Ramai pesakit yang menderita di ancam saka bertanyakan perawat-perawat tentang bilakah lagi mereka akan sembuh? Sudah bertahun-tahun mereka berikhtiyar tetapi tidak juga sembuh. Bukan setakat wang duit telah banyak di belanjakan malahan banyak masa yang telah di habiskan untuk merawati penyakit yang tidak mau sembuh sembuh itu.
Soalan-soalan pesakit sebegini rupa sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita betapa tebalnya fahaman kebendaan dan duniawi membelenggu masyarakat kita. Sebenarnya kesemua sakit itu adalah ujian yang dating dari Allah untuk menguji hamba-hambanya. Tiada siapa yang boleh menjamin rawatannya akan dapat menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan orang-orang yang ingin mengumpulkan kekayaan duniawi dengan menyembelih pesakit dan keluarga mereka yang terdesak. Kerana kebodohan dan terlalu yakin kepada manusia yang lemah ini, akhirnya pesakit dan keluarganya ini akan tertipu dengan jaminan-jaminan yang belum pasti. Malang sekali dewasa ini terlalu ramai pesakit-pesakit sebegini yang terlalu berpikiran duaniwi terus terpengaruh dengan method pemikiran perubatan ala duaniwi sehingga menyamakan penyakit gangguan dengan penyakit fizikal ,lalu bilamana penyakit tersebut tidak juga sembuh, mereka akhirnya menyalah kaedah perubatan dan pengamal-pengamalnya.
Sepatutnya mereka sewajarlah mengingsafi bahawa penyakit fizikal lahiriyyahpun banyak yang berulang menyerang pesakit, apatah lagi penyakit syaitan yang sangat-sangat degil itu.
Kembali kepada persoalan saka yang kita bincangkan , sebagaimana yang seringkali di nyatakan oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini bahawa di antara tanda gangguannya ialah kemunculan binatang-binatang yang jinak seperti anjing dan kucing dalam mimpi seseorang pesakit yang bakal atau sedang di ganggunya.
Sekiranya kita berfikir dan menganalisakan secara mendalam tentang mimpi yang boleh menjadi keterangan kepada sakit gangguan tersebut, kita akan faham bahawa gambaran tersebut sendiri telah memberitahu kepada kita tentang hakikat penyakit tersebut. Gambaran kucing adalah menerangkan tentang liatnya penyakit tersebut. Seperti seekor kucing yang di buang oleh tuannya kerana banyak menyusahkannya, kucing tersebut akan dating kembali untuk mengganggunya. Ataupun setidak-tidaknya selepas kucing itu pergi, akan dating pula kucing lain yang akan menggantikan dan mengambil tempatnya. Maka demikianlah yang ingin di tunjukkan oleh saka. Walaupun ia telah di halau pada suatu hari melalui kaedah rawatan, tidaklah bererti ia akan menghilang dan tidak akan dating-datang lagi. Tid ak begitu . Sebenarnya ia pasti akan datang lagi untuk terus menjenguk tuannya itu.
demikianlah juga dengan jelmaan anjing yang datang dalam mimpi tidur orang tersebut bahkan anjing itu lebih setia dan patuh kepada arahan tuannya lebih baik dari seekor kucing. Anjing akan terus setia dan menunggu untuk berkhidmat sepenuhnya kepada tuannya walaupun berpuluh tahun lamanya ia menunggu. Maka menurut pakar yang mahir dalam bidang ini, seseorang yang di ganggu saka, bilamana ia bermimpikan anjing, ertinya gangguannya lebih kuat dan lebih sukar dari seorang yang bermimpikan kucing. Menurut mereka ini kerana anjing itu lebih setia dari kucing. Jadi, gambaran mimpi tadi adalah untuk menerangkan tentang penyakit yang di hidapinya adalah penyakit yang amat degil.
Maka akan ternyatalah kepada setiap pesakit bahawa tanggapannya tentang gangguannya itu mudah sembuh dan cepat hilang lenyap adalah silap meskipun ia cuba menafikannya pada peringkat awalnya.
Sikap cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Di Bandar-bandar seperti di KL ini, kita sering menemui pasangan suami isteri intelek yang sama-sama memiliki kedudukan yang besar dalam pejabat masing masing memilih jalan bercerai kerana tidak tahan dengan sikap isteri yang asyik memerap di atas katil . Penyakit isteri yang tidak mahu sembuh-sembuh walaupun telah berbelas-belas tahun berubat ke sana sini membebankan si suami kerana segala kerja rumah tidak dapat di selesaikan oleh isteri yang sakit itu. Sebagai seorang suami apalagi, membebel dan berleterlah seadanya. Kata-kata yang pedas sebegitu pula bilamana di dengari berterusan oleh isteri yang memang sebenarnya sakit akan menimbulkan rasa tawar hati pada suaminya. Ini menyebabkan seringkali isteri yang ego tidak mahu memberikan layanan yang di minta suaminya. Maka di sini mereka sedang mendaki ke puncak masalah, walaupun perkara ini tidak di sedari oleh mereka berdua, selepas beberapa tahun, parahnya itu menjadi semakin ketara. Akhirnya ia membawa kepada kehidupan berasingan dan perceraian. Ertinya perceraian itu berlaku kerana masing-masing terlalu kuat dengan pemikiran kebendaan yang mana mereka telah Berjaya dengan ajaran kehidupan dunia sebegitu.
sakit ini tid
hal demikian. Sikap sebegitu hanyalah akan c
anjing.
pan
1 comment:
Slm ust, sya mimpi satu binatang yg myngkib anjing tetapi berbadan leper mcm buaya.
Mulanya sya takut tpi binatang ni trus dtg ke tangan saya seperti mau dibelai. Bila sya berjalan, dia ikut. Kerana kelihatan tidak bahaya, sya pun brhenti lalu membelainya spt anjing/kucing.
apa maknanya ya? Tkasih
Post a Comment