maka pada masa itu, orang yang mempelajari ilmu pendindingan dan rawatan untuk mangsa-mangsa gangguan menerima tamparan yang hebat. mereka di anggap sebagai penyebab kepada kerasukan yang berlaku di sana sini.
pada masa itu darah saya masih muda, untuk menangkis tuduhan-tuduhan tadi saya menjawab dalam bentuk pertanyaan balik, adakah semua doktor-doktor yang ada di hospital dan yang membuka klinik-kinik swasta itu semuanya orang-orang jahat yang menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit manusia. adakah di binanya hospital yang besar-besar adalah untuk menambahkan penyakit manusia? secara halus sebenarnya dakwaan tadi adalah untuk menuduh perawat . untuk menakutkan orang sakit kepada perawat-perawat.
maka siapakah yang untung? tiada siapa yang untung. siapa pula yang rugi? semuanya rugi, pesakit takut menemui perawat/ perawat pula di kutuk masyarakat kerana diberikan gambaran yang buruk . goongan yang melontarkan kata-kata tadi tidak pula menyerang doktor2 kapir yang lebih banyak mengaut keuntungan dari pesakit-pesakit Islam tu. ia juga tidak berbuat-apa-apa untuk menyelesaikan masalah penyakit umat Islam.
setelah berlalunya masa yang panjang yang pastiu akan memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada kekeliruan, ternyata tanggapan tersebut adaah buat dosa semata-mata.
dalam pelajaran ilmu tawhid amat jelas sekali bahawa penyakit itu datang dari Allah. ia menguji sesiapa yang ia kehendaki di kalangan hambanya.
x8t�»t6s? “Ï%©!$# Ínωu‹Î/ à7ù=ßJø9$# uqèdur 4’n?tã Èe@ä. &äóÓx« í�ƒÏ‰s% ÇÊÈ “Ï%©!$# t,n=y{ |NöqyJø9$# no4qu‹ptø:$#ur öNä.uqè=ö7u‹Ï9 ö/ä3•ƒr& ß`|¡ômr& WxuKtã 4 uqèdur Ⓝ͕yèø9$# â‘qàÿtóø9$# ÇËÈ
1. Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Nabi bersabda:
Allah berfirman: bilamana aku kasih akan seseorang hamba, maka aku uji (nya)
mereka yang mempelajari ilmu tersebut, sebagai satu alat untuk melengkapkan bekal dalam berdakwah kepada masyarakat, bukanlah penyebab kepada kesakitan manusia di sana sini.mereka adalah cuba menunaikan satu daripada tuntutan fardhu kifayah.
No comments:
Post a Comment