Tuesday, March 8, 2011

Baginda di sihir oleh Lubaid (2)

Ibn Hajar Al Asqalani menghuraikan dalam fath al bari bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa kumpulan Yahudi telah menemui si Lubaid tukang sihir , merayu kepadanya agar menyihirkan Rasulullah SAW. ini kerana mereka orang-orang yanhudi telah melakukan sihir kepada Rasulullah tetapi tidak berkesan. maka tujuan mereka merayu kepada Si Lubaid ini adalah kerana mereka menghargai si Lubaid sebagai tukang sihir yang paling hebat sekali, walaupun ia bukan dari kalangan yahudi, sebaliknya dari qabilah arab Khazraj , tetapi hubungan dan ilmu itu di ambilnya dari orang Yahudi, maka mestilah ia gunakan untuk menghasilkan kepentingan bersama antara Arab madinah yang sayangkan kuasa dan jahiliyyah dan yahudi. Mereka adalah sama-sama menentang nabi.


Kesan dari usaha Lubaid selama empat puluh hari amalan sihirnya , Rasulullah SAW telah menderita sakit selama enam bulan. Ibn Hajar menyebut bahawa golongan ahli bid`ah telah menolak kisah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini kerana, dakwa mereka, kisah sebegini mencacatkan keterpeliharaan Rasulullah SAW. Beliau menolak pandangan ahli bid`ah tersebut dengan menyatakan kesakitan Rasulullah SAW ini tidak mencacatkan keterpeliharaan rasulullah SAW. Ini kerana penghujung kisah ini memaparkan bahawa Rasulullah telah di rawat oleh Jibrail dan Mikail. Babak rawatan yang terdapat dalam kisah ini  adalah di antara pengajaran paling yang besar yang boleh kita pelajari dari kisah tersebut yang menjadi asas kepada kaedah merawati sihir seluruhnya.


Kisah ini memaparkan kepada kita bagaimana Rasulullah menyuruh Saidina Ali dan Ammar mengambil dan membuangnya dengan erti setiap sihir itu mestilah di batalkan supaya kembali kepada neutral semula.


Jibrail yang merawat Nabi sebagaimana di gambarkan dalam kisah ini berada di kepala dan kaki baginda menerangkan tentang suis2 utama sihir yang kawal dalam usaha pemulihan dan rawatannya.







No comments: