Wednesday, October 26, 2011

penawar perubatan yang di hasilkan oleh tenaga fajar







Allah SWT memulakan perbincangan tentang kekuasaanNya membinasakan golongan kufur dan membalas manusia di akhirat  dalam surah Al Fajr ini dengan bersumpah dengan satu waktu fajar yang di berikanNya nama sebagai kepada  surah ini. yang di maksudkan dengan fajar di sini ialah waktu, tenaga atau cahayanya. Waktu fajar yang di maksudkan dalam ayat ini ialah sempadan antara malam dan siang. Pada waktu ini terdapat dua cahaya yang muncul di langit iaitu yang pertamanya memanjang yang di namakan fajar kazib( dusta) manakala yang kedua muncul dalam bentuk yang memanjang yang di namakan sebagai fajar sodiq(benar) . Sebab cahaya pertama di namakan kazib kerana ia mengelirukan manusia seolah-olah kehadirannya menandakan masuknya waktu subuh padahal waktu subuh itu sebenarnya muncul  setelah munculnya fajar yang kedua. Itulah sebabnya cahaya kedua di namakan sodiq yang bermaksud benar iaitu benar telah masuk waktu subuh.

Kesemua waktu fajar ini mempunyai berbagai-bagai rahsia besar khususnya yang berkaitan dengan pembangunan ruhani. Itulah sebabnya kita di galakkan untuk memperbanyakkan bangun bersembahyang malam pada waktu ini. Kita juga amat di suruh supaya memperbanyakkan membaca Al Quran, berzikir, berdoa, beristighfar   bahkan ada di sunatkan bersembahyang satu sembahyang khusus yang berkait dengan waktu ini yang di namakan solat sunat fajar. ini nak menerangkan kepada kita tentang betapa besarnya rahsia dan berkat yang terdapat pada  waktu  ini.


Dalam ilmu kesihatan pula, di katakan bahawa waktu ini mempunyai penawar penyembuhan yang tinggi nilainya untuk sebarang jenis penyakit.Ini kerana waktu ini memberikan reflex positif yang yang sangat berkesan untuk melemahkan penyakit dan mengembalikan badan kepada kesihatan yang betul. Terdapat beberapa  senaman dan bahan bahan yang berguna dalam rawatan yang di hasilkan oleh waktu fajar.

Sebelum kita membincangkan lebih jauh tentang senaman yang di sarankan oleh hukamak-hukamak agar kita melakukannya pada waktu fajar, marilah terlebih dahulu kita melihat kepadaa ayam bagaimana terdapat satu reflek padanya pada waktu fajar. Setiap kali fajar menjelang, ayam pasti berkokok. Mengapa ia berkokok, bagaimana ia berkokok? Bagaimanakah ia tahu waktu itu adalah waktu fajar? Bagaimana tidak berlaku pukul 11 malam di sangkanya oleh ayam tersebut sebagai waktu fajar lalu ia berkokok bertalu-talu?

Jawabnya ialah kerana pada ayam , ada terdapat satu generator yang sangat sensetif,yang secara automatic memberikan tidakan reflek kepada tenaga yang di hasilkan oleh waktu fajar. Sekiranya begitulah sifatnya ayam, maka demikianlah juga manusia, ada beberapa perkara refleks yang memberikan respon secara automatik terhadap tenaga fajar. Di antaranya sebagaimana yang di nyatakan oleh hukama ialah generator yang terdapat dalam mulutnya iaitu air liurnya. Menurut hukama-hukama, melumurkan air liur di langit-langit  pada waktu fajar ketempat-tempat lenguh dan sakit adalah merupakan satu kaedah penyembuhan yang sangat ampuh.berbeza dari air liur pada waktu-waktu yang lain, air liur yang di hasilkan oleh generator pada waktu ini  mempunyai rahsia besar akibat daripada tindak balas terhadap tenaga fajar. Ia boleh di gunakan untuk merawati sendi=-sendi yang kekurangan minyak gris dan sebagainya lagi. Merawat sakit badan dengan menggunakan bahan ( minyak gris) yang telah tersedia di bekalkan Allah di dalam badan kita adalah merupakan satu tanda kea gungan Allah. Rawataan ini menerangkan tentang Pencipta yang sama telah mencipta segala makhluk ini sebagaimana ia menciptakan penyejuk daging kambing ialah pada susunya, penyejuk api durian pada kulitnya, penawar bisa ikan-ikan berduri seperti ikan keli dan ikan sembilang ialah pada lendirnya, maka demikianlah juga Allah menjadikan penawar bisa manusia terdapat dalam dirinya sendiri iaitu air liur waktu fajar. Subhanallah/


Demikianlah lagi di antara tenaga penawar yang di hasilkan oleh cahaya fajar ialah embun yang turun membasahi bumi.


 di antara senaman yang baik di lakukan pada waktu fajr ialah seperti senaman monyet duduk dan monyet berdiri. senaman harimau, kucing, senaman buai, senaman ular bersalin kulit, senaman anjing dan sebagainya lagi .


No comments: