ASAM GARAM
Perkataan asam garam memang
sentiasa kita dengar dalam masyarakat kita. Penggunaan perkataan asam garam
kehidupan ini ini seringkali di gunakan untuk menerangkan dua keadaan yang
berlawanan berumah tangga menjadi
pengikat kata yang bermaksud iaitulah suka duka, susah senang yang mematangkan
kehidupan . pengalaman yang di laluinya itulah yang di namakan asam garam
kehidupan. Tetapi kenali perkataan begitu membawa maksud begitu, memang tidak
ramai orang kita yang cuba menyingkapnnya.
Dalam masyarakat kita juga , yang
biasa kita lihat ialah bilamana di sebut asam garam biasanya ia bermaksud agam
gelugur dan garam. Masakan yang menggunakan asam garam ialah masakan ikan
singgang.
Dalam ilmu raja pengasih orang
melayu pula ada jampi yang menyebutkan “
………garam di laut asam di darat…
…akulah yang memakai ilmu asam
garam ….
….pecah lebur pecah bibir hati ….(
di ambil dati interknit)
Apa maksudnya ilmu asam garam itu.?
Ini kena Tanya mereka yang berkecimpung dengan amalan tersebut
Menurut guru saya tuan guru hj wan
Ismail Bukit jabal jiad sud , imam masjid aziziyyah Mekah mentakrifkan ilmu asam garam itu
ialah keyakinan yang kita dapati hasil daripada 40 orang atau sejumlah manusia
yang ramai berkata sesuatu itu baik atau
tidak baik, maka pandangan itulah juga yang menjadi pegangan kita. Ia semacam
psyco mental . umpamanya kita dengar orang kata berjalan di bawah ampaian baju
itu tidak baik. Ramai orang berkata begitu, lalu kata kata itu menjadi pegangan
kita. Itu namaknya ulmu asam garam
\
ada beberapa kaedah menggunakan asam garam(asam gelugur dan garam) YG baik dalam perubatan Islam
ASAM GELUGUR +GARAM RENDAM BAJU TERPAKAI
UNTUK BUANG SAKA ORANG TERSEBUT SEBELUM KITA MEMAKAI BAJUNYA
ASAM GELUGUR + GARAM = BUANG SAKA AKIBAT
PENUNGGU TANAH TEMPAT LAHIR.
Masyarakat kita, bila dapat bayi
baru, anak beranak dan jiran akan menghadiahkan asam gelugur dan garam kepada
bayi tersebut. Sebab apa? Kita tak jumpapun dalam hadis? Kalau nak kata ini
budaya Islam, kenapa Sehingga ke hari ini, kita tak Nampak pun orang arab buat
semacam itu dalam budaya mereka? . Kenapa
dalam budaya kita melakukan hal sedemikian.
Saya ada menemui jawapan dari
mereka yang ada kemahiran dalam hal ini. Mereka menjawab:
Lazimnya zaman dahulu orang beranak
di rumah. Bidan akan di jemput ke rumah ibu yang akan bersalin. Setiap kampung
lazimnya ada penunggu tertentu dan ini ada kaitan dengan sejarah pembukaan
kampung tersebut di buka oleh orang alim atau orang jahil.
Bilamana kampung tersebut di buka
dengan pemujaan, maka syaitan itu akan terus mengawal kampung tersebut. Menurut
beberapa ahli, berdasarkan bebetapa hadis bahawa Nabi bersabda bahawa setiap
anak yang di lahirkan akan di sentuhi oleh syaitan kecuali Isa dan ibunya Maryam
sentuhan syaitan itu dapat di lihat dalam bentuk menangis sewaktu di lahirkan,
mereka berkata ada terdapat berbagai bagai syaitan yang boleh mengganggu bayi
tersebut pada waktu itu.. mereka menerangkan bahawa bagi alam melayu ) asam gelugur dan garam
boleh di gunakan sebagai pelindung gangguan tersebut. Ertinya bayi tersebut
dapat terpelihara/ pendinding dari syaitan tempat lahir dengan di bacakan ayat
pagar pada asam gelugur dan garam
demikianlah nak buang bisa tanah yang keras di sarankan juga supaya tanah asam garam dalam tanah
Berkaitan dengan garam mereka berhujah
bahawa syaitan yang di jadikan dari api takut kepada tanah.tanah adalah unsur
kejadian manusia. Garam memag satu dari unsur tanah. Sebab itulah syaitan takut
kepada garam.
