oleh Hj Hanafi El Fesfanji
Terdapat satu doa menareik
اللهم رب السموات وما أظللن ورب الأراضيىن وما أقللن ورب الشياطين وما
أضللن ورب الرياح وما ذرين اللهم إنى اسألك خير هذا المكان وخير اهله ونعوذبك من
شر هذا المكان وشر أهله
Menurut riwayat doa ini di bacakan oleh Rasulullah SAW
sewaktu memasuki perkampungan bani khuzaimah.
Dalam ilmu perubatan Islam, bacaan al fatihah, ayatul kursi
dan doa ini serta tiga qul dibacakan pada air
lantas di spray pada rumah untuk tujuan menghalau ammar yang menetap di
dalam rumah tersebut. Dalam ilmu perubatan Islam , sebagaimana manusia ada ruh,
demikianlah rumah juga mempunyai ruh.
Dalam membincangkan tentang ruh manusia sebelum
membincangkan tentang ruh rumah, perubatan islam melhat kepada tiga perkara.:
1)
Hadis hati=bilamana baik
hati baiklah jasad
2)
Hadis qarin= qarin adalah
tuan jasad yang kalau baik , maka baiklah jasad dan demikianlah sebaliknya
3)
Daripada kedua yang di
atas, maka nafs( jiwa) adalah sepasang dengan ruh
Dalam kaedah perubatan melayu islam pula melihat, apa yang
di namakan dalam kitab perubatan arab sebagai ammar( makhluk halus yang penghuni rumah kediaman
seseorang terbahagi kepada sepasang iaitu dua juga:
Maya dan toyol
Yang di maksudkan dengan maya ialah seri sesebuah rumah.inilah yang di katakan sebagai ruh rumah. Namun begitu, sebagaimana manusia akan melihat perangaunya dalam bentuk rupa seperti binatang, maka begitulah maya ini seringkali di gambarkan atau pun di jelmakan dalam bentuk binatang seperti cicak tetapi lebih besar dari cicak. Di
rumah kita, cuba kita perhatikan serongkali kita mendengar bunyi cicak berdecat
decat padahal sekiranya kita merenung ke tempat bunyi itu, kita tidak dapat
melihat apa=apapun.
Soalannya ialah dari manakah datangnya suara itu?
kita seringkali mendengar suara begitu dalam rumah kita tetapi bila kita mencari cari dari arah mana datangnya suara itu, kita akan sukar untuk menjawap soalan ini.
kita seringkali mendengar suara begitu dalam rumah kita tetapi bila kita mencari cari dari arah mana datangnya suara itu, kita akan sukar untuk menjawap soalan ini.
Inilah yg diokatakan brg ghaib
Meskipun sukar untuk melihat dimana ia berada di dalam rumah
kita (kerana ia adalah makhluk ghaib) tetapi dalam kontkes beberapa rumah orang
melayu zaman silam yg di perbuat dari kayu, ada beberapa lokasi yang mudah untuk di ketahui di mana makhluk
tersebut itu bersembunyi. Ini kerana segala=galanya berpusat pada tiang seri.
Dalam konteks rumah batu yang tidak lagi menggunaklan tiang seri, payah jugalah
nak kata= meskipun seluruh kawasan rumah perlu di spraykan, tempat inilah yang
menjadi tumpuan di spraykan dengan air yg di bacakan doa tadi.
Mungkin org yg tak jupe cari maya dalam
rumah dia boleh amalkan ya `alimal ghaibi was shahadah
di samping maya, yang kedua pula ialah Toyol , yg di maksudkan dengan toyol di sini bukanlah yg curi duit dalam dompet kita tuh. Itu yg datang dari luar rumah. Toyol yg di maksudkan kat sini memang yg dah ada dalam rumah. toyol inilah yang akan memberitahu toyol yang datang dari luar yang yang untuk mencuri duit tersebut.
No comments:
Post a Comment