Wednesday, August 31, 2011

gangguan sihirkah yang lebih merbahaya atau gangguan nafsu?

dalam masyarakat kita bilamana seseorang anak perempuan  berubah sikapnya yang lemah lembut menjadi agresif secara tiba-tiba, ibu bapa akan datang tergesa-gesa  mencari imam atau ustaz agar ustaz tersebut meghembuskan satu ayat pemusnah sihir supaya puterinya itu pulih terus menjadi cergas seperti sedia kala

 ada banyak juga kes yang menunjukkan bahawa anak-anak perempuan ini menghadapi masalah perasaan dan bukannya sihir. Kesalah fahaman dan kekeliruan yang berlaku pada peringkat ini akan menyebabkan kekalutan-kekalutan pada langkah-langkah berikutnya.







bersambung

Saturday, August 20, 2011

panau 1


Panau
Biasanya orang tua-tua kita melarang anak-anaknya yang bekerja di tengah panas terik beberapa lama,  umpamanya berada di bendang beberapa jam sehingga berpeluh-peluh tiba-tiba terus mandi bilamana masuk ke rumah. Orang-orang tua kita mencadangkan agar kita berehat terlebih dahulu seketika supaya badan dapat bersejuk-sejuk sementara waktu ,darjah kepanasan matahari yang berada di dalam badan. Ini adalah untuk mengelakkan badan di hinggapi panau  
Panau berlaku akibat api yang sedang mengalir kuat di dalam badan di hapuskan secara tiba-tiba. Akibat terperanjat dan api itu tewas secara mendadak bilamana di jiruskan air ke badan, maka ia meninggalkan kesan yang dapat di lihat pada permukaan kulit yang di namakan sebagai panau
sejari halia diparut halus . di ramas dengan 10 ekor semut hitam.sapu tempat tersebut berkali2



parut kemudian perah lengkuas, sapukan airnya di tempat panau


parut kemudian perah halia sebagai pilihan kedua, sapukan airnya di tempat panau


2 sudu belerang kuning, sesudu besar garam dan limau nipis-gosokkan tempat panau



lumatkan belimbing buluh dengan kapur sirih sapu

ramai juga yg mencadangkan agar mencelupkan lengkuas renting pada minyak tanah kemudian sapu bahagian panau tersebut

Monday, August 15, 2011

batu permata: peluru emas(6)

Sebagai menyambung perbincangan tentang emas , maka kita melihat dalam sejarah kepahlawanan Melayu Islam menentang penjajah, ramai hulubalang-hulubalang yang kebal di tewaskan oleh musuh dengan menembak menera dengan menggunakan peluru emas. Rahsia ini di bocorkan oleh pengkhianat -pengkhianat agama dan bangsa kepada penjajah yang mengupah mereka. celaka sungguh mereka yang mengejar keduniaan dengan memusnahkan agama dan bangsa sendiri. 


hal ini secara tidak langsung sebenarnya menjelaskan satu rahsia besar emas yang telah lama di ketahui oleh orang kita tetapi telah di lupakan dan di sempitkan pemikirannya sekarang oleh golongan-golongan yang dungu. seperkara menarik yang boleh kita lihat di sini ialah bagaimana cerdik pandai dan pakar tempatan telah tahu membuat peluru mas. ia memerlukan kepada tahap se3ni yang tersendiri. memang orang terengganu telah terkenal dalam sejarah mempunyai kepandaian yang tinggi dalam bidang emas ini. mereka bukanlah sahaja bukan boleh buat senjata mdengan mas amalahan ada yang boleh membuat tali pinggang dan sebagainya lagi dari emas.









Thursday, August 11, 2011

batu-batu permata- mas(4)









seterusnya beliau menyebutkan lagi dengan menghuraikan tentang emas dengan katanya:




maka adapun lagi Emas maka memakai akan dia mempusakai kesukaian  hati dan sakit gigi apabila di colek dengan penculiknya di celah sakit dan apabila dkemam akandia di dalam mulut menghilangkan bau busuk mulut dan apabila di buat akandia lidi pencelak di celak mata dengan dia menjauhi segala penyakit mata dan menguatkan penglihatan


di sini saya ingin menambah lagi beberapa perkara yang tidak di sebutnya iaitu bahawa emas itu bukanlah di kategorikan dalam bahagian batu permata kerana batu permata tidak di kenakan zaman menurut mazhab Shafie. Emas adalah galian yang berharga. Tentulah ia mempunyai kegunaan yang berbagai-bagaii bukanlah terbatas kepada hiasan luaran sahaja. 

emas itu memperelokkan kulit  . memang di akui bahawa seseorang yang memakai emas pada kadar yang banyak ,ada tarikan aura yang mempercantikkan kulitnya. 




ramai juga pengamal perubatan islam yang menyarankan agar di rendamkan emas dan di minumkan air rendaman emas itu kepada gadis-gadis yang berat jodoh. hendaklah terlebih dahulu di bacakan ayat-ayat seumpama ayat 35 surah an Nur


sekarang ini ada banyak rawatan menggunakan emas 





Wednesday, August 10, 2011

batu-batu permata- yakut dan zamrud (2)





Penulis menyebutkan lagi di dalam luqtahnya:




dan yakut yang terlebih baiknya ialah yang merah yang sejahtera dari pecah dan bergeligis. dan di pilih dari segala warna ini yang merah dan yang kuning dan yang hijau. maka adapun yang lain dari tiga warna yang di sebutkan itu, maka kurang ia pada kemuliaan dan faedah. intaha. 




zamrud pula maka jika di hampir ia akan makanan yang di racun tiada memberi mudharat ia dengan izin Allah melainkan berpeluh jua dan jika di pakaikan ia pada cincin emas maka menegah ia daripada taun dengan di cubakan terlebih besar ia dari pada permata yakut . membatalkan ia akan sihir dan sawan dan gila babi- intaha







Tuesday, August 9, 2011

batu-batu permata- aqiq Yaman (1)



izinkan saya menyalin kembali kitab luktah (     لقطة العجلان  ) karangan Syeikh Ahmad Ibn Mohamah zain Bin Mustafa al Fatani   --yang telah di cetak kira-kira 300 tahun yang lampau  iaitu 1330H . Kitab tersebut  tidak lagi di cetak pada hari ini dan tidak terdapat di mana-mana kedai lagi pada hari ini. . Kitab yang di tulis dalam bahasa jawi lama dan menjadi sebahagian dari teks perubatan bagi pelajar-pelajar pondok tradisional ini pada zaman dahulu saya dapati dari seorang sahabat kepada Haji Wan Saghir yang sangat terkenal di Taman Melewar dan telah kembalike rahmatullah. walaupun saya memang mempunyai rujukan asal kitab tersebut iaitu tazkirah Dawudتذكرة   )  )yang di tulis dalam bahasa Aran oleh seorang pakar perubatan islam ulung bernama Dawud Antaki , tetapi demu untu kebaikan semua pengkaji perubatan Islam di alam kita, izinkan saya menyalinnya yang dalam bahasa ibunda kita. Syeikh Zain menyebutkan:


  maka permata aqiq yamani terlebih eloknya barang yang bersangatan merahnya dan jernih kuningnya maka barang siapa pakai yang terlebih eloknya berhenti bersangatan marahnya tatkala berkelahi dan berhenti tertawa-tawnya bilamana bersangatan suka .siapa yang bersugi denga abunya hilang karat giginya. dan berdarah gusinya. Intaha




Di sini saya suka membuat tambahan bahawa akik itu sifatnya adalah sejuk. sesuai kepada orang yang garang dan orang yang terburu-buru

Rasulullah memakai cincin akik yamani . maka orang yang memakainya  dengan niat mengikuti sunat adalah memperolehi. 



Wednesday, August 3, 2011

ahlan wa sahlan kepada blog elfesfanji2

ahlan wa sahlan kepada peminat2 sejarah dan perkembangan  pemikiran dan tamadun serta pertelingkahan2nya. agar tuan puan muslimin dan muslimat dalam buka elfesfanji2 blogspot.com. saya menulis di situ suatu yang di sebut dalam pengajian  usuluddin sebagai  tayyarat. gelombang pemikiran dan sejarahnya.


sekarang saya baru fokuskan tentang sejarah Terengganu secara ringkas.

semoga Allah merahmati dan memberkati usaha jihad kita yang kerdil ini.Amin

hubungan binatang dan nabi-nabi(4)



Berkenaan dengan nabi Allah Danial pula yang namanya disebut dalam doa yang di panggil doa penunduk harimau,
Nabi Danial adalah seorang nabi di kalangan Bani Israel selepas Nabi Musa. Munerut Ulama Kisah2 Nabi. ia dikatakan mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa dalam hal yang berkaitan dengan binatang seperti Nabi Sulaiman . dikatakan juga ia mempunyai anugerah dalam ta`bir mimpi seperti Nabi Yusuf.




di Iskandariah( Alexandria) Mesir , ada sebuah masjid terkenal yang terletak di sebatang jalan raya terkenal yang di namakan Masjid Nabi Allah Daniel terletak di Jalan Nabi Allah Danial. Di katakan di dalamnya ada kubur Nabi Allah Danial .والله أعلم بالصواب  di sekitar tahun 1994-2001 saya seringkali pergi ke situ bilamana berpeluang menjenguk Iskandariah yang sibuk itu. 











Tuesday, August 2, 2011

hubungan binatang dan nabi-nabi(3)





di samping Allah SWT telah menjadikan semua binatang tunduk dan akur pada perjanjian yang telah di buat oleh nenek moyang mereka kepada Nabi Nuh, demikianlah juga Allah jadikan mereka juga akur pada Nabi Allah Sulaiman. 


Anugerah Allah ini di lihat oleh orang-orang Yahudi sebagai kuasa sihir Nabi Sulaiman. ini telah di nafikan oleh Allah sekeras-kerasnya dalam surah Al Baqarah. 


Pemberian Allah  kepada Nabi Sulaiman ini 
mempunyai beberapa perkara menarik yang sesuai untuk kita bincangkan.

contohnya: 

dalam ilmu buaya beberapa bomoh di sekitar kawasan saya sebagai contoh untuk perbincangan kita di sini, , mereka menyeru dalam jampi-jampi penunduk buaya mereka dengan kata: ini perintah raja Sulaiman

ertinya ertinya jampi itu di buat oleh orang-orang dahulu, sudah ada pengaruh Islam iaitulah mereka mengakui kelebihan nabi Sulaiman ini, 


tetapi soalnya ialah bagaimanakah mereka masih terikat dengan syarat-syarat syaitan seperti berlaku curang dengan isteri orang dan sebagainya lagi?


jawabnya ialah walaupun sudah ada unsur Islam pada jampi itu  tetapi masih belum mencukupi. kejahiolan adalah satu lagi belenggu yang perlu di bebaskan oleh setiap orang yang beriman. berilmu dengan ilmu Al Quran  dan beramal dengan ilmu yang betul secara bersungguh-sungguh adalah satu hal yang mustahak/. 




kerana jahillah maka syaitan masuk membawa kerosakan kedalam diri pengamalnya dengan membisikkan keegoaan yang akhirnya memusnahkan diri pengamalnya. 


melihat pada ungkapan jampi itu mungkin orang  yang mengasaskan ilmu itu mempunyai ilmu tentang nabi Sulaiman, tetapi setelah ilmu itu di turunkan kepada beberapa lapis ke bawah yang lebih lemah dan jahil orangnya maka tentulah syaitan aklan mengambil peluang bilamana mendapati ada jalan yang terbuka untuk ia memainkanm peranannya. maka timbullah keinginan keinginan nafsu  yang berupa dosa besar  yang akhirnya di jadikan pula syarat oleh ahli-ahli maksiat yang ego bilamana mereka sudah sudah menguasai ilmu itu




jadilah jalan kesesatan itu berpusing-pusing dan berbelit-belit. seorang yang tersesat di jalan yang sesat itu , maka tidaklah mudah baginya untuk menemui jalan kembali yang asal melainkan mestilah mengambil masa yang lama untuk mempelajari kesilapan-kesilapan terlebih dahulu. ia mestilah mengenali syaitan dan sepak terajangnya dalam menyesatkan manusia,  barulah ia faham dan menemui jalan baiki dirinya.






Monday, August 1, 2011

hubungan binatang dan nabi-nabi(2)





menurut penerangan beberapa pengamal ayat ini, mereka menghuraikan bahawa di sebutkan nama Nabi-Nabi atau rasul-rasul tersebut ketika berada di hadapan binatang-binatang buas dan bisa tersebut kerana binatang-binatang ini lebih menghormati  Nabi2 dan rasul2 tersebut lebih dari manusia-manusia barua yang derhaka dan durjana kepada perintah Syarak.




Umpamanya Nabi Nuh yuang telah membawa mereka menaiki bahteranya ketika banjir besar, telah berjasa menyelamatkan mereka dari pupus. Walaupun semua binatang-binatang itu  bermusuh-musuhan antara satu sama lain itu, umpamnya binatang maung yang takutkan binatang maging kerana mereka selamanya akan menjadi mangsa atau makanan kepada binatang maging, Nabi Nuh telah mengadili pertelingkahan mereka dengan merletakkan syarat bahawa mereka semua mestilah adil , amanah dan mengikut fitrah kejadian mereka., tidak tamak,  zalim atau melampaui batas. 




dengan itu semua binatang terjamin dengan satu sistem yang telah di tetapkan oleh Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. binatang maging tidak boleh tamak dan zalim. sekiranya ia melakukan larangan ini, ia akan binasa. 

manakala binatang maung pula akan di lindungi dengan keihsanan Allah SWT,  melainkan setelah tiba ajalnya, maka ia akan kembali kepada Allah dengan apa cara sekalipun termasuk menjadi syuhada iaitulah dirinya menjadi santapan binatang maging.




ini adalah di antara isi kandungan perjanjian mereka dengan nabi Allah Nuh AS. Semua binatang akur kepada perjanjian ini, tidak seperti manusia




melainkan binatang yang telah di resapi syaitan. , maka jadinya samalah seperti manusia yang melupai perjanjian.

binatang yang di resapi syaitan ini  di hadapi oleh Ulama-ulama dengan cara mengelakkan badi






bersambung dong!!!







hubungan binatang dan nabi-nabi(1)





dalam masyarakat kita  ada kita dengar berbagai-bagai kehebatan pawang-pawang zaman dahulu yang dapat menundukkan binatang. mereka memuja semangat binatang-binatang tersebut sehingga dikatakan semangat tersebut tunduk kepadanya dan mematuhi arahannya serta membantunya dalam kerja buatnya dalam kehidupan sehari-hariannya. 


ada ramai orang di tepi sungai perak dan pahang beberapa puluh tahun yang lampau  yang memuja semangat buaya untuk  dapat mengangkat buaya besar bilamana ada orang mencabarnya di tepi sungai tersebut. demikianlah ada juga yang dapat menunggang harimau dan melibas-libaskan ular kepada musuh-musuhnya .mereka menunjukkan kehebatan mereka ini dengan rasa bangga sehingga ramai orang yang berguru dengan mereka setelah melihat kehebatannya.malang sekali semangat-semangat yang mereka puja yang mana sebenarnya adalah jin syaitan yang jahat telah mensyaratkan supaya mereka melakukan dosa-dosa besar seperti berkendak dengan isteri orang dan sebagainya lagi. maka apalah gunanya menunjuk-nunjukkan ilmu pemujaan ini sehingga berkembangnya  ilmu yang merosakkan aqidah ini untuk di pakai guna pada merosakkan aqidah lebih ramai lagi manusia lain?.


dalam pada itu kenapa manusia pada masa itu tidak mengaji dan menimba ilmu yang benar dari orang-orang yang soleh yang bertaqwa dan warak seperti imam-imam dan ulama-ulama. 

umpamanya   saya dapat saksikan manusia di tempat saya lebih berminat menggali  ilmu pemujaan hantu syaitan daripada berlajar agama dari Tok Ki pak Ngah Amad  yang menjinakkan harimau yang berada di sekeliling rumahn dan kampung halamannya dengan hanya beramalkan :




اللهم رب دانيال و رب كل أسد مستأسد احفظنى برحمتك يا أرحم الراحمين 


Ya Allah Tuhan Nabi Allah Danial dan Tuhan segala singa yang menyinga( menggarang) peliharakanlah aku (dari kejahatan binatang buas) dengan rahmahmu




dengan bacaan ini, Tok Ki Pak Ngah Amad telah menepuk=-nepuk tengkuk  sang Pak Belang yang menghalang orang ramai yang ingin menunaikan sembahyang jumaat sehingga binatang itu beredar untuk memberika laluan kepada orang ramai menunaikan perintah Allah itu.


Lihatlah juga Haji Lah menyelamatkan pelajar banatnya yang di ganggu ular  dengan


سلام على سليمان فى العالمين 









إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم 


bahkan mereka mengajarkansupaya setiap kali masuk hutan, untuk mendindingkan diri dari binatang buasa dan bisa, bacakan : 





سلام على نوح فى العالمين 


soalnya kenapa manusia lebih suka memilih jalan kesesatan dari mengambil jalan berdoa yang di ajarkan oleh ilmu taawhid yang di bawa oleh Ulama-ulama? 


hari ini, ilmu ilmu begini tidaklah lagi banyak di gunakan lagi kerana segala binatang-binatang tersebut sudah tidak banyak lagi di temui, bahkan manusia hari ini lebih senang untuk diam menetap di bandar-bandar besar seperti KL, tidak menghadapi masalah itu kerana tidak lagi berhadapan dengan binatang itu.namun manusia tetap sama, ramai yang suka memilih jalan syaitan daripada mengambil jalan yang di redhai Allah


bagi saya yang bodoh dan lembap ini,  di samping soalan di atas perlu di cari jawapannya, saya juga berfikir tentu ada perkara menarik yang boleh kita lihat dari bacaan-bacaan doa dan ayat-ayat quran di atas yang menjadi amalan Ulama 

dan satu lagi, amat perlu untuk kita menjadi orang yang cerdik dengan cara bertanya: apakah kaitannya binatang-binatang itu dengan nabi-nabi tersebut, dan 


apakah pula faedah yang dapat kita jadikan manfaat dalam kontek kehidupan kita di bandar-bandar besar di zaman moden ini?????

  bersambung