SETIAP lelaki yang sihat wal afiat , waras akalnya dan berfungsi tenaganya, walaupun miskin tidak berduit, tetap mempunyai keinginan untuk berkahwin seorang lagi, samaada ia tunduk atau tidak pada kehendak tersebut itu bab lain lah, tapi keinginan tu tetap ada, tak boleh di nafikan sekali-kali walaupun isterinya memberikannya setiap hari, maka apatah lagi sekiranya isterinya tidak memberikan pula, tentulah keinginan yang tidak dapat di bunuh itu akan menjadi semakin besar dan kuat menjalar dalam dirinya. akhirnya keinginan ini akan mengganggu dan merosakkan dirinya.
maka itulah sebabnya jadi begitu. satu hal yang tidak berapa di fahami oleh isteri. samada suami faham atau tidak faham alasan isteri, samada alasan isteri itu benar atau tidak, itu bukanlah suatu yang diambil kira sangat oleh suami, bilamana ia telah nekad , ia akan jadi berani untuk melakukannya. samada tindakannya itu menguntungkan atau merugikan , itu hal lain.
lantaran jawapan yang tidak pasti dalam banyak soalan-soalan inilah kita mendapati banyak rumah tangga yang jadi kacau, hakikatnya bolehlah kita simpulkan kerana mereka tidak memahami hakikat sebenar. kata orang Terengganu, dok jupe cari punca.
jadi puncanya di mana? hakikat masaalahnya ialah apadia???
itu
Thursday, March 31, 2011
ke arah memahami masalah tempat kediaman-satu kajian kes(2)
berbagai-bagai andaian yang boleh di buat dari kes di atas. sekiranya kita melihat dari sudut si Ida, ini tentulah masalah berpunca dari perempuan kedua yang di panggil juga sebagai orang ketiga. suaminya akan di kira sebagai bersalah lah juga kerana berkahwin dengan perempuan tersebut. dalam hatinya ia tidak boleh berbuat apa-apa tetapi sekiranya ia boleh berbuat apa-apa, ia pasti sanggup berbuat segala-galanya. lazim orang yang seperti ida ini pasti akan mensifatkan perempuan tersebut menyihir suaminya dan mengganggu rumah tangganya, tetapi bukan seorang dua perempuan yang berbuat seperti perempuan kedua itu, ramai perempuan walaupun baik dan bertaqwa bila tersepit se[erti perempuan kedua itu akan melakukan seperti yang di lakukan oleh perempuan kedua itu juga.
dalam realiti kehidupan, ia tidak boleh menyalahkan sepenuh-penuhnya kepada suaminya dan madunya semata-mata, kerana dalam realiti kehidupan, ada dua perkara yang paling di benci oleh semua suami di lakukan oleh kebanyakan isteri yang perlu di fahami betul-betul oleh setiap isteri iaitu, 1) isterinya menolak bila di ajak bersama walaupun dengan alasan yang di fikirkan logik oleh isteri 2) isteri berleter panjang
bilamana kedua-dua sifat ini ketara pada diri isteri, kemarahan suamin akan semakin membengkak. biasanya suaminya akan mendiamkan diri. isteri berfikir suami mendiamkan diri itu adalah satu kebaikan untuk dirinya padahal itu adalah satu penilaian yang paling buruk bagi suami terhadap isteri. dalam erti kata yang lain, isteri seronok berleter panjang pada suami, bagi suami aku ada cara lainla untuk nak ajar kau yang tak mahu faham-faham lagi ni.
di sinilah isterri akan melihat kekurangan isteri yang tidak akan dapat di ubah lagi, ia berazam senyap-senyap untuk mencari pengganti yang boleh menenangkan jiwa dan perasaannya tanpa isterinya itu memahaminya.
dan sememangnya bahasa hati sang suami ini tidak akan di fahami kerana isteri adalah isteri, seorang perempuan manakala suami adalah suami, lelaki
hingga ke tahap sebegitu, tentulah kita akan dapat memahami bahawa isteri masih belum memahami masalah sebenar. adakah sikap suami yang sebegitu adalah menerangkan bahawa ia memang faham masalah sebenarnya atau bagaimana???
BERSAMBUNG
KITA SAKSIKAN IKLAN DULU LA JAP!!!
Tuesday, March 29, 2011
ke arah memahami masalah tempat kediaman-satu kajian kes
tersebutlah al kisah seorang perempuan yang malang yang di panggil Ida. Setelah ia melahirkan anak pertama tiga bulan, ia telah berpindah ke sebuah rumah yang lebih selesa. kalaulah sebelum ini, iaitu pada permulaan kahwin dengan Box , ia tiada pilihan lain melainkan bersetuju sahaja untuk menetap di rumah flat tingkat tiga berbilik dua yang di pilih oleh suami tersayangnya itu, walaupun ia sendiri sedari awal memang pasti amat tidak selesa rumah sebegitu. . rumah yang sempit dan tinggi ini amat menyiksakannya apatah lagi menjelang hari-hari yang perutnya sarat mengandung bayi sulung itu.
Sekarang rumah barunya ada tiga bilik, terletak di aras dua di sebuah kawasan PPR 39 tingkat di Jalan V, kira-kira 7km dari KL.
Ida yang cerdik memang perasan lebih awal dari suaminya tentang anak kecil merasa yang pasti akan menangis setiap kali tidur malam di bilik hujung yang mengadap ke Kedai HyperMarket, namun begitu ia memang tidak tahu menahu langsung tentang wujud hal tersebut dengan gangguan makhlkuk halus yang terdapat di bilik tersebut. Bilik itu luas, nyaman dan sejuk. cumanya bila bangkit dari tidur, ia merasakan amat penat. kadang-kadang juga ia merasa seperti krem pada waktu tengah malam bilamana ia tidur di bilik tersebut. ia juga seringkali bermimpi jatuh dari bangunan. ia mengira itu adalah benda biasa sahaja. tidak pernah ia menyangka itu adalah tanda-tanda yang berkait dengan makhluk halus di bilik tersebut. perkara itu boleh mempengaruhi kehudupan masa depannya.
setelah terlampau kerap kali si bayinya itu tidak mahu tidur dalam bilik tersebut, ia akan membiarkan anaknya itu tidur di bahagian tengah, bahagian tamu, hall kata omputeh,
sebenarnya ia tidak perasan bahawa semenjak ia tidur malam di bilik tersebut, ia telah lama tidak melakukan hubungan jenis dengan suaminya. apatah lagi untuk menyedari isi hati suaminya yang membengkak marah kerana sengsara tidak puas tidak memperolehi santapan kasih sayang dengan sepuasnya itu. cuma apa yang ia cukup perasaan ialah sikap suaminya telah banyak benar berubah, cepat meradang dan kasar, yang ia pasti apatah lagi setelah ia terhidu suaminya bermain dengan seorang anak dara di pejabat bersebelahan dengan tempat suaminya bekerja. ia tidak menyangka asalnya ada kaitan dengan hidup di bilik tersebut yang ada kaitan dengan syaitan itu.
perubahan suaminya ini hanyalah menyebabkan ia menyangka suaminya di sihir perempuan seksi dan galak miang itu, ia tidak pernah nampak kesilapannya, lantaran itu, segala kesalahan adalah di tuding semudah dan secepat-cepatnya kepada perempuan tersebut, di namakannya perempuan itu perempuan sial. ia sudah banyak kali berubat ke sana sini minta air untuk di beri minum suaminya, agar kasih sayang suaminya itu kembali semula kepadanya.
malangnya ia tak nampak sebarang perubahan positif ke arah itu.
akhirnya suaminya melepaskannya dengan talak satu. itulah yang didaftarkan pada Majlis agama walaupun pada hakikatnya adalah tiga. suaminya telah berkahwin dengan perempuan sial itu.
sekarang ia telah tiga tahun berpisah dengan suami. badannya juga selalu sakit-sakit. mukanya yang dulu licin bak pauh di layang telah bertukar menjadi kulit nangka buruk. dirasakannya tiada siapa lagi yang mahukan wajahnya yang buruk itu.
setelah ia berubat, ada perawat yang berkata masalahnya pada rumah tersebut.ada banyak pula yang berkata dari dirinya sendiri. walaupun ia sebenarnya tidak faham tentang hakikat masalahnya sebagaimana yang di katakannya oleh perawat-perawat itu, tetapi pada masa itu ia merasakan ia telah benar-benar faham . masalah itu mudah saja di fahami oleh orang yang SPM dapat pangkat satu sepertinya itu. tetapi tiga tahun selepas itu, di kebelakangan ini saja barulah ia benar-benar belum faham sepenuhnya lagi. ini kerana semakin jauh ia berusaha mengubati diri dan rumah sewanya itu, barulah ia merasakan kerumitan sebenar rumah tersebut yang tidak pernah mahu pulih sebagaimana yang ia harapkan padahal ia telah berusaha dengan banyak orang.
setelah ia penat, ia mula memohon dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah, di sinilah ia mula mendapat azam untuk memahami sepenuh-penuhnya masalah itu supaya dengan itu ia dapat menghadapi cabaran tersebut dengan ilmu dan yakin bukan dengan pandang mudah sebegitu saja.
kerana itu ada kaitan dengan syaitan dan nafsu dalam kehidupan seluruhnya.
bersambung
cerita ini di ubah suai dari cerita benar, segala nama orang dan tempat adalah gubahan cerita semata-mata, ia tidak melibatkan manusia atau tempat sebenarnya. sekiranya berlaku, anggapkanlah itu sebagai satu kebetulan sahaja.
Allah jua yang maha kaya. Apa yang kita harapkan ialah kemuliaan dan kerahmatanNya yang Maha Luas itu.
KENCING MANIS (2)
ramai juga pengidap kencing manis yang mencuba meminum air blender apple hijau dengan peria katak. setelah mengamalkan beberapa kali menereka mendapati kencing manis mereka menurun dengan baik sekali.
bacakan al fatihah dan selawat shifa sebelum meminumnya.
tuan-tuan boleh mencuba juga ,
mudah-mudahan mujarrab
bacakan al fatihah dan selawat shifa sebelum meminumnya.
tuan-tuan boleh mencuba juga ,
mudah-mudahan mujarrab
Wednesday, March 23, 2011
ilmu melangkah (3)
adapun tentang kenapa hal itu jadi begitu , saya telah jelaskan secara asasnya dalam buku saya berjodol Hadis perubatan pengantar kepada petua tradisional siri 1 bab Hadis Pertama.
cubalah ruju di sana sekiranya anda ingin pengelasan tentang asas petua tersebut.
di sini saya ingin bawakan contoh kedua, petua dari Mak bidan yang berpengalaman pula tentang bagaimana untuk menghentikan anak yang menangis malam.
Terbalikkan bayi yang menangis itu kepala ke bawah, kaki ke atas . asalnya amalan ini sering di lakukan selepas bayi tersebut mandi oleh masyarakat India di tanah air kita. Di mesir, saya mempelajari amalan ini juga biasa di lakukan oleh masyarakat Timur Tengah itu, -kata orang-orang tua mereka untuk menghilangkan rasa gayat . Memanglah kita lihat orang Mesir macam orang India tempat kitalah jugak, kurang gayat tak lah macam sesetengah orang kita termasuklah saya sendiri, agak keterlaluan juga la yang tuh.
Setelah terbalikkan bayi tadi, lalukan ia di bawah kangkang , sekali melalui kaki kanan sekali lagi melalui kaki kiri, biasanya bayi tersebut akan berhenti menangis. bacaannya ialah Al Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul yang memang dah selalu di amalkan oleh masyarakat kita.
kalau kita fikir apakah logik dan kaitannya, jawapnya inilah yang di katakan ilmu, kerana tak jumpa cari lagi jawapannya kitaa namakan petua orang tua-tua. sesetengah orang menyatakan eleh orang-orang tua aje, bukan ada dalam hadis pun, cuba tengok sandarannya mereka di mana????
BERSAMBUNG INSHA ALLAH

ilmu melangkah (2)
sebagai contoh pertama, seandainya kita gali pengalaman pemandi-pemandi mayat yang berpengalaman, mereka akan ada pengalaman memandi mayat seorang yang telah mati tetapi zakarnya tegang. cuba tuan-tuan bayangkan saja bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita sebagai pemandi mayat, tiba-tiba pada suatu hari, kita menemui mayat yang tegang zakarnya. Orang Terengganu kata keras mencongkeng
hal ini bukan saja berlaku pada zaman dahulu, zaman sekarangpun ada juga berlaku.
bila berada dalam keadaan yang seperti ini, jangan sekali-kali panik tuan-tuan!!!!.zikir banyak-banyak dan apa yang harus di lakukan ialah panggil isterinya supaya masuk dan jangan diceritakan kepada sesiapapun. suruh isteri ini langkah bahagian kermaluan itu tiga kali sebagaimana yang dalam cerita harimau jadian tu, biasanya zakar yang tegang mencongkeng itu akan terus kendur dan pulih seperti sedia kala.
namun begitu bagi saya adalah lebih baik di bacakan ayat quran, tetapi ada pemandi mayat yang mengambil pendekatan tersebut . Mereka hanya menyuruh si isteri membacakan alfatihah dan berselawat ke atas nabi lantas melakukan cara tersebut. Mereka melihat perubahan yang serta merta berlaku kepada si mayat.
Itulah tanda kebesaran Allah
Allah lah yang Maha Besar
والله خير وأعز وأجل وأكبر
ilmu melangkah (1)
Dalam kitab perubatan klasik, ilmu melangkah adalah satu ilmu yang merujukkan kepada waktu-waktu yang baik bagi seseorang itu memulakan pekerjaan seperti bermusafir dan berdagang. sebenarnya ilmu ini ada pertikaiannya dari sudut hukum. ada pendapat yang membolehkannya dan ada pula pendapat yang menolaknya. ada banyak perkara menarik untuk di kupas tentang kedua-dua pendapat yang berlawanan itu.
namun begitu, di sini saya yang lemah dan hina ini tidaklah berhasrat untuk membincangkan hal itu. saya ingin mengajak kita melihat ke satu sudut yang lain. izinkan saya al faqir al haqir yang yang kurang ini menyebut terdapat satu cerita yang menarik berkait dengan me3langkah ini yang di katakan berlaku beberapa kali kepada pengamal ilmu harimau jadian. di katakan pengamal ilmu harimau jadian yang akan mati akan berpesan kepada orang-orang yang di percayainya agar membacakan yassin 3 malam kepada arwahnya. sekiranya tidak di lakukan, orang akan melihat jelmaan harimau jadian tersebut di beberapa kawasan yang si arwah itu sentiasa berada pada waktu hayatnya. Gangguan seumpama ini di katakan akan berlaku sekiranya yang memegang amanah itu menunaikan amanah tersebut sebaliknya sekiranya ia meninggalkan / mensia-siakan amanah tersebut, hal ini pasti berlaku. Wallahu `alam
di ceritakan bahawa ada orang yang pernah memerhatikan kejadian yang amat menakutkan berlaku pada kubur si pengamal ilmu harimau jadian tersebut bilamana tidak di bacakan yassin padanya sebagaimana yang di amanahkannya.iaitulah ada datang seekor harimau dari dalam hutan menghampiri kubur si mati tersebut. harimau ini di lihat melangkah kubur tersebut dari bawah kev atas( dari kaki ke kepala) kemudiannya ia akan melangkah pula dari kanan ke kiri sekira-kira pada bahagian perut mayat tersebut. seterusnya ia akan menggali kubur tersebut dan menarik si mayat ke luar. ia akan mengoyakkan si mayat dan menjilat-jilat si mayat tersebut. maka keluarlah dari kain kafan tersebut seekor harimau.
cerita yang empunya hikayat menyebutkan bahawa itulah sebabnya orang akan melihat jelmaan harimau dalam masa terdekat di kampung tersebut atau juga orang akan melihat si mati berjalan pada waktu malam.
mungkin tuan-tuan menganggapkan hal ini karut marut saja, tetapi saya kira bagi pengkaji dan peminat kebesaran Allah , hal ini boleh berlaku. saya mempercayai kisah ini boleh berlaku dengan izin Allah .saya dapati dari beberapa sumber yang saya kira boleh di percayai hal ini telah berlaku beberapa kali di beberapa kawasan sekitar abad lepas. bagi saya yang bodoh dan cetek pengetahuan ini , ada beberapa mutiara ilmu yang boleh kita faham yang berkait dengan rahsia melangkah .
cuba kita bayangkan kita di sunatkan memulakan langkah dengan kaki kanan bila keluar rumah, masuk masjid, keluar dari bilik air sebaliknya kita di sunatkan pula memulakan langkah kiri bilamana masuk tandas. Kenapa ini yang di ajarkan oleh syariat??
bagi saya ini adalah contoh-contoh rahsia yang tidak tersingkap oleh kita yang ada pada melangkah. demikianlah Allah memerintahkan nabi Ayyub menghentakkan kakinya ke bumi sehingga keluar air yang nyaman dan baik untuk merawat dirinya yang sakit.
demikianlah juga Allah memerintahkan Maryam menggoncangkan pokok sesudah melahirkan NabiNya Isa. ini semua mesti ada lautan rahsia yang sangat besar. bukankah kaki itu menjadi anggota wudhu`
BERSAMBUNG DENGAN IZIN ALLAH
إن شاء الله
hal ini

Saturday, March 19, 2011
memahami ombak/gelombang api dalam demam campak(3)
MENURUT pengalaman orang berilmu yang kita sebut dengan bahasa yang sangat ringkas " orang tua-tua kata": bilamana biji campak dah tumbuh di kaki ertinya penyakit pesakit dah nak berakhir,dah nak sampai ke penghujungnya. ia akan sembuh.
ini nak menerangkan kepada kita bagaimana perjalanan api campak itu dalam badan seseorang pesakit. sekiranya api campak itu telah menemui bumi ( iaitu ia telah mula tumbuh di kaki kerana kakilah anggota yang memijak bumi) ertinya api itu telah tua dan mencapai umur matang untuk mati. matinya itu ialah dengan cara ia balik ke bumi kerana memang api takutkan tanah. setiap kali berlaku perlawananan antara api dengan tanah, memanglah api akan kalah dan tanahlah yang akan menang.
bilamana api campak tu turun ke tanah, ia akan kalah . ia akan lari. pesakit akan pulih seperti sedia kala.
soalnya bagaimana dsekiranya sistem itu di ganggu, katakan di ganggu dengan ubat-ubat yang mengandungi n dadah yang akan mengubah sistem tersebut.
saya aada menemui orang yang campak di bedah tengkuknya jadi berlubang semata-mata kerana campak. saya kira ini adalah orang-orang yang gopoh dan tidak mahu bersabar menghayati perjalanan dan sistem api dalam badannya sendiri. tersebut. mahu saja ia membunuh dan memusnahkan api tersebut bilamana ia rasa panas setetika,akhirnya cerita lain pula yang timbul. setelah tengkuk kena tebuk lalu terfikirlah ia barangkali ada gangguan makhluk halus yang apatah namanya cuba mengganggu dia. pada hemat saya itu bukan hantu raya atau polong pelesit tetapi adalah berpunca dari api dalam badan.
memahami ombak/gelombang api dalam demam campak(2)
bacaan rawatan untuk sakit campak ialah:
1) al fatihah sebagai pembuka sarung
2) lau anzalna pemecah api
3) iza zul zilatil ardhu -mengeluarkan segala bisa dari dalam badan. ia di sebut sebagai kebah.
4) selawat syifat- penyejuk
biasa yang menurun di baca 3 kali setiap satu sekiranya menaik di baca tujuh kali.
insyaAllah mujarrab
memahami ombak/gelombang api dalam demam campak
serangan demam campak di ukur oleh orang-orang tua kita dalam bentuk samada (1) menaik yang di panggilnya dengan nama pasang. ibarat dari air laut. atau (2) menurun yang di panggil sebagai surut . juga mengambil kira sepwrti ombak.
jenis pertama ini ialah bilamana demam campAK INI mengalir dari seorang abang atau kakak kepada adik. pesakit kedua ini akan lebih sedikit menderita dari yang terdahulu. sebaliknya sekiranya demam tersebut mengalir dari seorang adik kepada abang atau kakak, inilah yang dikatakan pasang. ertinya pesakit kedua akan menderita lebih teruk dari yang pertama.
ayat seribu dinar
dalam masyarakat islam ayat seribu dinar sangat terkenal sebagai ayat menghalau hantu jin
Tuesday, March 15, 2011
ubat minum untuk pengidap kencing manis
Ubat kencing manis yang berupa herba dan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah ini ada berbagai-bagai. mana satukah yang rasi dengan pengidapnya , tiada siapa yang tahu. doktor yang sangat pakar pun tidak akan mengetahui kerana rasi ini termasuk dalam rahsia Allah. Sabda Nabi:
إذا وافق الدواء الداء برأ علمهمن علمه وجهله من جهله
apabila menepati oleh ubat akan penyakit, maka jadi sembuhlah, mengetahui oleh orang yang Allah ajarkan dia, dia tiadalah mengetahui ia bilamana Allah tidak mengajarkannya(mengilhamkannya)
di antarav ubat yang dinkatakan mujarrab ialah misai kucing, ada juga yang mengajar agar merebus pokok letup2, minum airnya
ada juga yang mengajarkan rebus daun tebu.
ada juga yang mengajarkan minum air rendaman taugeh
tebu gajah yang pahit itu juga banyak memberikan faedah dan manfaat kepada pengidap kencing manis di beberapa kampung di Terengganu
cubalah mana-mana selagimana tidak mudharat, mudah-mudahan ada satu yang rasi, alhamdulillah
wassalam

wajarkah pengidap kencing manis di potong kakinya???? (3)
sekendi air yang di rebus dengan perkakas tadi di biarkan suam sebelum di jirus pada kaki. ini mestilah di lakukan waktu pagi. bilamana kaki itu menerima air yang kelat tadi, racun tadi jadi lemah, sekaligus tentera yang tertawan ladi seolah-olah mendapat bantuan untuk memerangi semula musuh yang sedang menawannya itu.
lakukan selama beberapa lama.
ada pesakit yang beramal tiga bulan selang seli, akhirnya nanahnya kering dan tempat yang berkulat tadi di tumbuhi daging semula bilamana bahagian tersebut telah kering dari nanah yang memang sukakan kelembapan itu.
ada juga yang tak kronik teruk , amal seminggu je dah ok. itu semuanya penyembuhan dari Allah jua.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

wajarkah pengidap kencing manis di potong kakinya???? (2)
perkataan kencing manis adalah menerangkan tentang satu kumpulan sistem dalam badan yang berkait mengait antara satu sama lain yang telah di kuasai racun akibat daripada sisitem tersebut tidak dapat berfungsi sebagaimana asalnya. yang di katakan racun di sini ialah sifat manis gula yang berlebihan dari yang sepatutnya (over) yang berada dalam badan pesakit . racun ini adalah bersifat jahat kerana ia mengganggu sistem-sistem lain.
maka kesannya wujudkan perjalanan darah lendir angin dan cecair-cecair yang tersumbat yang bilamana setelah sekian-sekian masanya, ia tidak dapat berjalan lancar sebagaimana asalnya, maka ia telah tersesat dan menjadi jahat. sebahagiannya yang muncul pada bahagian kulit(permukaan) di namakan nanah. Dalam erti kata yang lain, nanah adalah tentera tawanan yang telah kalah dan tunduk kepada musuh.
wajarkah tentera ini di bunuh?? jawabnya tidak, tetapi ia perlulah di bebaskan . Usaha pembaikan secara keseluruhannya perlulah di lakukan. Bagaimanakah untuk melakukan pembaikkan itu???
samada menghantar tentera tambahan atau bagaimana?
dalam bab kencing manis ini, ada banyak testimoni yang memberikan persaksian bahawa kulit batang pokok jambu golok, atau putat atau sekurang-kurangnya buah manjakali yang sifatnya kelat itu boleh meneutralisekan semula sifat jahat yang ada pada gula yang berlebihan tadi.
di sini kita dapat memahami satu kesimpulan iaitu
manis lawannya kelat iaitu rasa pahit yang bersangatan tajamnya.
bahan ini hendaklah di rebus terlebih dahulu sehingga menggelegak lama, bagi air yang panas itu manarik kelat dengan kadar yang banyak .air ini di gunakan untuk menjirus KAKI yang bengkak dan bernanah itu. Bacakan al fatihah, ayat shifa dan selawat syifa seraya berdoa memohon kesembuhan dari Allah. Bacaan ini penting dan mustahak. jangan buat-buat lupa pulak.
BERSAMBUNG
Sunday, March 13, 2011
wajarkah pengidap kencing manis di potong kakinya???? (1)
lazimnya kita akan menemui seseorang pengidap kencing manis , bilamana terluka pada bahagian kakinya, ini akan menyebabkan bernanah , kerana bimbangkan kuman akan berjangkit ke tempat lain, terdapat beberapa kaedah yang menyarankan agar lokasi tersebut di potong. wajarkah hal ini di biarkan berterusan.??
mem ang sukar untuk menjawab soalan ini, tetapi saya tetap menjawab: ya amat wajar bilamana pesakit sendiri memilih jalan tersebut . namun begitu bagaimana pula pesakit yang tidak mahu kakinya di potong, tetapi tidak tahan menanggung derita kesakitan, akhirnya dengan desakan dari pelbagai pihak termasuk anak-anak mereka sendiri yang masih muda, akhirnya terpaksa mengalah dan merekakan bahagian itiu di potong, maka di sini izinkan saya yang lemah dan hina ini mengemukakan beberapa pandangan daripada pendekatan perubatan Islam untuk pengidap-pengidap kencing manis tahap sederhana , supaya dengan itu kita dapat berkongsi pengetahuan bersama.
untuk itu, marilah kita tanya bebeberapa soalan:
1) kenapa jadi bernanah bila terluka?
2) kenapa jadi bengkak?
3) bagaimanakah untuk mengatasi luka dan bengkak tersebut?
4) apakah kemudharatan bilamana bahagian sakit tersebut di potong?
5) apakah alternative yang ada untuk pengidap kencing manis tahap sederhana.
sebelum kita menjawab kelima-lima soalan di atas, marilah pertama-tamanya kita menginsafi bahawa Allah telah menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan sistem yang telah di tetapkannya. masing-masing dengan sistem yang tersendiri inilah yang di namakan syariat. Firman Allah Ta`ala:
demikianlah badan kita juga mempunyai sistem yang mana bilamana sistem itu telah terkeluar dari syariat, maka huru haralah kehidupan itu.
Allah SWT telah menjadikan setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan sebagaimana yang Ia sendiri nyatakan dalam surah yassin ayat 89;
bayangkan apakah yang akan berlaku bilamana setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan ini di potong, pasangan-pasangan akan putus, apakah yang akan terjadi pada masa itu????

Saturday, March 12, 2011
PANTANG LANGKAH BENDUL (3)
sepanjang pemerhatian kami, memang ada kami menemui beberapa family yang mengabaikan hadiah menghadapi masaalah seperti yang telah kami nyatakan, sebagaimana kami juga ada menemui beberapa pasang keluarga yang melakukan saranan orang-orang tua tersebut terselamat daripada masalah yang kami sebutkan itu-maka semuanya itu adalah dari Allah dan Islam menyuruh kita mengambil kira asbab musabab sebagai alat ukur dalam setiap perkata yang kita lakukan, kita bolehlah mengira itu sebagai suatu kelaziman yang boleh di pakai terima dalam kehidupan sehari-harian kita
hadiah yang di berikan oleh si adik kepada kakak di namakan oleh masyarakat kita sebagai kifarat/h atau fidyah. kedua-dua istilah ini berasal dari istilah feqh yang menerangkan tentang denda yang perlu di bayar oleh pesalah yang melakukan kesalahan berkait dengan nazar, sumpah dan berpuasa di bulan ramadhan.
golongan yang kedua tadi, turut mempertikaikan istilah ini dengan berkata bahawa penggunaan istilah ini telah terpesong dari maksud feqh yang asal
dari segi istilah feqh memang begitu, tetapi
golongan yang pertama pula menjelaskan bahawa ini boleh berlaku sekiranya kita benar-benar memperdalami ilmu bahasa Arab. Ia di namakan dalam ilmu bunga-bunga bahasa arab sebagai majaz mursal.( untuk memahami apakah yang di katakan majaz mursal itu sila lihat kitab jawahir al balaghah karangan Imam Abdul Qahir Al Jarjani - جواهر البلاغة للعلامة عبد القاهر الجرجانى
maksud asal perkataan fidyah di sini ialah hadiah yang seolah-olah berbentuk denda yang di berikan oleh seorang adik kepada kakaknya sebagai hukuman yang amat-amat di galakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka berdua.
ia bukanlah sebenarnya denda tetapi hanyalah seolah-olah. itulah yang di namakan majaz mursal. sila belajar bab ini betul-betul kerana bab ini memang sukar di fahami tetapi ia benar-benar boleh jangan keliru
berkenaan dengan wujudnya rasa ego seorang kakak atau abang yang lebih tua terhadap adik yang lebih muda, kita perlu mengakuinya kerana hal ini di ceritakan sendiri oleh Allah dalam memperihalkan abang-abang nabi Yusuf yang cemburu kepadanya itu. inilah hakikat yang adik perlu sedari dan berjaga-jaga dengan hati yang mengasihi kakak lalu di berikan hadiah tersebut. golongan pertama menambahkan hujahnya lagi
untuk memahaminya lihatlah firman Allah SWT:
5. Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, Maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
8. (yaitu) ketika mereka berkata: "Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.

9. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik[744]."
[744] menjadi orang baik-baik yaitu, mereka setelah membunuh Yusuf a.s. bertaubat kepada Allah serta mengerjakan amal-amal saleh.
Yassin menjadi amalan malam jumaat(4)
masyarakat yang di ganggu oleh amalan-amalan pengamal ilmu hitam, umpamanya masyarakat di landa oleh pukau, atau gangguan berupa manusia berkepala anjing, atau ----masyarakat akan di suruh berkumpul udan di perintahkan supaya membaca Yasin beramai-ramai. Melalui cara ini, mereka yang tidak pernah membaca Al Quran pun akan datang membaiki diri bersama dengan masyarakat yang ingin membentengi kampung halaman mereka dengan Al Quran. untuk menjinakkan golongan yang liar, maka di buat suatu kelazimana berupa makan dalam majlis tersebut. maka wujudkan secara tidak langsung aktiviti kemasyarakatan di situ.
berkumpul
bagaimanakah sejarah Yassin menjadi amalan (3)
Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW :
يس قلب القرآن
yassin hati Al QUran,
Masyarakat melayu yang tebal dengan kejahilan, tidak semua dapat membaca kesemua Al quran, maka hadis ini menjadi pilihan Ulama-ulama Silam yang mencari jalan menyelesaikan masalah gangguan jin dan hantu yang timbul mengganggu masyarakat mereka.
tidak di nafikan ahli-ahli zikir yang hebat dalam masyarakat kita di zaman silam telah menghadapi suasana masyarakat sebegini dengan amalan-amalan yang lebih khusus seperti amalan-amalan ayat 33 yang kebanyakannya di nyatakan secara terang dan jelas oleh Rasulullah SAW tentang kelebihannya , tetapi pendisiplinan yang tinggi yang di miliki oleh ahli-ahli zikir yang konsisten ini tidak mampu di ikuti oleh majoriti masyarakat. masyarakat awam lebih praktikal mengamalkan sesuatu yang lebih mudah. maka ulama memikirkan perlu menyediakan sesuatu yang lebih mudah untuk mereka agar mampu di pikul oleh mereka. Hasilnya Ulama-ulama memutuskan untuk memilih Yassin sebagai perisai masyarakat pada masa tersebut.
Setelah beberapa ketika masyarakat di seru supaya mengamalkan Yassin oleh Ulama-ulama tadi, maka mereka mendapati kegunaannya yang sangat banyak. akhirnya fadhilat surah tersebut di tambah dan di kembanglah lagi oleh ilmuan Islam yang datang di zaman yang seterusnya. Mereka mendapati kemustajaban Yassin sangat ampuh, lantaran itu mereka meneruskan amalan sehinggalah ke generasi kita ini.

sejarah bagaimana surah Yassin menjadi satu amalan malam jumaat dalam perubatan Masyarakat kita
ada sesetengah orang muda berkata mengapalah masyarakat kita mengamalkan bacaan Yassin di masjid dan surau pada malam jumaat sedangkan Nabi menganjurkan membacakan surah al kahfi pada malam atau hari jumaat agar aman dari fitnah dajal.
Sabda Rasulullah SAW:
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة غفر له إلى الجمعة الأخرى وزيادة ثلاثة أيام ورزق له من حيث لا يحتسب ووقى من فتنة الدجال
sesiapa yang membaca surah al kahfi pada (malam atau) hari jumaat maka: (1) di ampuninya sehingga jumaat depan dan di tambah lagi tiga hari selepasnya (2) di rezekikan dari sudut yang tidak di sukainya (3) terpelihara dari ( bala fitnah) yang di bawa oleh dajjal.maka berkata golongan tadi: Bacalah Surah al Kahfi!! inikan pula di bacanya surah Yassin!!
mengapalah banyak betul yang masyarakat kita buat tidak menepati sunnah!
saya no komen dalam pandangan mereka. cuba sekadar menambah bahawa jangan kita robohkan kebaikan yang telah sedia ada, sebaliknya membina yang lebih baik itu adalah satu usaha yang tersangat baik dan comel sekali.
kita juga amat perlu sekali dengan insaf menyedari bagaimana sesuatu yang berlaku itu ada sejarahnya yang tersendiri. Faktor, penyebab dan seterusnya meninggalkan implikasi yang seringkali tidak dapat di jangkau oleh fikiran awal kita juga perlu di insafi oleh kita. Ini perlu agar kita tidak mudah memandang remeh kepada segala apa yang ada di sekeliling kita. Untuk menjadi seorang yang cerdik, kita perlu melatih diri kita untuk hargai banyak benda. Perkara-perkara yang baik jangan sekali-kali kita musnahkan. Kita hanyalah perlu memperbaiki di tempat di mana di dapati terdapat kecacatan dan kekurangannya.
seharusnyalah kita sedar bahawa masyarakat kita yang telah menerima Islam 700 tahun yang lampau adalah mewarisi tamadun dari hindu yang adalah pada masa itu mempunyai tahap kemajuan yang tinggi menurut ukuran zaman tersebut.
asas ajaran Hindu yang berkata bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada mempunyai tenaga dan menyimpan kekuatan-kekuatan yang pada waktu-waktu tertentu dapat di keluarkan dengan cara-cara tertentu adalah secara asasnya merupakan ilmu yang di ambil dari ajaran Rasul-rasul terdahulu yang mengajarkan bahawa ciptaan Allah itu mengandungi rahsia kebesaran dan keagungan Allah kep[ada hamba-hambanya.
sebagai contohnya ajaran Nabi Ibrahim tentang ciptaan Allah itu mengandungi rahsia kebesaran dan keagunganNya untuk hamba-hambanya ini telah di pesongkan oleh anak cucunya yang menyeleweng terutamanya yang berhijrah kesebelah timur, dan di pesongkan lagi oleh pengikut -pengikutnya sehingga kesesatan itu menjadi berpintal-pintal tidak di ketahui di mana pangkal dimanakah hujungnya lagi
maka sebagai kesan dari pemesongan yang di buat oleh pemikir-pemikir yang sesat tadi, mereka mula mempercayai kuasa dewa-dewi dan memuja semangat-semangat yang berbagai-bagai untuk tujuan kononnya membina tamadun kehidupan yang lebih selesa pada zaman-zaman tersebut
beberapa lama selepas itu sebagaimana yang di nyatakan oleh ahli sejarah lebih seribu tahun selepas itu, kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasulullah
di terima oleh masyarakat Melayu Hindu itu adalah dalam bentuk tanpa perang. ini berjaya di hasilkan kerana beberapa perkara:
aliran pemikiran Islam yang di bawa oleh pendakwah-pendakwah yang merupakan pedagang-pedagang yang banyak duit boleh membantu raja-raja yang baru untuk memperkukuhkan negeri-negeri baru mereka dapat di terima oleh penduduk setempat yang berpegang denganh Hindu itu kerana pegangan yang di bawa oleh pedagang-pedagang tadi boleh menyambung level pemikiran mereka pada masa itu.
