Monday, August 1, 2011

hubungan binatang dan nabi-nabi(1)





dalam masyarakat kita  ada kita dengar berbagai-bagai kehebatan pawang-pawang zaman dahulu yang dapat menundukkan binatang. mereka memuja semangat binatang-binatang tersebut sehingga dikatakan semangat tersebut tunduk kepadanya dan mematuhi arahannya serta membantunya dalam kerja buatnya dalam kehidupan sehari-hariannya. 


ada ramai orang di tepi sungai perak dan pahang beberapa puluh tahun yang lampau  yang memuja semangat buaya untuk  dapat mengangkat buaya besar bilamana ada orang mencabarnya di tepi sungai tersebut. demikianlah ada juga yang dapat menunggang harimau dan melibas-libaskan ular kepada musuh-musuhnya .mereka menunjukkan kehebatan mereka ini dengan rasa bangga sehingga ramai orang yang berguru dengan mereka setelah melihat kehebatannya.malang sekali semangat-semangat yang mereka puja yang mana sebenarnya adalah jin syaitan yang jahat telah mensyaratkan supaya mereka melakukan dosa-dosa besar seperti berkendak dengan isteri orang dan sebagainya lagi. maka apalah gunanya menunjuk-nunjukkan ilmu pemujaan ini sehingga berkembangnya  ilmu yang merosakkan aqidah ini untuk di pakai guna pada merosakkan aqidah lebih ramai lagi manusia lain?.


dalam pada itu kenapa manusia pada masa itu tidak mengaji dan menimba ilmu yang benar dari orang-orang yang soleh yang bertaqwa dan warak seperti imam-imam dan ulama-ulama. 

umpamanya   saya dapat saksikan manusia di tempat saya lebih berminat menggali  ilmu pemujaan hantu syaitan daripada berlajar agama dari Tok Ki pak Ngah Amad  yang menjinakkan harimau yang berada di sekeliling rumahn dan kampung halamannya dengan hanya beramalkan :




اللهم رب دانيال و رب كل أسد مستأسد احفظنى برحمتك يا أرحم الراحمين 


Ya Allah Tuhan Nabi Allah Danial dan Tuhan segala singa yang menyinga( menggarang) peliharakanlah aku (dari kejahatan binatang buas) dengan rahmahmu




dengan bacaan ini, Tok Ki Pak Ngah Amad telah menepuk=-nepuk tengkuk  sang Pak Belang yang menghalang orang ramai yang ingin menunaikan sembahyang jumaat sehingga binatang itu beredar untuk memberika laluan kepada orang ramai menunaikan perintah Allah itu.


Lihatlah juga Haji Lah menyelamatkan pelajar banatnya yang di ganggu ular  dengan


سلام على سليمان فى العالمين 









إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم 


bahkan mereka mengajarkansupaya setiap kali masuk hutan, untuk mendindingkan diri dari binatang buasa dan bisa, bacakan : 





سلام على نوح فى العالمين 


soalnya kenapa manusia lebih suka memilih jalan kesesatan dari mengambil jalan berdoa yang di ajarkan oleh ilmu taawhid yang di bawa oleh Ulama-ulama? 


hari ini, ilmu ilmu begini tidaklah lagi banyak di gunakan lagi kerana segala binatang-binatang tersebut sudah tidak banyak lagi di temui, bahkan manusia hari ini lebih senang untuk diam menetap di bandar-bandar besar seperti KL, tidak menghadapi masalah itu kerana tidak lagi berhadapan dengan binatang itu.namun manusia tetap sama, ramai yang suka memilih jalan syaitan daripada mengambil jalan yang di redhai Allah


bagi saya yang bodoh dan lembap ini,  di samping soalan di atas perlu di cari jawapannya, saya juga berfikir tentu ada perkara menarik yang boleh kita lihat dari bacaan-bacaan doa dan ayat-ayat quran di atas yang menjadi amalan Ulama 

dan satu lagi, amat perlu untuk kita menjadi orang yang cerdik dengan cara bertanya: apakah kaitannya binatang-binatang itu dengan nabi-nabi tersebut, dan 


apakah pula faedah yang dapat kita jadikan manfaat dalam kontek kehidupan kita di bandar-bandar besar di zaman moden ini?????

  bersambung

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, minta izin utk copy paste ilmu ini dan mengamalkan jika perlu. - Ahmad