Sunday, September 25, 2011

garlic-bawang putih



BAWANG PUTIH
1)      Membuang angin- dalam kitab-kitab perubatan Islam klasik banyak menerangkan bahawa bawang putih berkhasiat untuk membuang angin yang tidak di perlukan dalam badan.  Sekiranya kita mengkaji methodologi penyelidikan yang di gunakan dalam karya-karya itu, kita akan dapatinya bahawa ulama-ulama menghuraikan bahawa kebayakan penyakit di istilahkan sebagai bercirikan dari angin. Angin di anggap sebagai musuh yang menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Dalam erti kata yang lain, sesuatu ubat yang seumpama bawang putih, bilamana ia berperanan untuk membuang angina yang tidak di perlukan badan, maka, ia adalah ubat yang sangat besar untuk berbagai-bagai penyakit.
2)       Raja anti biotic- di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
3)      Memecahkan kelesterol dan lemak- Kelestrol yang berlebihan dalam badan akan menggangu kesihatan. Unsur alisinyang mengandungi sulfur  yang terdapat dalam bawang putih dapat meleburkan kelesterol
4)      Imun ( daya tahan penyakit)- di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
5)      Melawan suhu panas dan sejuk
6)      Beri-beri
7)      Awet muda atau anti penuwaan
8)      Meningkatkan kemampuan syahwat
9)      Mengubati sengal-sengal sendi, rhemautism, - di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
10)  Mencegah radang selaput otak belakang( cereblum)- di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
11)  Anti nyanyuk
12)  Melawan suhu panas dan sejuk( suhu sekeliling)
13)  Batuk kering- di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
14)  Bronchitis
15)  Tuberculosis
16)  Disentri
17)  Diabetes mellitus
18)  Hidung berdarah- di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan
19)  Asma- di potong halus-halus dan di minum semasa air rebusan itu masih panas
20)  Monilia dan keputihan
21)  Sariawan
22)  Infeksi saluran kencing- hiris halus-halus dan di makan mentah-mentah. Cara lain ialah di potong halus-halus , di rebus dan di minum air rebusan  
23)  Jerawat
24)  Bisul- di tumbuk lumat dan di lumurkan pada mata bisul tersebut
25)  Buasir- bawang putih di potong halus-halus( slice) , di rebuskan bersama air yang banyak di dalam satu bekas yang besar. Tunggu sehingga air tersebut suam, rendamkan punggung dalam air tersebut. Lakukan beberapa pagi sehingga buasir tersebut menjadi kecut
26)  Cacing- di rebus sedikit bawang putih dan di minum
27)  Sakit gigi
28)  Infeksi kulat pada kaki
29)  Infeksi telinga
30)  Panau-
31)  Kudis
32)  Kurap
33)  Mengeluarkan duri, serpihan kayu dan kaca dari tubuh
34)  Menghilangkan ketuat- bawang putih di potong dua. Di lekatkan bahagian yang terpotong itu ke tempat ketuat supaya getah bawang putih tersebut melemahkan akar umbi ketuat. Lakukan sentiasa sehingga anda melihat kesannya selepas seminggu
35)  Sembelit- di makan mentah-mentah. Boleh juga di rebuskan dengan air dan di minum air rebusan tersebut
36)   Sesak nafas berlendir tengkok- tiga ulas bawang putih di tumbuk lumat, campurkan dengan secawan air. Kemudian di tapis, di minum airnya
37)  Menyembuhkan luka-luka dalam perut- di ambil dua ulas bawang putih setiap hari, di baker lalu di makan seulas pagi seulas petang. Amalkan sekurang-kurangnya tiga hari
38)   Susah tidur malam- bawang putih di hiris halus-halus, di rendamkan di dalam cuka, di buat ulam semasa makan.



Menurut sesetengah pengamal perubatan Islam, mengamalkan memakan bawang putih hendaklah dalam bentuk yang sederhana, iaitu kurang dari tiga ulas setiap hari. Memakan bawang-bawang secara berlebihan boleh menyebabkan:
1)      melemahkan fikiran dan tumpuan
2)      menyebabkab pelupa

kelebihan bawang merah -



BAWANG DALAM AL QUR`AN

Dalam al Quran ada di sebutkan tentang bawang iaitulah firman Allah SWT:

ŒÎ)ur óOçFù=è% 4ÓyqßJ»tƒ `s9 uŽÉ9óÁ¯R 4n?tã 5Q$yèsÛ 7Ïnºur äí÷Š$$sù $oYs9 š­/u ól̍øƒä $uZs9 $®ÿÊE àMÎ6.^è? ÞÚöF{$# .`ÏB $ygÎ=ø)t/ $ygͬ!$¨VÏ%ur $ygÏBqèùur $pkŝytãur $ygÎ=|Át/ur ( tA$s% šcqä9Ïö7tGó¡n@r& Ï%©!$# uqèd 4oT÷Šr& Ï%©!$$Î/ uqèd îŽöyz 4 (#qäÜÎ7÷d$# #\óÁÏB ¨bÎ*sù Nà6s9 $¨B óOçFø9r'y 3 ôMt/ÎŽàÑur ÞOÎgøŠn=tæ ä'©!Éj9$# èpuZx6ó¡yJø9$#ur râä!$t/ur 5=ŸÒtóÎ/ šÆÏiB «!$# 3 y7Ï9ºsŒ óOßg¯Rr'Î/ (#qçR%x. šcrãàÿõ3tƒ ÏM»tƒ$t«Î/ «!$# šcqè=çGø)tƒur z`¿ÍhŠÎ;¨Y9$# ÎŽötóÎ/ Èd,yÛø9$# 3 y7Ï9ºsŒ $oÿÏ3 (#q|Átã (#qçR$Ÿ2¨r šcrßtF÷ètƒ ÇÏÊÈ  
Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya". Musa berkata: "Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik ? pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta". lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) Karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) Karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.



Bani Israel telah di berikan bawang sebagai sebahagian makanan untuk bekerja membina pyramid. Bermula dari kerja memotong batu dari bukit yang pejal sehinggalah meletakkan batu-batu pyramid ke tempatnya adalah merupakan kerja-kerja berat yang memerlukan stamina yang kuat. Fir`aun , dengan tunjuk ajar dari penasihat-penasihatnya, telah mengarahkan supaya Bani Israel di sajikan dengan bawang sebagai makananyang boleh mencipta stamina yang kuat untuk menjalankan kerja yang teruk itu.

Apabila mereka meninggalkan Mesir, dan berada di Sinai, mereka telah di berikan makanan yang sangat istimewa oleh Allah SWt iaitulah man dan salwa.
Mereka merasa jemu dengan makanan ini. Oleh kerana mereka sudah biasa dengan makanan yang mereka makan ketika di Mesir dulu, maka mereka menolak makanan tersebut dan memohon kepada Nabi Musa agar Allah SWT membawakan kepada mereka makanan yang sudah sentiasa mereka memakannya.

Dari keterangan di atas, pengkaji-pengkaji sejarah purba lama Mesir telah berpendapat bahawa khasiat dan rahsia bawang telah lama di ketahui oleh penduduk Mesir purba.
1)      menguatkan usus
2)      membuka selera makan
3)      memekatkan air mani- bawang merah di tumbuk halus , di perah dan di ambil airnya. Pati bawang merah ini di campurkan dengan madu dan telur ayam. Bahan tersebut di kacau sehingga sebati lalu di jadikan pembuka sarapan
4)      membuang kahak