Tuesday, August 9, 2011
batu-batu permata- aqiq Yaman (1)
izinkan saya menyalin kembali kitab luktah ( لقطة العجلان ) karangan Syeikh Ahmad Ibn Mohamah zain Bin Mustafa al Fatani --yang telah di cetak kira-kira 300 tahun yang lampau iaitu 1330H . Kitab tersebut tidak lagi di cetak pada hari ini dan tidak terdapat di mana-mana kedai lagi pada hari ini. . Kitab yang di tulis dalam bahasa jawi lama dan menjadi sebahagian dari teks perubatan bagi pelajar-pelajar pondok tradisional ini pada zaman dahulu saya dapati dari seorang sahabat kepada Haji Wan Saghir yang sangat terkenal di Taman Melewar dan telah kembalike rahmatullah. walaupun saya memang mempunyai rujukan asal kitab tersebut iaitu tazkirah Dawudتذكرة ) )yang di tulis dalam bahasa Aran oleh seorang pakar perubatan islam ulung bernama Dawud Antaki , tetapi demu untu kebaikan semua pengkaji perubatan Islam di alam kita, izinkan saya menyalinnya yang dalam bahasa ibunda kita. Syeikh Zain menyebutkan:
maka permata aqiq yamani terlebih eloknya barang yang bersangatan merahnya dan jernih kuningnya maka barang siapa pakai yang terlebih eloknya berhenti bersangatan marahnya tatkala berkelahi dan berhenti tertawa-tawnya bilamana bersangatan suka .siapa yang bersugi denga abunya hilang karat giginya. dan berdarah gusinya. Intaha
Di sini saya suka membuat tambahan bahawa akik itu sifatnya adalah sejuk. sesuai kepada orang yang garang dan orang yang terburu-buru
Rasulullah memakai cincin akik yamani . maka orang yang memakainya dengan niat mengikuti sunat adalah memperolehi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment