Wednesday, March 9, 2011

RAHSIA PANTANG LANGKAH BENDUL(2)





sebagaimana dua beradik kembar yang keluar dari satu  perut ibu  yang sama mempunyai perbezaan watak iaitu yang pertama keluar lebih suka mendesak , tergopoh gapah dalam banyak hal dan lebih suka memotong angin yang kedua manakala yang kedua keluar dari perut ibu akan lebih senang bertolak ansur dan mengalah pada yang pertama tetapi lebih pintar sehingga dalam banyak perkara akan mendahului yang pertama, ini adalah [pemerhatian  yang biasa di perhatikan  oleh bijak pandai terdahulu sehingga kerana miskinnya kita kepada istilahj yang menunjukkan penghargaan kita kepada pengalaman mereka , kita mengungkapkannya sebagai kata orang-orang tua. Itulah sahaja yang mampu kita ungkapkan. bilamana tiada hormat kepada mereka yang bergelar orang tua itu yang kita tidak tahu siapakah mereka yangb di maksudkan  itu, maka sekaligus dengan itu  kita telah lupa untuk menghargai kata-kata yang berupa pati pemerhatian mereka dalam hidup mereka. Kalau kita kaji secara akademik, saya yang kerdil dan dhaif ini melihat sebagaimana yang di sebut oleh Ibn Abdul Rabbihi dalam karya kesusteraannya yang menjadi satu rujukan asas kepada pelajar ilmu al adab al arabi , el Uqdul Fareed,   ia adalah pengiktibaran yang di bedah dari kesah kehidupan dua kembar anak Nabi Ishaq iaitu yang bernama Yaaqub dan Esau.

Orang-orang tua kita( terpaksa sekali lagi menggunakan istilah yang kurang menghargai  ini) mensifatkan dua watak yang berbeza pada dua budak ini sebagai terrik(  omputih menyebutnya dalam bahasa pasar mereka, has been drawn)  to)  demikianlahlah juga dengan sifat terrik dua beradik perempuan yang berkahwin pada satu masa yang sama . demikianlah lagi adik perempuan yang berkahwin mendahului kakak perempuannyaa, seringkali menurut pemerhatian mereka ada tarikan. 


apakah dia territ(saling ta rik menarik menyebabkankan ada satu ketegangan yang tidak nampak di lihat mata) antara dua beradik itu yang seringkali berlaku ,????menurut pemerhatian mereka. apakah ini benar? apakah kata golongan yang tidak bersetuju dengan pandangan sempit sebegini? apa pula jawab mereka . 






menurut pemerhatian mereka , mungkin si adik yang berkahwin awal ini sukar memperolehi anak atau di timpa penyakit yang sukar di rawat. -tak semestinya akan berlaku!!!




maka untuk itu, mereka menyarankan supaya si adik ini menghadiahlkan kepada kakaknya sesuatu yang berharga yang sangat di sukai atau di impikan oleh kakaknya, supaya dengan itu, hati si kakak  yang sedih itu kembali menjadi ceria . Nampaknya ajaran menghormati kakak yang lebih tua ini adalah satu ajaran yang sangat cantik. dengan itu, kehidupan adik itu  tidaklah lagi di tarik oleh kesedihan kakaknya.







Menarik juga untuk kita melihat bahawa golongan yang tidak bersetuju dengan pandangan sempit sebegini telah berdalilkan dengan suatu hadis :

لا عدوى ولا طيرة ولا صفر ولا هامة 
Nabi bersabda bermaksud: tiada jangkitan penyakit, tiada sial majal, yiada kecelakaan pada bulan safar dan tiada sial pada burung hantu



menurut golongan kedua ini,Hadis ini  secara umumnya, menolak kepercayaan yang berkata ada sial dan kecelakaan pada benda-benda tertentu dengan di bawakan contoh-contohnya secara khusus kepercayaan tentang burung dan bulan safar yang terdapat dalam masyarakat jahiliyyah



dalam menyangkal hujah golongan kedua ini , golongan pertama menepis hujah tersebut dengan mempersoalkan, kamu fahamkah apa maknanya hadis ini. masakan tiada penyakit berjangkit sedangkan rasulullah SAW melarang seseorang keluar dari masyarakat yang di landa taun dan juga melarang melarang seseorang dari luar masuk ke dalam masyarakat yang di landa taun. kamu fahamkah apa maksud sebenar hadis ini. Hadis ini menyuruh kita mengkaji dan menerima secara ilmu, bukannya menjadi pak turut yang membuta tuli menerima kata-kata orang tentang majal sial. ada sakit berjangkit  yang benar dan ini kita mestilah menerimanya.  ada juga sial yang bertujuan menakut-nakutkan orang dari kebenaran sebagaimana yang di lakukan oleh masyarakat jahiliyyah. ini yg perlu di tolak


golongan pertama ini menghujahkan lagi bahawa kaedah menceriakan lagi hati kakak ini tidak bersalahan dengan ajaran Islam kerana Rasulullah SAW mengajarkan :


تهادوا تحابوا 
hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling bertambah kasih sayang.

mereka turut menghuraikan bukan sahaja dalil-dalil yang menggalak memberi tadiah malahan juga membongkarkan rahsia memberi hadiah sesama sendiri.


jadi antara dua pendapat ini, sidang pembaca mahu memilih yang mana? pendapat yang menyuruh berpantang ke atau pun yang berkata tidak perlu berpantang?


Saya yang cetek ilmu dan kurang bijak sana ini memilih pendapat ketiga iaitu pendapat yang berkata depand on---tengok keadaanlah, jangan ketat sangat, jangan longgor sangat.  Kalau perlu bagilah aje hadiah sedikit untuk kakak dihari si adik ini bergembira.

sebabnya bagi saya golongan pertama bercakap dengan teliti berdasarkan  pemerhatian, tapi tak semestinya akan berlaku, bilamana dah berlaku, tidaklah mudah juga untuk di selesaikan

manakala golongan kedua bercakap dengan nada yakin dan confident.ini lebih tawakal. masing-masing ada dalil yang benar



والله أعلم










 

No comments: