Tuesday, July 30, 2013

RAHSIA BESAR ASAM GARAM


ASAM GARAM


Perkataan asam garam memang sentiasa kita dengar dalam masyarakat kita. Penggunaan perkataan asam garam kehidupan ini ini seringkali di gunakan untuk menerangkan dua keadaan yang berlawanan berumah tangga  menjadi pengikat kata yang bermaksud iaitulah suka duka, susah senang yang mematangkan kehidupan . pengalaman yang di laluinya itulah yang di namakan asam garam kehidupan. Tetapi kenali perkataan begitu membawa maksud begitu, memang tidak ramai orang kita yang cuba menyingkapnnya.

Dalam masyarakat kita juga , yang biasa kita lihat ialah bilamana di sebut asam garam biasanya ia bermaksud agam gelugur dan garam. Masakan yang menggunakan asam garam ialah masakan ikan singgang.


Dalam ilmu raja pengasih orang melayu pula ada jampi yang menyebutkan “

………garam di laut asam di darat…
…akulah yang memakai ilmu asam garam ….
….pecah lebur pecah bibir hati ….( di ambil dati interknit)

Apa maksudnya ilmu asam garam itu.? Ini kena Tanya mereka yang berkecimpung dengan amalan tersebut

Menurut guru saya tuan guru hj wan Ismail Bukit jabal jiad sud , imam masjid aziziyyah Mekah mentakrifkan  ilmu asam garam itu ialah keyakinan yang kita dapati hasil daripada 40 orang atau sejumlah manusia yang ramai berkata  sesuatu itu baik atau tidak baik, maka pandangan itulah juga yang menjadi pegangan kita. Ia semacam psyco mental . umpamanya kita dengar orang kata berjalan di bawah ampaian baju itu tidak baik. Ramai orang berkata begitu, lalu kata kata itu menjadi pegangan kita. Itu namaknya ulmu asam garam
\

 ada beberapa kaedah menggunakan asam garam(asam gelugur dan garam) YG baik dalam perubatan Islam

ASAM GELUGUR +GARAM RENDAM BAJU TERPAKAI UNTUK BUANG SAKA ORANG TERSEBUT SEBELUM KITA MEMAKAI BAJUNYA


ASAM GELUGUR + GARAM = BUANG SAKA AKIBAT PENUNGGU TANAH TEMPAT LAHIR.

Masyarakat kita, bila dapat bayi baru, anak beranak dan jiran akan menghadiahkan asam gelugur dan garam kepada bayi tersebut. Sebab apa? Kita tak jumpapun dalam hadis? Kalau nak kata ini budaya Islam, kenapa Sehingga ke hari ini, kita tak Nampak pun orang arab buat semacam itu dalam budaya  mereka? . Kenapa dalam budaya kita melakukan hal sedemikian.

Saya ada menemui jawapan dari mereka yang ada kemahiran dalam hal ini. Mereka menjawab:
Lazimnya zaman dahulu orang beranak di rumah. Bidan akan di jemput ke rumah ibu yang akan bersalin. Setiap kampung lazimnya ada penunggu tertentu dan ini ada kaitan dengan sejarah pembukaan kampung tersebut di buka oleh orang alim atau orang jahil.

Bilamana kampung tersebut di buka dengan pemujaan, maka syaitan itu akan terus mengawal kampung tersebut. Menurut beberapa ahli, berdasarkan bebetapa hadis bahawa Nabi bersabda bahawa setiap anak yang di lahirkan akan di sentuhi oleh syaitan kecuali Isa dan ibunya Maryam sentuhan syaitan itu dapat di lihat dalam bentuk menangis sewaktu di lahirkan, mereka berkata ada terdapat berbagai bagai syaitan yang boleh mengganggu bayi tersebut pada waktu itu.. mereka menerangkan bahawa  bagi alam melayu ) asam gelugur dan garam boleh di gunakan sebagai pelindung gangguan tersebut. Ertinya bayi tersebut dapat terpelihara/ pendinding dari syaitan tempat lahir dengan di bacakan ayat pagar pada asam gelugur dan garam


demikianlah nak buang bisa tanah yang keras di sarankan juga supaya tanah asam garam dalam tanah 


Berkaitan dengan garam mereka berhujah bahawa syaitan yang di jadikan dari api takut kepada tanah.tanah adalah unsur kejadian manusia. Garam memag satu dari unsur tanah. Sebab itulah syaitan takut kepada garam.

Mereka juga berpandukan kepada cerita bahawa Rasulullah SAW sentiasa memulakan makanan dengan garam bila berada di luar kediaman. Di fahami Hadis ini bermaksud garam menjadi bahan kebal/pelindung dari keburukan angina dan hawa sesuatu tempat. Orang yang baru masuk kawasan baru , ketahanannya akan terancam dengan suasana angina di tempat baru. Untuk memperolehi kekebalan berdepan angina baru, hendaklah di santap sedikit garam ke lidah. Inilah amalan beberapa orang soleh terutamanya merelka dalam tabligh  yang keluar ketika charge iman “ piker atas iman dan amal” . Kata mereka guru mereka mengajarkan inilah sunnah Rasulullah SAW

Asam gelugur pula mereka kaitkan dengan kaedah konsep sepasang yang banyak kali di sebut oleh al quran. Iaitu garam meskipun asalnya adalah unsur tanah yang merupakan unsur asal kejadian manusia  yang di takuti syaitan, tetapi ia sering kali di ambil dari laut. Maka lawannya ialah daratan. Asam gelugt\ur dating dari pokok di atas bukit yang tinggi . pokoknya tumbuh di atas tanah

Bahan garam dari dalam laut = tempat rendah= bersatu dengan pasangannya asam gelugur dari atas darat(bukit) =tempat tinggi= akan menjadi pelengkap yang kuat kepada ketahanan manusia.

Itulah sebabnya amalan orang orang tua menghadiahkan asam garam kepada kanak kanak baru lahir , menurut huraian ini adalah bertujuan pelindung kepada kanak kanak tersebut dari sebarang gangguan. Huraian ini sudah ada dalam islam tetapi memerlukan kepada penelitian yang mendalam dan kita tidak akan menemuinya sekiranya kita mengkaji selapis sahaja. Kata mereka kalau masalah dunia ini boleh di selesaikan dengan ilmu selapis, maka taka da masalah apa apalah lah lagi hidup di atas dunia ini sedangkan Allah menyuruh kita mengkaji rahsia ke agungunNya . untuk apa ?

Ada orang bertanya lagi , kalau amalan Islam  kenapa  orang arab tak buat semacam itu dalam budaya  mereka?

Saya dapati  mereka ini menjawab arab tu bukanlah betul semua. Bukanlah tahu semua banyak juga yang mereka tak tahu dan banyak juga yang mereka tiru dari orang lain. Contohnya nasi arab itu bukan dari mereka mereka juga pelajari dari bangsa lain. Mereka nmana ada makan nasi. Orang kita jer terlalu memuja arab sehingga nasi mandil, nasi maqlubah itu di panggil nasi arab padahal arab asalnya tak makan nasi

Banyak amalan dan kebudayaan bangsa yang lebih tinggi tamaddun seperti india, china, farsi yangmemang asalnya tiada dalam masyarakat arab badwi padang pasir yang jahiliyyah itu.  Bila mereka membuka islam , mereka yang terdedah dengan kebudayaan baru yang ada asas nya huraian ilmu , mereka terima .

Masalah kita orang melayu ini ialah memang suka meniru arab meskipun arab itu dah memang tewas dan tewas ikut buntut Israel dan amerika .  yang baik sudah ada pada kita pun kita nak buanmgnya kenapa ?

Ilmu yang di gali daripada kefahaman  dari ajaran Islam meslkipun bukan pelopornya dari arab, ia tetap hikmat yang perlu di ambil guna dan di pakai.

Allah bukan bagi ilmu pada pak arab sahaja , ramai ulama besar datang dari bangsa bukan arab seperti imam Ghazali dan sebagainya lagi.

Walaupun Nabi dalam kehidupan yang sgt simple itu ,tak buat begitu tetapi
Bukankah al quran menyuruh kita mengkaji.
Demikianlah kehidupan itu berkembang dan berbahagialah mereka yang boleh menyumbang kepada kehidupan hasil dari kajian yang mendalam yang di gali dari quran dan hadis

Demikianlah kata mereka

والله اعلم


Friday, July 26, 2013

gelombang cahaya jam 12






`yJsùr& yyuŽŸ° ª!$# ¼çnuô|¹ ÉO»n=óM~Ï9 uqßgsù 4n?tã 9qçR `ÏiB ¾ÏmÎn/§ 4 ×@÷ƒuqsù ÏpuÅ¡»s)ù=Ïj9 Nåkæ5qè=è% `ÏiB ̍ø.ÏŒ «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré& Îû 9@»n=|Ê AûüÎ7B ÇËËÈ
22.  Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang Telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata.-ZUMAR


Sebenarnya bagi mereka yang m3emerhatikan nama nama beberapa surah dalam al quran, ia akan mendapati bahawa nama seperti  surah ad dhuha, al asr, al lail , al fajru, al falaq, adalah menerangkan tentang beberapa jenis, peringkat atau mertabat cahaya cahaya yang banyak yang diciptakan oleh Allah ntuk kemanfataan manusia.


ada cahaya dalam diri ada cahaya luar diri


 Allah SWt menjadikan cahaya cahaya tersebut supaya manusia mengkaji bagaiamanakah cara untuk menggunakan kelebihan kelebihan cahaya cahaya tersebut. Umpamanya satu cahaya luar diri manusia ialah  cahaya dhuha yang mana nama cahaya ini di jadikan Allah sebagai satu nama surah, adalah mempunyai tenaga , zat dan vitamin yang berbagai bagai =sangat baik di petik oleh mereka untuk tujuan kesihatan.

Maka demikianlah setiap kali masuk waktu  azan, akan muncul satu gelombang cahaya, sesiapa yang menyahut seruan azan, gelombang suara dan hatinya yang menyahut azan akan mendaki dan memanjat untuk bersatu dengan gelombang cahaya azan tadi. Pautan tenaga dalam gelombang tersebut tidak akan hilang begitu sahaja melainkan ia kekal di alam yang tidak Nampak dek mata dan tidak dapat di kaji oleh akal

Demikianlah juga mereka yang berdoa dan beribadat pada waktu sahur atau fajar, gelombang suara hati dan doanya itu akan memanjat dan mendaki ke angkasa untuk bersatu dan bersebati dalam gelombang cahaya sahur atau fajar yang di ciptakan Allah tadi , lantas memberikan kekuatan kekuatannya yang tersendiri , menjadi rahsia yangvtersimpan dalam diri nya, tidak dapat di8 fahami oleh sesiapapun bahkan mungkin juga tidak mampu di terokai oleh diri sendiri juga.

Demikianlah juga gelombang cahaya yang muncul setiap kali jam menunjukkan pukul 1200 tengah malam. Berbanding dengan waktu waktu yang lain, Allah jadikan detik ini mempunyai rahsia besar  yang sangat tersembunyi. Setiap tenaga yang di usahakan oleh manusia untuk  keluar dari badannya  pada waktu itu akan bersatu dengan gelombang cahaya yang tercipta pada waktu tersebut. Dan membentuk kekuatan dan rahsia tersendiri. Sesetengahnya boleh digunakan seperti penghasilan tenaga hubungan manusia dalam jarak jauh.  Hubungan manusia dalam jarak jauh ini  memerlukan persediaan yang berupa focus dalaman yang kuat dan tebal serta ketenangan yang tinggi. Inilah peralatan yang di perlukan oleh para salik dalam membina rawang yang mampu mencapai isyraq yang nyata. Mereka juga telah melatih zikir ya wajid (wahai Tuan Yang Maha Mendapati) ya Jami`(yang Maha Menghimpunkan) ya mu`id(Yang Maha Mengembalikan ) untuk tujuan hubungan jarak jauh tersebut.

Zikir ini menajamkan cahaya yang terkumpul dalam diri supaya dapat bersatu dan bersebati dengan gelombang yg di ciptakan Allah itu. 


Ini memerlukan latihan yang panjnang kerana untuk melakukan latihan ini, manusia perlu jelas terlebih dahulu tentang beberapa cahaya dalam dirinya terlebih dahulu.

contohnya seseorang itu perlu terlebih memahami dan dapat menghayati bahawa   Bilamana ia sedang tidur, satu cahaya seni dari badannyai di panggil cahaya sandaran. Namanya ialah ruh Idhofi. Ia keluar merayau-rayau ---bilama telah keluar dari dalam dirinya merayau rayau di alam syahadah, , maka badan manusia itu dapat berehat sepenuhnya. Apatah lagi sekiranya badan itu berada di tempat yang gelap. Ia mampu  melihat berbagai-bagai perkara sekiranya di perzoomkan . Ia melihat perkara yang telah berlaku, bahkan sebahagian perkara yang akan berlaku pada kadar yang terbatas , ----dan sebahagiannya akan di kirimkan dalam bentuk gambaran dalam  mimpi untuk di ketahui oleh manusia. Soalnya samada manusia itu memahami isyarat mimpi itu atau tidak adalah bergantung kepada manusia itu sendiri. 

Friday, July 19, 2013

pPUKUL 12 TGH MALAM WAKTU TELEPATHY (dengan jawapan tambahan=edited)


dalam perbincangan yang lepas telah di ceritakan tentang ada seorang makcik tukang masak menceritakan lebih kurang dalam tahun enam puluhan dulu , ia telah keluar pada
Suatu malam semasa pukul 1200 tengah malam kerana hendak membuang air.  Dalam kegelapan malam Semasa melalui satu tanah gong sebelum sampai ke anak sungai, tempat yang ia akan buang air besar itu, ia melihat  satu pokok  yang berdiri tegak. Sewaktu pulang ia melihat pokok itu sudah tumbang, ia terfikir alangkah baiknya sekiranya dia dapat ambil pucukpucuk daun pokok tersebut untuk di buat ulam.  Dia berazam keesokan harinya, ia akan dating ke tempat tersebut untuk mengambil ulam.

Keesokannya ia pergi tempat pokok tersebut dan mendapati pokok itu amat tinggi, tak dapatlah ia mengambil pucuk nya.



Bagi kebanyakan orang , kisah ini tidak mempunyai apa apa erti kepada mereka. Soalan sedemikian di biarkan tertinggal kebelakang tanpa mencari apa jabapannya ada juga yang akan menuduh sebagai khayalan orang yang bercerita sahaja. Makcik itu sedang kuat berkhayal.

Tetapi bagi ahli zikir yang ingin mencari dan memahami alam ghaib di alam stahadah atau alam ghaib di dalam alam maya ini, tentulah akan bertanya beberapa soialan dan cuba mencari jawapan kepada soalan soalan:

Bilakah , adakah dalam bulan ramadhan
Adakah di sana jam 1200 malam menyimpan rahsia rahsia tertentu di luat rumah

jawapannya ialah ya memang ada rahsia tersendiri pada pukul 12 tengah malam



PUKUL 12 TGH MALAM WAKTU TELEPATHY 


 bagi beberapa budaya dunia melarang melakukan beberapa perkara pada waktu 12 

tengah ari seperti melarang menyiram pokok kerana waktu itu di namakan waktu lalai, manusia 

yang berjalan di hutan juga mudah terkena h=gerah pada waktu tersebut, itulah sebabnya kita 

disunatkan mengambil sedikit qailulah(tidur) pada waktu tersebut. 


maka 12 tengah malam pula mempunyai beberapa rahsia yang boleh menguatkan diri.ia adalah 

sempadan antara waktu awal dengan waktu hujung malam. 

sebenarnya pada waktu tersebut, Allah mencinta beberapa terowong yang halus tidak nampak di 

lihat dengan mata kasar tetapi dapat di pergunakan oleh mereka yang berilmu . umpamanya   

terdapat ramai manusia zaman silam berhubungan dengan sanak saudaranya atau sesiapa yang ia 

ingini di kalangan sahabat handai dan anak beranak pada waktu tersebut. ini kerana waktu 

tersebut adalah waktu telepathy yang baik. mereka juga menggunakan waktu tersebut untuk 

memanggil kaum keluarga atau hamba sahaya yang hilang supaya kembali ke pangkuan mereka

bukan sahaja manusia boleh menggunakan terowong yang di ciptakan Allah wujud pada waktu 

tersebut tetapi juga jin dan syaitan menggunakannya juga. termasuklah juga saka suka 

berperananan pada waktu tersebut. 

itulah sebabnya seseorang yang nak membuat pagar pendinding untuk diri dan keluarga, di 

sarankan ia melakukannya sebelum pukul 12 supaya terowomhg tersebut dapat di isi olehnya 

dengan baik, bukannya di salah gunakan oleh jin atau syaitan yang berlegar legar dalam 

kehidupannya. tapi yang banyak berlaku dalam kehidupan ialah banyak manusia lalaui pada jam 1200 tengahmalam. sebab itulah kebanyakan ahli perubatan mengatakan jam 1200 adalah waktu mengusik ( jin mengganggu dan menakutkan manusia) termasuk dalam cerita mak cik tukang masak tadi , dia kena usik la tu


ada yang kena usik dengan membawa makna iaitu usikan (gangguan tersebut berlaku terus menerus dan hidupnya yang panjang meskipun begitu gangguan ini tidak disedari olehnya tetapi terus menguasai dan membelenggunya, dan ada juga usikan itu bersifat sementara sahaja



mak cik ni kena usik dengan usikan jenis mana  antara dua jenis tu, payahlah nak jawab melainkan ia mestilah memberikan pebjelasan terhadap beberapa perkara.





Tuesday, July 16, 2013

dapat geliga delima semasa tidur


, pada suatu malam,ketika sedang tidur,seorang perempuan bermimpi seorang lelaki tua datang kepadanya dan menghadiahkan satu  geliga delima berwarna merah. Bila ia terjaga dari tidurnya, ia mendapati ge;liga tersebut telah berada dalam genggaman tangannya.
Itu bererti pendamping. Setelah di Tanya ustaz, ada ustaz kata boleh guna dan ada pula yang kata tidak boleh guna. setelah di pastikan dengan mereka yang lebih ahli , dan mendapati jawapannya adalah boleh sekiranya pemberian itu tanpa sebarang syarat . sekiranya bersyarat, maka eloknya ia meninggalkan geliga tersebut dan menyerahkannya kembali  kepada pemilik asalnya. 
akhirnya 
Ia telah melekatkan geliga tersebut kepada  lokek. ertinya sudah ada pendampingan tetapi pendampingan itu tidak dapat di hubungi. pendampingan itu hanyalah seperti seorang yang ingin membuat kebajikan sahaja. memang geliga itu nak jadi rezeki dia. 

seandainya ia di pantau oleh pendamping tersebut, maka ia perlu berhati hati=maka semestinyalah ia mengamalkan 

zikir ya muhyi ya mumit يا محيى يا مميت

oleh el fesfanji 


يا محيى يا مميت  

Amalan ini akan mendekatkan orang yang mati kepada orang hidup .ada orang yang menganggapkan bahawa alam ghaib itu amat jauh, bukan di zaman sekarang ini, selepas kita mati kelak entah berapa ratus ribi tahun lagi, kita di bangkitkan semula, di situlah letaknya alam ghaib.
perlulah kita menyedari bahawa alam ghaib itu bukanlah jauh mana dari kita, ia berada bersama kita kerana alam ghaib itu adalah bersebelahan saja dengan alam syahadah. Ertinya ketika seseorang itu berada di alam syahadah, sekiranya di balikkan saja, ia akan berada di alam ghaib,

disamping ramai ulama yang menyebutkan zikir ini berperanan sebagai menghapuskan sifatkan yang keji dan menumbuhkan sifat yang mulia dalam diri pengamal, banyak pengalaman menunjukkan bahawa pengamal yang melakukan  zikir ini di lakukan secara banyak dan berterusan akan menjadikan  seseorang yang hidup dapat berhubungan dengan orang mati.  Orang orang tertentu yang telah mati dating kepadanya melalui mimpi dengan membawa isyarat isyarat tertentu yang boleh di fahaminya.

  Dalamerti katayang lain, zikir ini menjadi amalan penghubung antara orang hidup dengan mati, orang hidup yang inginkan beberapa penjelasan dari orang yang sudah mati , bilamana beramal berterusan zikirnya di sertakan solat dan doa memohon dari Allah pertunjuk dalam memiliki hubungan tersebut, ramaijuga orang yang dapat mencapai tingkat ini dan memperolehikekuatan tersebut. Itu semua terhasil dengan kurniaan Allah. Tanpa rahmat dan izinNya, kita tidak akan memperolehi apa= apa.

Adakah hal ini pelik??
Tidak , !!!
Lihatlah sekali lagi sebagaimana yang telah di katakana tadi , Nabi Yusuf berdoa

Baginda meminta agar di hubungkannya kepada orang orang yang soleh ini merangkumi sewaktu hidup dan mati. Alam barzakh di mana seseorang yang mati itu berada bukanlah alam yang seseorang itu akan hidup berseorangan sebagaimana lazimnya pada pandangan mata zahir yang kita  boleh di lihat di tanah tanah perkuburan di Negara kita, jasad seseorang di tanam dalam lubang kubur yang berbeza

Memang perlu menjadi satu hal yang perlu di renungkan juga oleh kita bagaimana TRasulullah SAW melihat pada malam mijraj ke langit bagaimana Nabi Adam telah di perlihatkan kepada nya keadaana anak cucunya ,ada yang masuk syurga da nada juga yang masuk neraka, apakah ertinya gambaran sebegitu untuk kita semua???

mata ada beberapan pandangan


Ada seorang makcik tukang masak menceritakan lebih kurang dalam tahun enam puluhan dulu pada
Suatu malam semasa ia masih kecil sedang bersekolah.  Ia keluar pukul 1200 tengah malam kerana hendak membuang air.  Pada zaman dahulu orang membuang air di tepi anak sungai

Dalam kegelapan malam Semasa melalui satu tanah gong sebelum sampai ke anak sungai, tempat yang ia akan buang air besar itu, ia melihat  satu pokok  yang berdiri tegak. Sewaktu pulang ia melihat pokok itu sudah tumbang, ia terfikir alangkah baiknya sekiranya dia dapat ambil pucukpucuk daun pokok tersebut untuk di buat ulam.  Dia berazam keesokan harinya, ia akan dating ke tempat tersebut untuk mengambil ulam.

Keesokannya ia pergi tempat pokok tersebut dan mendapati pokok itu amat tinggi, tak dapatlah ia mengambil pucuk nya.



Bagi kebanyakan orang , kisah ini tidak mempunyai apa apa erti kepada mereka. Soalan sedemikian di biarkan tertinggal kebelakang tanpa mencari apa jabapannya ada juga yang akan menuduh sebagai khayalan orang yang bercerita sahaja. Makcik itu sedang kuat berkhayal.

Tetapi bagi ahli zikir yang ingin mencari dan memahami alam ghaib di alam stahadah atau alam ghaib di dalam alam maya ini, tentulah akan bertanya beberapa soialan dan cuba mencari jawapan kepada soalan soalan:

Bilakah , adakah dalam bulan ramadhan
Adakah di sana jam 1200 malam menyimpan rahsia rahsia tertentu di luat rumah

Dan soalan yang paling penting dan mustahak sekali ialah kenapa dan bagaimanakah pokok itu di lihat sebagaiamnak==tumbang
Adakah itu adalah khayalan sebagaiamna yang akan di tuduh oleh orang kebanyakan orang
Kata mereka yang berilmu itu pokok itu sebenarnya tidak tumbang. Orang lain kalau ada bersamanya akan Nampak tidak tumpang, matanya sahaja yang melihat pokok itu tumbang. Mata mana?

Mata jasadaqlul jasadi

Mata khayalan

Mata fikiran
Mata perasaan

mata ruh


untuk nak tentukan mata mana yg melihat itu, kenalah soal selidik kepadanya beberapa soalan lain lagi.  

mimpu di alam realiti


Ada seorang makcik bercerita kepada saya bahawa ia pernah
Mimpi ada seorang budak yang sangat dahaga mintak air. Dalam mimpi itu ia berfikir, sekiranya ia tidak memberikan air minuman kepadanya sebagaimana yang ia mahu,ia risau budak tersebut akan menyebu ke arahnya sehingga masuk ke dalam bilik tidurnya dan mengganggunya.  Kerana takut kena serbu, ia memberikan minum air sebagaimana yang di minta oleh budak tersebut. Budak itu berada di ruang tamu rumahnya.
Masih jelas terbayang dalam mimpinya itu rupa budak yang tidak pernah /selalu sangat ia lihat itu,
Ia merasakan amat pelik kerana bila ia bangun, ia melihat cawan yang di hidangkan kepada budak tersebut benar=benar berada di atas meja sofa di ruang tamu rumahnya itu. Terkejut ia kerana ia tidak dapat menjawab siapakah yang meletakkan cawan tersebut di situ?

Bagi kebanyakan orang , kisah ini tidak mempunyai apa apa erti kepada mereka. Soalan sedemikian di biarkan tertinggal kebelakang tanpa mencari apa jabapannya

Tetapi bagi ahli zikir yang ingin mencari dan memahami alam ghaib di alam stahadah atau alam ghaib di dalam alam maya ini, tentulah akan bertanya beberapa soialan dan cuba mencari jawapan kepada soalan soalan:
Siapakah yang meletakkan cawan tersebut?
Barangkali siapakah gambaran yang dating dalam mimpi orang tersebut?
Bagaimanakah keadaan orang tidur yang bermimpi itu, bagaimanakah sifat diri dan bagaimanakah pula keadaan dirinya pada waktu ia tidur itu??
Memang soalan ini amat sukar untuk di jawab. Saya yang bodoh dan dungu ini memang tiodak tahu apa jawapannya. Namun begitu, bilamana kita rujuk kepada mereka yang ahli, mereka memberikan beberapa jawapan . ada yang memberikan jaewapan orang yang meletakkan cawan tersebut  adalah samada :1) entity  Entity dalam diri  seperti qarin dan ada pula yang berkata 2)  Entity luar diri   iaitu samada  1) Saka @ 2) pendampingan   

Friday, July 12, 2013

SENAMAN ANGGOTA SUJUD YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BANAYK


kedua dua senaman ini elok di lakukan sebelum dan setelah bangkit dari tidur

kitab perubatan melayu jawi cetakan zaman Fatani

kitab luqtatul `ajlan fa yaltamisu fihil insam  pada kelebihan beberapa ayat Quran oleh Syeikh Ahmad bin Mohamad Zain bin Mustafa Al Fatani 

cetakan kedua makbaah al miriyyah di mrekah tahun 1330 H



kitab tibul ehsan fi tibbil insan 
di karang oleh syeikh Ahmad bin Mohamad Zain bin Mustafa juga . hak menerbit Hj Wan Mohamad Saghir 


Thursday, July 11, 2013

cara dan peringkat meneropong saka (berzikir)

ustaz Hanafi ek Fesfanji 
seminar KL 


MEMPEROLEHI GAMBARAN SAKA MELALUI MIMPI YANG TERHASIL DARIPADA ZIKIR

Zikir sering kali kosong . ini menyebabkan ahli suluk yang ingin mengenali saka itu terlena. =melainkan apabila di isi dengan tafakkur dan tazakkur.
Sebagaimana yang telah di nyatakan bahawa tangga pertama untuk mengungkaikan belenggu saka tersebut ialah dengan berzikir.. 
Zikir juga di panggil dengan nama wirid
Bilamana seseorang itu berworid, datanglah kepadanya beberapa kekuatan yang di panggil warid. Warid mertabat pertama di panggil intibah . ia berkumpul pada rawang.rawang ialah titik tengah antara dua bulu kening. Di situ bilamana seseorang memejam matanya , ia akan melihat seperti bola api .





 gambar menunjukkan tempat letak rawang kepada setiap manusia, iaitu tempat keluarnya tuh idhofi semasa setiap manusia tidur. kekuatan zikir akan zoom terpat tersebut sehingga skin yang ada di situ dapat membaca apa yang di temuinya. bacaan tersebut di gambarkan dalam bentuk gambaran mimpi 



Bebola nur keluar melompat-lompat dalam bentuk momentum. Dalam erti kata yang lain, ia seolah-olah lihat bergerak seperti sebuah kapal yang sedang belayar laut menuju ke satu destinasi yang telah di jadualkan.  Bilamana ia di lihat dari sebuaah kapal terbang di angkasa raya, kapal laut itu seolah-olah terapung-apung tidak bergerak ===pada hjungnya ia pasti melihat bebola nur tadi bertukar menjadi satu pemangangan yang samar samar. Seperti kabus tebal. Gambaran yang kabur sekiranya zikir itu di teruskan lagi meskipun dalam rasa lenguh yang menggigit seluruh urat sarat dan segenap sendi tulangnya, gambaran tadi menjadi semakin jelas

Gambaran ini di panggil isyraq(  ) , ia juga di panggil surah tasawwyr(    صورة التصور
Proses pertukaran dari kabur kepada semakin jelas di panggil tajalli. Sekarang, dalam penggunaan kamera, orang mengistilahkannya sebagai zoom. Proses pengtajalian( zooming)
 ) , dalam bahasa mudah, guru pondok memaggilnya sebagai filem nagetif. Istilah ini adalah ibarat daripada gambar yang di tangkap ==Kodak

Gambaran mimpi yang terpamer sewaktu berzikir mungkin berlaku dalam beberapa bentuk yang berbeza.perbezaan tajallinya pada ===menerangkan tentang sudut sudut yang berlainan tentang saka 


GAMBARAN ITU HILANG BILAMANA JAGA /BANGKIT DI WAKTU SIANG
LUPA

Ini bererti simbolek yang dating=mestipun belum di fahami= telah hilang. Dia perlu berusaha lagi untuk mendapatkan isyarat tersebut. Sekiranya ia ingat, maka usaha yang perlu di lakukan ialah mencari kefahamannya sahaja. Ertinya dengan lu itu, ia perlu mencari sekali lagi. Maka bayangkanlah sekiranya setiap kali symbol atau isyarat tersebut dating, betapa bodohnya kita



Maka demikianlah juga sikap kita yang cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Orang yang seringkali menganggapkan bahawa gambaran yang di lihat dalam mimpi adalah karut marut dan semata-mata hanyalah permainan tidur tak ubah seperti seorang pemandu kereta yang membutakan matanya kerana tidak mahu melihat papan-papan tanda dan signboard-signboard yang tertampal di sana sini sepanjang jalan. Akhirnya ia akan rugi dan tertipu dengan keangkuhan dan kebodohannya sendiri.  Manakala orang yang mengakui bahawa mimpi itu mempunyai mesej tertentu , tetapi ia sendiri tidak cuba untuk memahami ta`biran dan pengertian pula tak ubah seperti pemandu kereta yang melihat tanda-tanda dan petunjuk jalan di sepanjang perjalanannya tetapi  tidak faham dengan mesej yang di sampaikan kepadanya. Ia juga akan tersasar daripada panduan yang sebenarnya.  Orang yang berjaya ialah orang yang beringat-ingat kerana memahami peringatan-peringatan yang di nyatakan di sepanjang jalan tersebut.  Sebenarnya , sekiranya kita bijaksana, amatlah tidak wajar untuk kita memandang remeh kepada mimpi kerana Allah SWT telah menjadikan paksi cerita dalam Surah Yusuf ialah mimpi Nabi Yusuf dan mimpi Raja Qotofar . demikianlah juga Ulama-Ulama tafsir telah menjadikan mimpi-mimpi tiga manusia –mimpi Fir`aun, mimpi ibu Nabi Musa yang di panggil Luha Binnti Hanid Ibn Lawi Ibn Ya`aqub dan mimpi isteri Firaun yang bernama Asia Bint Mazahim sebagai paksi pertama kepada perbincangan tafsir dalam Surah Al Qashah dan beberapa surah lain yang menceritakan tentang pertentangan antara nabi Musa dan Firaun.


Tuesday, July 9, 2013

akar kekunyit ubat resdung



pokok kekunyit ( coscinium blumeanum) adalah sejenis pokok menjalar pada pokok lain. ia boleh memanjat setinggi 10 kaki.
ia di gunakan sebagai ubat resdung

sebaiknya di campur dengan akar terung kemal

saya lebih suka mengambil akarnya yang tua di buat isap rokok
ia akan membuka lubang lubang tersumbat jadi terbuka


Sunday, July 7, 2013

kegunaan madu(tambahan)

kelebihan madu memang telah diakui oleh semua bangsa di duni a ini. dalam hadis banyak 
menerangkan tentang saranan Nabi dan kelebihan yang ada pada madu sehingga Nabi  SAW sendiri mengamalkan madu waktu pagi.


sesungguhnya madu mempunyai khasiat yang besar kerana mengambil madu bererti kita menerima  makanan, bahan rawatan ubatan  dan kosmetik. di samping kandungannya, Gas yang terkandung di dalamnya sentiasa hidup dan mampu 

membaiki luaran dan  dalaman manusia.


MADU YANG BAIK

Madu yang paling baik ialah madu yang di hasilkan oleh oleh lebah 

yang makan bunga yang tumbuh di sekitar tempat manusia berada itu, ini bererti madu hutan kita adalah lebih baik untuk kita di amalkan berbanding dengan madu import, meskipun dari Negara 

arab. Setiap madu yang di hasilkan oleh lebah adalah paling baik di gunakan untuk manusia yang berada 

di situ. Ini kerana kekuatan yang tersimpan dalam madu yang terhasil dari pokok pokok di situ 

tertentu mampu mengimbangi semula suasana , keadaan cuaca ==dan ==manusia dio situ.

madu import bukanlah terbaik kerana kandungan di ambil dari bunga bunga yang tumbuh di cuaca yang berlainan dari kita. ia tidak mampu mengimbangi balik kekuatan kita sepenuhnya berbanding dengan madu kita,  Apatah lagi kebanyakan madu import adalah madu lebah ternak. ramai orang tertipu dengan iklan peniaga peniaga yang bersifat bohong ala kapitalis apabila  menyatakan madu terbaik adalah dari arab  padahal  negara arab yang tidak banyak pokok kayu itu membekalkan madu ternak kepada nagara yang di exportnya. 

Lain lain ciri madu yang baik ialah madu yang di perolehi dari tempat yang tinggi. Madu  yang di perolehi dari pokok yang tinggi di atas gunung yang tinggi yang terpencil dan jarang di redahi oleh manusia layak di senaraikan sebagai paling tinggi mutunya. 

Manakala madu yang di perolehi di kayu kayu yang rendah di dalam kampung atau pinggir Bandar di kira sebagai kurang mutunya. 

di antara kegunaan madu sebagaimana yang di catatkan oleh sejarah ialah bahawa  Clopatra telah menjadikan madu sebagai bahan tetap dalam mandian berendam air suam untuk 

tujuan kecantikan. demikianlah di sapukan pada pipi boleh untuk tujuan kecantikan dan 

menghilangkan bintik bintik pada muka 

madu juga merupakan ubat luka terbaik kerrana ia menjadi gam yang mencantumkan kulit tanpa meninggalkan sebarang parut atau tanda 


satu method rawatan menggunakan  madu yang telah lama di amalkan dan masih di amalkan  sehingga kini oleh ramai hafiz dan peminat perubatan Islam ialah menitikkan madu dalam mata 

untuk tujuan rawatan mata.

beberapa hafiz memberikan keterangan matanya dengan menitikkan setitik madu ke dalam mata 

setiap pagi, power kacamata mereka telah dapat di kurangkan. kelabu mata mereka dapat di kurangkan. 

demikianlah beberapa beberapa  ahli jemaah surau memberikan keterangan bahawa dengan menitikkan madu ke dalam mata selama 

beberapa minggu, mata mereka yang mengalami ketumbuhan dan saraf yang lemah telah menjadi  pulih seperti beberapa tahun sebelum   mereka menderita sakit mata.



walaupun  memanglah semasa di titikkan madu ke dalam mata, mata akan terasa sedikit pedih sehingga mengeluarkan beberapa titis air mata,sebenarnya air mata tersebut akan membersihkan dan membuang habuk yang tidak di perlukan dari dalam mata keluar. 



 membeli madu cina di pusat membeli belah bukanlah sesuatu yang baik kerana beberapa sahabat kita pengamal perubatan cina dan herba berbangsa cina menjelaskan kebanyakan madu dari cina adalah dihasilkan oleh lebah yang di beri makan sirap gula.