Wednesday, October 26, 2011

suami bingung isteri curang(2)



Oleh itu sangat mustahak seorang suami memahami dan memiliki btips dan teknik-teknik memuaskan isterinya termasuk menguasai alam fantasi isterinya ketika isterinya bersama-sama dengannya. Orang-orang soleh mengajarkan suami berzikir ya mughni (   ) ketika bersama apatah lagi bilamana isteri itu seorang yang kuat seks atau liar dan terlampau aktif dalam masyarakat.

Sebenarnya sangat penting bagi suami memandu dan membimbing isterinya di setiap kali bersetubuh dengannya supaya memejamkan mata dan mengkhayalkan kehangatan kemesraan dengannya sedalam-dalamnya sehingga sampai ke peringkat nirwana.  Yang di maksudkan dengan peringkat nirwana disini bukanlah satu ajaran hindu tetapi satu simbolik terhadap satu peringkat syurga dunia yang tidak akan dapat di capai melainkan oleh mereka yang berkhayal berada di atas landasan yang betul iaitulah penghayatan kepada jalan zikir ya mughni yang di bacakan sepanjang bersama bagi tujuan memuaskan nafsu liar isteri ketika bersetubuh dengan suaminya itu.

Suami isteri perlu banyak amalkan surah mukminun ayat 115-118 setiap hari


bersambung 
isterinya itu
seseorang   ----

ubat barah

mahkota dewa di heris keping2 seperti asam gelugor di buat minum seperti teh

ubat barah

mahkota dewa di heris keping2 seperti asam gelugor di buat minum seperti teh

kenapa isteri baik mintak cerai? suami bingung




Bayangkan seorang anak kita yang berusia lewat belasan tahun menyaksikan satu adegan seks di dalam media visual, pasti bayangan tersebut akan melekat di fikirannya selama bertahun-tahun lamanya. Gambaran ini akan menjadi penghangat untuk ia memuaskan keinginannya semasa melancap atau sebagainya lagi.

Demikianlah juga seorang isteri yang melalui perbualan dengan kawan-kawannya apatah lagi dengan kawan-kawannya yang lelaki kaki seks ,  membuka website thresome di pejabatnya setiap hari tanpa pengetahuan suaminya akan akan terkena tarikan magnet untuk menghayati nafsu tersebut. Demikianlah juga apabila ia membaca web site kisah curang yang di tulis oleh ahli-ahli nafsu yang bukan setakat  tidak takut lagi kepada dosa malahan tidak malu lagi dengan kejahatan yang di lakukannya.  Kebanggaan manusia-manusia berhati syaitan yang di pamerkan melalui internet dan  boleh di tatapi berulang kali di sepanjang waktu yang ia ingini akan menjadi satu dynamo baru kepada mereka untuk  menyegarkan syahwat mereka.

Ataupun gambar-gambar lucah yang di passingkan oleh kawan-kawan dan di lihat secara sembunyi-sembunyi di simpan di tempat selamat , yang tidak mungkin di geledah oleh suami juga boleh membuka jalan kepada isteri untuk berlaku curang kepada suaminya.

Berkhayal adalah suatu yang amat kuat dan dalam tarikannya kepada diri seseorang  tanpa di sedari oleh orang di sebelahnya walaupun orang itu adalah bergelar suami.

. Walaupun ramai manusia berkata bahawa bersetubuh adalah suatu yang menyeronokkan tetapi tetapi ramai orang walaupun tidak mengakui , adalah menikmati keseronokan berkhayal dan berfantasi secara lebih kerap dan mendalam lebih dari melakukan persetubuhan.


Sepasang suami isteri yang melakukan persetubuhan mungkin sedang berkhayal berseronok dengan seseorang yang lain. Sekiranya Hal ini berlaku, lazimnya  tidak di ketahui atau di perasankan oleh pasangan masing masing walaupun berlaku bertahun-tahun lamanya.

Seseorang  isteri apatah lagi di zaman post-modern ini, mungkin sudah tidak menyanyangi suaminya ataupun perasaan sayang tersebut menjadi semakin hambar dan tawar walaupun mereka mempunyai kekerapan melakukan persetubuhan sebulan sekali atau sekali dwi bulan, bilamana amalan-amalan tadi di lakukannya tetapi tidak di halang oleh sang suami lantaran ia tidakmengetahuinya./ tidak mengecamnya

Suaminya  hanyalah mampu terkejut bilamana perasaan ini meletup dan tidak dapat di sembunyikan lagi  oleh isterinya. Isteri meminta cerai dari suaminya dengan berkata hatinya telah tawar dengan suami tersebut. Suami hati suami terkedu kerana tak tahu di manakah silapnya padahal ia telah melakukan segala pengorbanan untuk membahagiakan rumah tangganya yang mana pembantunya adalah isteri yang telah berusaha meruntuhkannya.

Ramai suami yang tidak mengetahui bahawa hakikat saying isterinya tidak mendasari kehatinya? Mengapa hal ini berlaku kepada isteri?

Kerana sihir? Mungkin
Kerana saka? Mungkin
Kerana lain-lain? Mungkin

Apa dia yang lain-lain tu???