Mereka juga berpandukan kepada
cerita bahawa Rasulullah SAW sentiasa memulakan makanan dengan garam bila
berada di luar kediaman. Di fahami Hadis ini bermaksud garam menjadi bahan
kebal/pelindung dari keburukan angina dan hawa sesuatu tempat. Orang yang baru
masuk kawasan baru , ketahanannya akan terancam dengan suasana angina di tempat
baru. Untuk memperolehi kekebalan berdepan angina baru, hendaklah di santap
sedikit garam ke lidah. Inilah amalan beberapa orang soleh terutamanya merelka
dalam tabligh yang keluar ketika charge
iman “ piker atas iman dan amal” . Kata mereka guru mereka mengajarkan inilah
sunnah Rasulullah SAW
Asam gelugur pula mereka kaitkan
dengan kaedah konsep sepasang yang banyak kali di sebut oleh al quran. Iaitu garam
meskipun asalnya adalah unsur tanah yang merupakan unsur asal kejadian manusia yang di takuti syaitan, tetapi ia sering kali
di ambil dari laut. Maka lawannya ialah daratan. Asam gelugt\ur dating dari
pokok di atas bukit yang tinggi . pokoknya tumbuh di atas tanah
Bahan garam dari dalam laut =
tempat rendah= bersatu dengan pasangannya asam gelugur dari atas darat(bukit) =tempat
tinggi= akan menjadi pelengkap yang kuat kepada ketahanan manusia.
Itulah sebabnya amalan orang orang
tua menghadiahkan asam garam kepada kanak kanak baru lahir , menurut huraian
ini adalah bertujuan pelindung kepada kanak kanak tersebut dari sebarang
gangguan. Huraian ini sudah ada dalam islam tetapi memerlukan kepada penelitian
yang mendalam dan kita tidak akan menemuinya sekiranya kita mengkaji selapis
sahaja. Kata mereka kalau masalah dunia ini boleh di selesaikan dengan ilmu
selapis, maka taka da masalah apa apalah lah lagi hidup di atas dunia ini
sedangkan Allah menyuruh kita mengkaji rahsia ke agungunNya . untuk apa ?
Ada orang bertanya lagi , kalau
amalan Islam kenapa orang arab tak buat semacam itu dalam budaya mereka?
Saya dapati mereka ini menjawab arab tu bukanlah betul
semua. Bukanlah tahu semua banyak juga yang mereka tak tahu dan banyak juga
yang mereka tiru dari orang lain. Contohnya nasi arab itu bukan dari mereka
mereka juga pelajari dari bangsa lain. Mereka nmana ada makan nasi. Orang kita
jer terlalu memuja arab sehingga nasi mandil, nasi maqlubah itu di panggil nasi
arab padahal arab asalnya tak makan nasi
Banyak amalan dan kebudayaan bangsa
yang lebih tinggi tamaddun seperti india, china, farsi yangmemang asalnya tiada
dalam masyarakat arab badwi padang pasir yang jahiliyyah itu. Bila mereka membuka islam , mereka yang
terdedah dengan kebudayaan baru yang ada asas nya huraian ilmu , mereka terima
.
Masalah kita orang melayu ini ialah
memang suka meniru arab meskipun arab itu dah memang tewas dan tewas ikut
buntut Israel dan amerika . yang baik
sudah ada pada kita pun kita nak buanmgnya kenapa ?
Ilmu yang di gali daripada
kefahaman dari ajaran Islam meslkipun
bukan pelopornya dari arab, ia tetap hikmat yang perlu di ambil guna dan di
pakai.
Allah bukan bagi ilmu pada pak arab sahaja , ramai ulama besar datang dari bangsa bukan arab seperti imam Ghazali dan sebagainya lagi.
Walaupun Nabi dalam kehidupan yang
sgt simple itu ,tak buat begitu tetapi
Bukankah al quran menyuruh kita
mengkaji.
Demikianlah kehidupan itu
berkembang dan berbahagialah mereka yang boleh menyumbang kepada kehidupan
hasil dari kajian yang mendalam yang di gali dari quran dan hadis
Demikianlah kata mereka
والله اعلم