Itulah sebabnya pemikiran aliran Assya`irah yang mendapat sambutan yang hangat di seluruh negara bukan arab walaupun di tolak oleh beberapa negara Arab telah turut mendapat sambutan di alam kita.ini kerana pemikiran Assyairah boleh menyambung tahap pemikiran mereka yang maju manakala pemikiran mazhab Hambali pula gagal kerana di lihat oleh masyarakat hindu di sini pemikiran tersebut menggelongsorkan mereka ke tahap yang lebih rendah, maka mereka menolak mazhab hambali, padahal pendakwah-pendakwah dari saudi dan lain-lain kawasan hambali juga pernah berusaha di sini, mereka tetap gagal
masyarakat Melayu hindu yang tebal dengan kepercayaan kepada dewa dewi mula di zaman Islam mempelajari tentang jin yang banyak berlegar dalam kehidupan mereka. Mereka mengenali jin melalui sudut pandang al Quran. maka mereka mula mengubah pandangan mereka yang menyanjungi dewa-dewi yang hebat bertukar di lihat sebagai jin-jin yang ada merbahayainya dan perlu di awasi dengan teliti.
namun begitu,pada masa itu, perhubungan denga jin terus berlaku seolah-olah menjadi suatu kemestian pada masa tersebut (di zaman awal Islam) . ini menunjukkan kepada kita tebalnya pengaruh hindu yang membelenggu kehidupan mereka . fenomena ini tidak mungkin dapat di ubah dalam masa yang singkap, melainkan melalui pendidikan yang memerlukan masa yang panjang.
mereka tidak mungkin meninggalkan berhubungan dgn jin akerana- menurut perkiraan mereka -adalah suatu kemistian. namun begitu, untungnya mereka yang bernasib malang di kuasai oleh jin-jin tadi, akan datang klepadaajaran Islam untuk menewaskan jin-jin yang telah menguasai kehidupan mereka.
ertinya walaupun mereka berhubungan dengan jin untuk mendapatkan manfaat tertentu, tetapi bilamana jin itu mengganas, mereka akan membaca yassin bilamana mereka merasa tewas dengan jin-jin mereka itu.
dengan bacaan tersebut mereka menjadi kuat balik dan dapat menundukkan jin
ini secara individu, demikianlah juga dalam bentuk masyarakat, bilamana jin mengganggu kampung mereka, mereka akan berkumpul membaca yasin seraya berdoa agar Allah menghilangkan gangguan jin-jin tersebut dari kampung halaman mereka.
maka bacaan yassin mula di kenali dalam masyarakat?
bagaimanakah ia menjadi budaya mingguan( di bacakan pada malam jumaat di kebanyakan tempat di Alam Melayu?
kita bersambung
RAHSIA UNSUR TANAH DALAM BADAN MANUSIA(3)
Bakat, minat, kecenderungan, kemahiran, kepandaian dan daya ketahanan semula jadi yang kita lihat terpancar pada diri seseorang semenjak kecil dalah terjemahan dari magnetik dan graviti tanah yang berbeza-beza yang ada pada diri mahusia. sebab itulah kita melihat, walaupun satu keluarga terdiri dari beberapa adik beradik yang membesar dalam persekitaran yang sama, makan makanan yang sama, segala-galanya adalah sama, tetapi bilamana besar, mempunyai kehidupan yang berbeza-beza, berjaya dan gagal dalamlapangan yang berbeza-beza. ini semuanya adalah terjemahan yang menerangkan tentang sifat tanah yang berbeza-beza, yang tidak akan di fahami oleh sesiapapun walaupun oleh ibu bapa atau diri orang itu sendiri . ini kerana pemilihan diri seseorang itu tidak mampu di lakukan oleh sesiapapun. ia adalah dengan kehendak dan pilihan Allah.
demikianlahlah warna kulit seseorang.
Friday, March 11, 2011
RAHSIA UNSUR TANAH DALAM BADAN MANUSIA(2)
satu sifat semulajadi yang Allah SWt jadikan pada tanah ialah mempunyai sifat magnetik dan tarikan graviti yang berbeza antara jenis-jenis yang berbagai-bagai. Maka ia mengeluarkan nafas bumi yang bagai-bagai yang mempunyai pengaruh dan kesan yang tidak sama antara seorang manusia dengan seorang manusia.
maka wujudnya cuaca yang berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain mempengaruhi seseorang dan juga kelompok manusia di situ. warna kulit, -----adalah contoh pengaruh yang di berikan oleh tanah bumi
demikianlah dalam diri manusia jugaterdapat tenaga magnetik dan tarikan yang sifatnya seperti graviti bumi.
bakat, minat , kecenderungan dan kepandaian ----
Wednesday, March 9, 2011
RAHSIA MANUSIA DI JADIKAN DARI TANAH
Dalam buku saya berjodol Perubatan Islam Klasik, saya telah membincangkan tentang apakah yang di maksudkan dengan kata manusia di jadikan dari tanah. Bermula dari beberapa keterangan yang terdapat dalam Al Quran dan hadis, maka sifat tanah tetap wujud dalam keseluruhan diri dan kehidupan manusia.
walaupun rupa tanah sudah tiada lagi pada diri manusia, seperti juga bekas-bekas makanan yang di perbuat dari bahan tanah, setelah di bentuk dan di warnakan, tiada lagi rupa tanah, demikianlah juga sifat manusia.
dalam dalam rawatan unsur tanah dari pelbagai aspek banyak menjadi bahan perubatan
RAHSIA PANTANG LANGKAH BENDUL(2)
sebagaimana dua beradik kembar yang keluar dari satu perut ibu yang sama mempunyai perbezaan watak iaitu yang pertama keluar lebih suka mendesak , tergopoh gapah dalam banyak hal dan lebih suka memotong angin yang kedua manakala yang kedua keluar dari perut ibu akan lebih senang bertolak ansur dan mengalah pada yang pertama tetapi lebih pintar sehingga dalam banyak perkara akan mendahului yang pertama, ini adalah [pemerhatian yang biasa di perhatikan oleh bijak pandai terdahulu sehingga kerana miskinnya kita kepada istilahj yang menunjukkan penghargaan kita kepada pengalaman mereka , kita mengungkapkannya sebagai kata orang-orang tua. Itulah sahaja yang mampu kita ungkapkan. bilamana tiada hormat kepada mereka yang bergelar orang tua itu yang kita tidak tahu siapakah mereka yangb di maksudkan itu, maka sekaligus dengan itu kita telah lupa untuk menghargai kata-kata yang berupa pati pemerhatian mereka dalam hidup mereka. Kalau kita kaji secara akademik, saya yang kerdil dan dhaif ini melihat sebagaimana yang di sebut oleh Ibn Abdul Rabbihi dalam karya kesusteraannya yang menjadi satu rujukan asas kepada pelajar ilmu al adab al arabi , el Uqdul Fareed, ia adalah pengiktibaran yang di bedah dari kesah kehidupan dua kembar anak Nabi Ishaq iaitu yang bernama Yaaqub dan Esau.
Orang-orang tua kita( terpaksa sekali lagi menggunakan istilah yang kurang menghargai ini) mensifatkan dua watak yang berbeza pada dua budak ini sebagai terrik( omputih menyebutnya dalam bahasa pasar mereka, has been drawn) to) demikianlahlah juga dengan sifat terrik dua beradik perempuan yang berkahwin pada satu masa yang sama . demikianlah lagi adik perempuan yang berkahwin mendahului kakak perempuannyaa, seringkali menurut pemerhatian mereka ada tarikan.
apakah dia territ(saling ta rik menarik menyebabkankan ada satu ketegangan yang tidak nampak di lihat mata) antara dua beradik itu yang seringkali berlaku ,????menurut pemerhatian mereka. apakah ini benar? apakah kata golongan yang tidak bersetuju dengan pandangan sempit sebegini? apa pula jawab mereka .
menurut pemerhatian mereka , mungkin si adik yang berkahwin awal ini sukar memperolehi anak atau di timpa penyakit yang sukar di rawat. -tak semestinya akan berlaku!!!
maka untuk itu, mereka menyarankan supaya si adik ini menghadiahlkan kepada kakaknya sesuatu yang berharga yang sangat di sukai atau di impikan oleh kakaknya, supaya dengan itu, hati si kakak yang sedih itu kembali menjadi ceria . Nampaknya ajaran menghormati kakak yang lebih tua ini adalah satu ajaran yang sangat cantik. dengan itu, kehidupan adik itu tidaklah lagi di tarik oleh kesedihan kakaknya.
Menarik juga untuk kita melihat bahawa golongan yang tidak bersetuju dengan pandangan sempit sebegini telah berdalilkan dengan suatu hadis :
لا عدوى ولا طيرة ولا صفر ولا هامة
Nabi bersabda bermaksud: tiada jangkitan penyakit, tiada sial majal, yiada kecelakaan pada bulan safar dan tiada sial pada burung hantu
menurut golongan kedua ini,Hadis ini secara umumnya, menolak kepercayaan yang berkata ada sial dan kecelakaan pada benda-benda tertentu dengan di bawakan contoh-contohnya secara khusus kepercayaan tentang burung dan bulan safar yang terdapat dalam masyarakat jahiliyyah
dalam menyangkal hujah golongan kedua ini , golongan pertama menepis hujah tersebut dengan mempersoalkan, kamu fahamkah apa maknanya hadis ini. masakan tiada penyakit berjangkit sedangkan rasulullah SAW melarang seseorang keluar dari masyarakat yang di landa taun dan juga melarang melarang seseorang dari luar masuk ke dalam masyarakat yang di landa taun. kamu fahamkah apa maksud sebenar hadis ini. Hadis ini menyuruh kita mengkaji dan menerima secara ilmu, bukannya menjadi pak turut yang membuta tuli menerima kata-kata orang tentang majal sial. ada sakit berjangkit yang benar dan ini kita mestilah menerimanya. ada juga sial yang bertujuan menakut-nakutkan orang dari kebenaran sebagaimana yang di lakukan oleh masyarakat jahiliyyah. ini yg perlu di tolak
golongan pertama ini menghujahkan lagi bahawa kaedah menceriakan lagi hati kakak ini tidak bersalahan dengan ajaran Islam kerana Rasulullah SAW mengajarkan :
تهادوا تحابوا
hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling bertambah kasih sayang.
mereka turut menghuraikan bukan sahaja dalil-dalil yang menggalak memberi tadiah malahan juga membongkarkan rahsia memberi hadiah sesama sendiri.
jadi antara dua pendapat ini, sidang pembaca mahu memilih yang mana? pendapat yang menyuruh berpantang ke atau pun yang berkata tidak perlu berpantang?
Saya yang cetek ilmu dan kurang bijak sana ini memilih pendapat ketiga iaitu pendapat yang berkata depand on---tengok keadaanlah, jangan ketat sangat, jangan longgor sangat. Kalau perlu bagilah aje hadiah sedikit untuk kakak dihari si adik ini bergembira.
sebabnya bagi saya golongan pertama bercakap dengan teliti berdasarkan pemerhatian, tapi tak semestinya akan berlaku, bilamana dah berlaku, tidaklah mudah juga untuk di selesaikan
manakala golongan kedua bercakap dengan nada yakin dan confident.ini lebih tawakal. masing-masing ada dalil yang benar
والله أعلم
Tuesday, March 8, 2011
RAHSIA PANTANG LANGKAH BENDUL
Dalam masyarakat kita zaman-zaman dahulu , perkataan langkah bendul biasanya di gunakan oleh orang-orang tua untuk menerangkan tentang seorang adik perempuan berkahwin lebih dahulu daripada kakak perempuannya. Secara lazimnya, atas asas sifat seorang perempuan, si kakak sedikit sebanyak akan rasa sedih dan mungkin terguris dengan apa yang berlaku. Bagi adik yang akan berkahwin itu, perasaan kakaknya itu tidaklah di rasai sangat.
tahukah kita itu ertinya wujud satu rasa tegang ANTARA DUA BERADIK yang di sebut oleh masyarakat pantai timur Terengganu sebagai terrik. sememangnya adik-beradik ada mempunyai kaitan perasaan yang di susunkan oleh orang-oranng berilmu sebagai tanah air api angin.
Sifat "rasa terrik" tegang ini wujud --
BERSAMBUNG
doakan untuk buku ke lima saya
Assalamualaikum.
sahabat-sahabat yang di rahmati Allah;
Saya berharap tuan-tuan dapat doakan bersama saya agar Allah memudahkan usaha dakwah menerbitkan buku kelima yang saya jodolkan sebagai : HADIS-HADIS PERUBATAN; PENGANTAR KEPADA PETUA TRADISIONAL JUZU` KE 2 . sebagai menyambung perbincangan buku pertama
buku itu telah saya hantarkan ke bahagian percetakan. saya kira dan berharap akan dapat di manfaat sepenuhnya kelak oleh muslimin muslimat sepenuhnya bermula hujung bulan mac 2011 ini insha Allah
doakan juga agar buku-buku lain , sebagai susulan dari buku tersebut, juga dapat di terbitkan dalam masa terdekat
والله يهدينا إلى سواء السبيل
MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN PADA PANDANGAN SESETENGAH GOLONGAN SECULAR-bahagian ke dua
Dewasa ini kita pasti menemui ramai pasangan-pasangan muda yang akan mentertawakan pengaamal perubatan Islam bilamana bilamana kita katakan kemungkinan sebab mandul mereka adalah berpunca dari ada makhluk halus yang bersifat perosak yang memakan benih mereka.
mereka pasti akan berkata:
mengapalah pula jin suka makan benih manusia,?
jin pun suka air mani manusia ke?
boleh ker jin makan benih?
jin nih memang tak de makanan lain ker hinggakan benih manusiapun nak di sapunya?
ada macam2 lagi soalan dari mereka ini, ada juga di antara mereka yang berkata nih macam cerita star war ke!!! , atau apa-apalah saja cerita-cerita fiksyen yang tak logik yang mereka selalu tonton dalam TV tu.
Apa ? mereka ingat semua benda tak logik ke? Dunia yang sudah tua ni memanglah penuh dengan perkara yang tak logik pada fikiran orang yang jahil. manakala bagi orang yang suka mengkaji pula akan melihat banyak kebesaran Allah yang tidak mam[pu di singkap oleh pemikiran manusia yang lemah dan terbatas ini.
Tentang banyaknya kehidupan dan tenaga yang tidak mampu di lihat oleh matakasar manusia ini memanglah di akui oleh Al Quran sendiri. Kadang-kadang Allah SWT memilih hambanya yang tertentu untuk membuktikan kepada mereka kekuasaanNya. malngnya kebanyakana manusia, bilamana ujian dan kesusahan itu sebelum menimpa dirinya sendiri, ia akan lupa untuk mengambil pengiktibaran. sekiranya ia telah benar-benar menimpa dirinya, barulah ia mula menjadi pelajar yang ingin mencari jawapan.
Keinginan kepada anak adalah sifat semula jadi yang di jadikan oleh Allah kepada setiap manusia. Syaitan akan menyekat kurniaan Allah ini tujuannya adalah untuk menguji hamba-hamba Allah yang lemah imannya.
sebenarnya banyak pasangan yang bermasaalah dalam hubungan kelamin, masalah mereka telah bermula dari seawal kahwin lagi.Syaitan dah ganggu semasa bercouple, mereka yang suka layan dan ikut setan tu manalah sedar. mereka fikir seronok dan lazat.sebab tulah mereka tak sedar bahawa syaitan memang dah berlegar-legar dalam kehidupan sehari-hariannya. sehinggalah itu menjadi faktor mandulnya, mereka masih belum menyedarinya.
Bahkan ada juga syaitan mandul ini mula mengganggu pasangan nya setelah anak kedua. Kata beberapa pengamal yang lama berkecimpung dalam bidang ni, nak kenal saka , tunggulah anak ke dua, eik, apa nih? ya lah memang kita yang tak faham !!!
kita takut pada mandul saja, bagaimana pula manusia yang lama tidak memperbaharui kasih sayang lama setelah dapat seorang atau beberapa orang anak, juga banyak yang dipedayakan oleh syaitan dengan cara-cara tertentu, sehinggalah tidak memperolehi anak dengan sebab syaitan telah berjaya terhadap mereka.Marilah kita fikirkan !!!
maka memang betapa banyak , secara ilmunya , ini yang menjadi realiti!!!
Pasal anak ini,banyak benar yang boleh kita pelajari dalam kisah nabi-nabi Ibrahim, Zakaria dan sebagainya lagi.
nABI-NABI INI BERDOA memohon dan merayu kepada Allah tentang tuntutan batinnya yang inginkan anak dan seterusnya menjalani kehidupan seorang hamba yang redha dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah adalah pengajaran yang paling besar untuk kita jadikan panduan dalam hidup yang penuh dengan ujian ini.
Golongan yang tidak mengenali tipu daya dan muslihat syaitan ini -kita dapati lazimnya menjalani kehidupan yang tempang setelah menunggu masa untuk memperolehi anak tidak juga kunjung tiba. -padahalnya sebahagian besar dari mereka telah memulakan kehidupan bercouple yang berlawanan dengan lunas-lunas syariat.
Ramai dari mereka yang akan mengambil jalan yang menuju kepada pengzin aan yang di larang Allah itu, bilamana mereka di uji dengan ujian mandul . jadilah syaitan yang kecil berada dalam diri mereka itu menjadi bertambah besar. Maka bilakah akan datangnya pertolongan Allah membawakan anak kepada mereka sekiranya mereka sendiri sengaja ingin menambahkan kekusutan dalam hidup mereka
Amatlah perlu kita menyedari bahawa di antara sasaran syaitan dalam dalam diri manusia ialah alat krekamin manusia itu sendiri. ia menjadi alat yang penting dan besar pengaruhnya dalam memperolehi pahala, demikianlah lah juga menghasilkan dosa.
malangnya manusia sering menggunakan alat tersebut untuk membesarkan syaitan dalam dirinya samada secara ia sedar atau sebaliknya
الله أكبر وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو على كل شئ قدير
MENGENALI MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
jin kepunyaan ahli keluarga sendiri mengganggu pasangan yang berkahwin, akibatnya sepanjang tempoh perkahwinan, pasangan ini hanya mengalami satu kali atau dua kali sahaja mengandung selama satu hingga tiga bulan kemudiannya hilang seolah di makan sesuatu makhluk halus yang tidak nampak di lihat oleh mata kasar.
DI Bawah ini saya yang dhaif dan kerdil tidak berperi ini himpunkan pengalaman-pengalaman orang-orang yang soleh dan lama berkecimpung dalam bidang ini beberapa contoh permasaalahan yang seringkali timbul berpunca dari gangguan jin:
1) seorang menantu yang berkelahi dengan mertua . mertua itu ada mempunyai barangan lama yang berupa makhluk halus
2) salah seorang dari suami isteri itu pernah mendiami rumah( umpamanya menyewa sebuah rumah sewa yang pemiliknya ada memelihara atau mewarisi barangan lama yang berupa makhluk halus) .
3) salah seorang dari pasangan suami isteri tersebut datang dari keturunan nenek moyang yang ada memelihara hantu raya, polong , pelesit atau lain-lain makhluk halus
4) salah seorang dari pasangan suami isteri tersebut
ada beramal amalan yang di sifatkan sebagai panas dan menjadikan benih cair. benih yang cair ini tidak mampu melekat antara satu sama lain.
5) terdapat gangguan saka pada salah seorang atau kedua-dua pasangan suami isteri tersebut
Baginda di sihir oleh Lubaid (2)
Ibn Hajar Al Asqalani menghuraikan dalam fath al bari bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa kumpulan Yahudi telah menemui si Lubaid tukang sihir , merayu kepadanya agar menyihirkan Rasulullah SAW. ini kerana mereka orang-orang yanhudi telah melakukan sihir kepada Rasulullah tetapi tidak berkesan. maka tujuan mereka merayu kepada Si Lubaid ini adalah kerana mereka menghargai si Lubaid sebagai tukang sihir yang paling hebat sekali, walaupun ia bukan dari kalangan yahudi, sebaliknya dari qabilah arab Khazraj , tetapi hubungan dan ilmu itu di ambilnya dari orang Yahudi, maka mestilah ia gunakan untuk menghasilkan kepentingan bersama antara Arab madinah yang sayangkan kuasa dan jahiliyyah dan yahudi. Mereka adalah sama-sama menentang nabi.
Kesan dari usaha Lubaid selama empat puluh hari amalan sihirnya , Rasulullah SAW telah menderita sakit selama enam bulan. Ibn Hajar menyebut bahawa golongan ahli bid`ah telah menolak kisah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini kerana, dakwa mereka, kisah sebegini mencacatkan keterpeliharaan Rasulullah SAW. Beliau menolak pandangan ahli bid`ah tersebut dengan menyatakan kesakitan Rasulullah SAW ini tidak mencacatkan keterpeliharaan rasulullah SAW. Ini kerana penghujung kisah ini memaparkan bahawa Rasulullah telah di rawat oleh Jibrail dan Mikail. Babak rawatan yang terdapat dalam kisah ini adalah di antara pengajaran paling yang besar yang boleh kita pelajari dari kisah tersebut yang menjadi asas kepada kaedah merawati sihir seluruhnya.
Kisah ini memaparkan kepada kita bagaimana Rasulullah menyuruh Saidina Ali dan Ammar mengambil dan membuangnya dengan erti setiap sihir itu mestilah di batalkan supaya kembali kepada neutral semula.
Jibrail yang merawat Nabi sebagaimana di gambarkan dalam kisah ini berada di kepala dan kaki baginda menerangkan tentang suis2 utama sihir yang kawal dalam usaha pemulihan dan rawatannya.

Tuesday, March 1, 2011
Lubaid menyihir Rasulullah SAW
Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan daripada seoarang anak saudara Aisyah yang bernama Urwah bahawa ia telah mendengar ibu saudaranya itu berkata bahawa ketika Rasulullah SAW telah di sihir oleh si Lubaid Yahudi, datanglah dua malaikat untuk merawati Baginda. seorang duduk di kepala manakala seorang laki duduk pada bahagian kaki.
ini untuk menerangkan kepada kita betapa pentingnya kedua-dua bahagian ini dalam rawatan sihir. ini kerana sihir biasanya masuk ke dalam badan seseorang melalui kaki atau kepala. yang masuk melalui kaki biasanya di sifatkan sebagai jenis jin tanah seperti dalam masyarakat kita di namakan sebagai hantu raya polong pelesit dan sebagainya lagi manakala ada terdapat jin yang suka memulakan tangkapannya pada bahagian kepala manusia . Ini akan menyebabkan manusia tersebut pening atau sakit kepala, migrain atau loya hendak muntah, tidak bpoleh makan minum jadi muntah dan sebagainya lagi. Gangguan ini sekiranya di biarkan akan menggangu fikiran.
oleh kerana itu, dalam rawatan sihir dua-dua bahagian ini biasanya memainkan peranan utama iaitusetiap bacaan ayat-ayat yang merawati sihir biasanya di hembuskan pada kepala dan kaki.
Kedua-dua anggota wudhuk ini di anggap sebagai filter kepada gangguan

Subscribe to:
Posts (Atom)