hukum. ada pendapat yang membolehkannya dan ada pula pendapat yang menolaknya. ada banyak perkara menarik  untuk di kupas tentang kedua-dua pendapat yang berlawanan itu.


namun begitu, di sini saya yang lemah dan hina ini tidaklah berhasrat untuk membincangkan hal itu. saya ingin mengajak kita melihat ke satu sudut yang lain. izinkan saya al faqir al haqir yang yang kurang ini menyebut terdapat satu cerita yang menarik berkait dengan me3langkah ini yang di katakan berlaku beberapa kali kepada pengamal ilmu harimau jadian. di katakan pengamal ilmu harimau jadian yang akan mati akan  berpesan kepada orang-orang yang di percayainya agar membacakan yassin 3 malam kepada arwahnya. sekiranya tidak di lakukan, orang akan melihat jelmaan harimau jadian tersebut di beberapa kawasan yang si arwah itu sentiasa berada pada waktu hayatnya. Gangguan seumpama ini di katakan akan berlaku sekiranya yang memegang amanah itu menunaikan amanah tersebut sebaliknya sekiranya ia meninggalkan / mensia-siakan amanah tersebut, hal ini pasti berlaku. Wallahu `alam 


di ceritakan bahawa ada orang yang pernah  memerhatikan kejadian yang amat menakutkan berlaku pada kubur si pengamal ilmu harimau jadian tersebut bilamana tidak di bacakan yassin padanya sebagaimana yang di amanahkannya.iaitulah ada datang seekor harimau dari dalam hutan menghampiri kubur si mati tersebut. harimau ini di lihat melangkah kubur tersebut dari bawah kev atas( dari kaki ke kepala) kemudiannya ia akan melangkah pula dari kanan ke kiri sekira-kira pada bahagian perut mayat tersebut. seterusnya ia akan menggali kubur tersebut dan menarik si mayat ke luar. ia akan mengoyakkan si mayat dan menjilat-jilat si mayat tersebut. maka keluarlah dari kain kafan tersebut seekor harimau. 


cerita yang empunya hikayat  menyebutkan bahawa itulah sebabnya orang akan melihat jelmaan harimau dalam masa terdekat di kampung tersebut atau juga orang akan melihat si mati berjalan pada waktu malam.




mungkin tuan-tuan menganggapkan hal ini karut marut saja, tetapi saya kira bagi pengkaji dan peminat kebesaran Allah , hal ini boleh berlaku. saya mempercayai kisah ini boleh berlaku dengan izin Allah .saya dapati dari beberapa sumber yang saya kira boleh di percayai hal ini telah berlaku beberapa kali di beberapa kawasan sekitar abad lepas. bagi saya yang bodoh dan cetek pengetahuan ini , ada beberapa mutiara ilmu yang boleh kita faham  yang berkait dengan rahsia melangkah . 




cuba kita bayangkan kita di sunatkan memulakan langkah dengan kaki kanan bila keluar rumah, masuk masjid, keluar dari bilik air sebaliknya kita di sunatkan pula memulakan langkah kiri bilamana masuk tandas. Kenapa ini yang di ajarkan oleh syariat??


bagi saya ini adalah contoh-contoh rahsia yang tidak tersingkap oleh kita yang ada pada melangkah. demikianlah Allah memerintahkan nabi Ayyub menghentakkan kakinya ke bumi sehingga keluar air yang nyaman dan baik untuk merawat dirinya yang sakit.


demikianlah juga Allah memerintahkan Maryam menggoncangkan pokok sesudah melahirkan NabiNya Isa. ini semua mesti ada lautan rahsia yang sangat besar. bukankah kaki itu menjadi anggota wudhu`








BERSAMBUNG DENGAN IZIN ALLAH 

إن شاء الله


hal ini 

No comments: