Tuesday, August 2, 2011
hubungan binatang dan nabi-nabi(3)
di samping Allah SWT telah menjadikan semua binatang tunduk dan akur pada perjanjian yang telah di buat oleh nenek moyang mereka kepada Nabi Nuh, demikianlah juga Allah jadikan mereka juga akur pada Nabi Allah Sulaiman.
Anugerah Allah ini di lihat oleh orang-orang Yahudi sebagai kuasa sihir Nabi Sulaiman. ini telah di nafikan oleh Allah sekeras-kerasnya dalam surah Al Baqarah.
Pemberian Allah kepada Nabi Sulaiman ini
mempunyai beberapa perkara menarik yang sesuai untuk kita bincangkan.
contohnya:
dalam ilmu buaya beberapa bomoh di sekitar kawasan saya sebagai contoh untuk perbincangan kita di sini, , mereka menyeru dalam jampi-jampi penunduk buaya mereka dengan kata: ini perintah raja Sulaiman
ertinya ertinya jampi itu di buat oleh orang-orang dahulu, sudah ada pengaruh Islam iaitulah mereka mengakui kelebihan nabi Sulaiman ini,
tetapi soalnya ialah bagaimanakah mereka masih terikat dengan syarat-syarat syaitan seperti berlaku curang dengan isteri orang dan sebagainya lagi?
jawabnya ialah walaupun sudah ada unsur Islam pada jampi itu tetapi masih belum mencukupi. kejahiolan adalah satu lagi belenggu yang perlu di bebaskan oleh setiap orang yang beriman. berilmu dengan ilmu Al Quran dan beramal dengan ilmu yang betul secara bersungguh-sungguh adalah satu hal yang mustahak/.
kerana jahillah maka syaitan masuk membawa kerosakan kedalam diri pengamalnya dengan membisikkan keegoaan yang akhirnya memusnahkan diri pengamalnya.
melihat pada ungkapan jampi itu mungkin orang yang mengasaskan ilmu itu mempunyai ilmu tentang nabi Sulaiman, tetapi setelah ilmu itu di turunkan kepada beberapa lapis ke bawah yang lebih lemah dan jahil orangnya maka tentulah syaitan aklan mengambil peluang bilamana mendapati ada jalan yang terbuka untuk ia memainkanm peranannya. maka timbullah keinginan keinginan nafsu yang berupa dosa besar yang akhirnya di jadikan pula syarat oleh ahli-ahli maksiat yang ego bilamana mereka sudah sudah menguasai ilmu itu
jadilah jalan kesesatan itu berpusing-pusing dan berbelit-belit. seorang yang tersesat di jalan yang sesat itu , maka tidaklah mudah baginya untuk menemui jalan kembali yang asal melainkan mestilah mengambil masa yang lama untuk mempelajari kesilapan-kesilapan terlebih dahulu. ia mestilah mengenali syaitan dan sepak terajangnya dalam menyesatkan manusia, barulah ia faham dan menemui jalan baiki dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment