Monday, August 1, 2011
hubungan binatang dan nabi-nabi(2)
menurut penerangan beberapa pengamal ayat ini, mereka menghuraikan bahawa di sebutkan nama Nabi-Nabi atau rasul-rasul tersebut ketika berada di hadapan binatang-binatang buas dan bisa tersebut kerana binatang-binatang ini lebih menghormati Nabi2 dan rasul2 tersebut lebih dari manusia-manusia barua yang derhaka dan durjana kepada perintah Syarak.
Umpamanya Nabi Nuh yuang telah membawa mereka menaiki bahteranya ketika banjir besar, telah berjasa menyelamatkan mereka dari pupus. Walaupun semua binatang-binatang itu bermusuh-musuhan antara satu sama lain itu, umpamnya binatang maung yang takutkan binatang maging kerana mereka selamanya akan menjadi mangsa atau makanan kepada binatang maging, Nabi Nuh telah mengadili pertelingkahan mereka dengan merletakkan syarat bahawa mereka semua mestilah adil , amanah dan mengikut fitrah kejadian mereka., tidak tamak, zalim atau melampaui batas.
dengan itu semua binatang terjamin dengan satu sistem yang telah di tetapkan oleh Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. binatang maging tidak boleh tamak dan zalim. sekiranya ia melakukan larangan ini, ia akan binasa.
manakala binatang maung pula akan di lindungi dengan keihsanan Allah SWT, melainkan setelah tiba ajalnya, maka ia akan kembali kepada Allah dengan apa cara sekalipun termasuk menjadi syuhada iaitulah dirinya menjadi santapan binatang maging.
ini adalah di antara isi kandungan perjanjian mereka dengan nabi Allah Nuh AS. Semua binatang akur kepada perjanjian ini, tidak seperti manusia
melainkan binatang yang telah di resapi syaitan. , maka jadinya samalah seperti manusia yang melupai perjanjian.
binatang yang di resapi syaitan ini di hadapi oleh Ulama-ulama dengan cara mengelakkan badi
bersambung dong!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment