Wednesday, February 29, 2012

bagaimana hantu-hantu di beri nama?

Seandainya kita perhatikan nama-nama makhluk halus yang di panggil oleh masyarakat dengan pelbagai nama  seperti hantu raya, polong, pelisit, anak kerak, poloranggas, seberolan, toyol dan sebagainya lagi, kita akan dapati ada satu perkara menarik yang sudah terkambus dalam pemikiran kita hari ini


Pada asalnya mahkuluk halus ini ini menjelma samada secara  zahir realit I sehingga dapat di lihat atau di hubingi oleh orang-orang tertentu seperti tuannya, , atau terjelma dalam fikiran orang tertentu  seperti di benak fikiran ahli-ahli suluk yang ingin menghapuskan syirik dalam masyarakat, maka untuk memudahkan perbincangan, rupa demikian di beri nama( di ikat)  dengan nama tertentu oleh pengamal-pengamal ilmu yang berkecimpung dalam bidang tersebut.  Nama-nama yang di berikan itu merangkumi penjelasan tentang  sifat, dan perangai tertentu. 

contohnya di panggil  anak kerak kerana ia berupa seperti seorang anak kecil. ia juga di ambil dari tenggorak bayi solong yang mati, di mana ia adalah anak  sulung hasil perkahwinan  anak solong lelaki (suami) dan poerempuan (isteri) solong .
demikianlah juga polong, asalnya di gelarkan kepada syaitan yang menjelma atas rupa tuan dia yang asal yang di panggil oleh orang tempatan dengan nama Pak Long sahaja. Wallahu `a lam. demikianlah kata yang empunya cerita.
, Namun begitu, hakikatnya syaitan tadi  boleh menjelma dengan beberapa jelmaaan lain.

Keperibadian jelmaan syaitan tadi  dapat di ikat oleh manusia dalam bentuk memberi nama dengan panggilan -panggilan tadi. , maka manusia yang ingin mencari persahabatan atau hubungan dengan makhluk begini boleh melakukan seperti panggilan jin, pemujaan untuk tujuan menghadirkan-biasanya juga dalam bentuk yang bukan berupa tetapi kepada ahlinya, secara lazim dapat memastikan secara jelas.

Sekiranya kita perhatikan orang-orang soleh di zaman silam yang berkelana di alam ini,  untuk tujuan melihat samada secara jelmaan yang jelas di depan mata seperti yang di sebutkan tadi, atau secara belakang tabir seperti mimpi- yang juga melalui jalan penjelmaan, ada di antara mereka yang mengamalkan zikir ya `alimal ghaibi was syahadah ( يا عالم الغيب والشهادة  )  sebagaimana yang telah di bincangkan, tidak kurang pula yang  menyuluh dan zoom dengan zikir ya musyawwiru ( يا مصور  )  atau ya syahidu (  يا شهيد  ). Mereka yang zoom ini berkata bahawa makhluk halus, sebagai mana kerja syaitan tentulah amat  suka mengganggu manusia tetapi tidak suka sangat mempamerkan dirinya melainkan kepada mereka yang penakut. Pengamal-pengamal  yang ingin mencari untuk mengenalinya dengan tujuan untuk membelenggu dan mengikatnya, umpamanya mereka yang melazimi zikir ya muhaiminu ( يا مهيمن   )  , mahkluk-makhluk halus ini akan cuba melarikan diri sejauh-jauhnya supaya kejahatannya tidak dapat di kesan oleh manusia tersebut. Mereka pada masa itu tak ubah seperti seorang pencuri atau pembunuh yang di kehendaki polis, mereka akan bersembunyi sepenuh-penuhnya. Ini kerana sekiranya identity mereka telah di kenali, maka usaha menewaskannya dapat di lakukan dengan cara yang lebih mudah.iaitulah dengan menggunakan cara yang makhluk seperti itu telah tewas sebelum ini. Itulah maksudnya firman Allah SWT: nisa 76

Sesungguhnya tipu daya syaitan amatlah lemah

Maksud ayat di atas ialah, apabila saja mereka adalah dari makhluk halus yang jenisnya di panggil dengan nama hantu raya, maka ia dapat di tewaskanj dengan cara bagaimana hantu raya yang terdahulu telah dapat di tewaskan. Maka seorang yang memahami cara untuk menumpaskan hantu raya akan dapat menumpaskan mana-mana hantu raya walaupun hakikatnya adalah berlainan entiti hantu raya tersebut.    
Itulah sebabnya kita seringkali melihat seseorang yang ingin mencari punca saka akan hampa setelah berpenat lelah. Ini kerana saka itu menyembunyikan diri. Namun begitu, dengan keagungan dan kebesaran Allah, dengan menyeru nama Allah dengan menguatkan tumpuan sepanjang  zikir ya `alimal ghaibi was syahadah ( يا عالم الغيب والشهادة  ) , ya musyawwiru ( يا مصور  ) , ya syahidu (  يا شهيد  ) atau ya muhaiminu ( يا مهيمن   )  , mahkluk-makhluk halus yang cuba melarikan diri sejauh-jauhnya  itu pasti akan menyerah diri dan tidak dapat bersembunyi lagi


oleh itulah, kita dapati ada syaitan-syaitan yang berwatak dengan satu watak tetapi mempunyai nama yang berlainan. umpamanya masyarakat kita panggil anak kerak, masyarakat di British memanggilnya dengan nama yang lain. permainannya lebih kurang sama saja. mengambang dalam masyarakat kita di panggil dengan marbut dalam masyarakat arab mesir



No comments: