KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KECAUAN
Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka.Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.
Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar, Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.
Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di ber nama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.
……..Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapao impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik, Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi.Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul hameed menolak tawaran tersebut, belioaun telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua
Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.
PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH
Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.
Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,
Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk. Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.
Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi. Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekhkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran
Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama
No comments:
Post a Comment