Bersambung  

seseorang   ----

penawar perubatan yang di hasilkan oleh tenaga fajar







Allah SWT memulakan perbincangan tentang kekuasaanNya membinasakan golongan kufur dan membalas manusia di akhirat  dalam surah Al Fajr ini dengan bersumpah dengan satu waktu fajar yang di berikanNya nama sebagai kepada  surah ini. yang di maksudkan dengan fajar di sini ialah waktu, tenaga atau cahayanya. Waktu fajar yang di maksudkan dalam ayat ini ialah sempadan antara malam dan siang. Pada waktu ini terdapat dua cahaya yang muncul di langit iaitu yang pertamanya memanjang yang di namakan fajar kazib( dusta) manakala yang kedua muncul dalam bentuk yang memanjang yang di namakan sebagai fajar sodiq(benar) . Sebab cahaya pertama di namakan kazib kerana ia mengelirukan manusia seolah-olah kehadirannya menandakan masuknya waktu subuh padahal waktu subuh itu sebenarnya muncul  setelah munculnya fajar yang kedua. Itulah sebabnya cahaya kedua di namakan sodiq yang bermaksud benar iaitu benar telah masuk waktu subuh.

Kesemua waktu fajar ini mempunyai berbagai-bagai rahsia besar khususnya yang berkaitan dengan pembangunan ruhani. Itulah sebabnya kita di galakkan untuk memperbanyakkan bangun bersembahyang malam pada waktu ini. Kita juga amat di suruh supaya memperbanyakkan membaca Al Quran, berzikir, berdoa, beristighfar   bahkan ada di sunatkan bersembahyang satu sembahyang khusus yang berkait dengan waktu ini yang di namakan solat sunat fajar. ini nak menerangkan kepada kita tentang betapa besarnya rahsia dan berkat yang terdapat pada  waktu  ini.


Dalam ilmu kesihatan pula, di katakan bahawa waktu ini mempunyai penawar penyembuhan yang tinggi nilainya untuk sebarang jenis penyakit.Ini kerana waktu ini memberikan reflex positif yang yang sangat berkesan untuk melemahkan penyakit dan mengembalikan badan kepada kesihatan yang betul. Terdapat beberapa  senaman dan bahan bahan yang berguna dalam rawatan yang di hasilkan oleh waktu fajar.

Sebelum kita membincangkan lebih jauh tentang senaman yang di sarankan oleh hukamak-hukamak agar kita melakukannya pada waktu fajar, marilah terlebih dahulu kita melihat kepadaa ayam bagaimana terdapat satu reflek padanya pada waktu fajar. Setiap kali fajar menjelang, ayam pasti berkokok. Mengapa ia berkokok, bagaimana ia berkokok? Bagaimanakah ia tahu waktu itu adalah waktu fajar? Bagaimana tidak berlaku pukul 11 malam di sangkanya oleh ayam tersebut sebagai waktu fajar lalu ia berkokok bertalu-talu?

Jawabnya ialah kerana pada ayam , ada terdapat satu generator yang sangat sensetif,yang secara automatic memberikan tidakan reflek kepada tenaga yang di hasilkan oleh waktu fajar. Sekiranya begitulah sifatnya ayam, maka demikianlah juga manusia, ada beberapa perkara refleks yang memberikan respon secara automatik terhadap tenaga fajar. Di antaranya sebagaimana yang di nyatakan oleh hukama ialah generator yang terdapat dalam mulutnya iaitu air liurnya. Menurut hukama-hukama, melumurkan air liur di langit-langit  pada waktu fajar ketempat-tempat lenguh dan sakit adalah merupakan satu kaedah penyembuhan yang sangat ampuh.berbeza dari air liur pada waktu-waktu yang lain, air liur yang di hasilkan oleh generator pada waktu ini  mempunyai rahsia besar akibat daripada tindak balas terhadap tenaga fajar. Ia boleh di gunakan untuk merawati sendi=-sendi yang kekurangan minyak gris dan sebagainya lagi. Merawat sakit badan dengan menggunakan bahan ( minyak gris) yang telah tersedia di bekalkan Allah di dalam badan kita adalah merupakan satu tanda kea gungan Allah. Rawataan ini menerangkan tentang Pencipta yang sama telah mencipta segala makhluk ini sebagaimana ia menciptakan penyejuk daging kambing ialah pada susunya, penyejuk api durian pada kulitnya, penawar bisa ikan-ikan berduri seperti ikan keli dan ikan sembilang ialah pada lendirnya, maka demikianlah juga Allah menjadikan penawar bisa manusia terdapat dalam dirinya sendiri iaitu air liur waktu fajar. Subhanallah/


Demikianlah lagi di antara tenaga penawar yang di hasilkan oleh cahaya fajar ialah embun yang turun membasahi bumi.


 di antara senaman yang baik di lakukan pada waktu fajr ialah seperti senaman monyet duduk dan monyet berdiri. senaman harimau, kucing, senaman buai, senaman ular bersalin kulit, senaman anjing dan sebagainya lagi .


Thursday, October 20, 2011

hakikat penyembuhan saka



Ramai pesakit yang menderita  di ancam saka bertanyakan perawat-perawat tentang  bilakah lagi mereka akan sembuh? Sudah bertahun-tahun mereka berikhtiyar tetapi tidak juga sembuh.  Bukan setakat wang duit telah banyak di belanjakan malahan  banyak masa yang telah di habiskan untuk merawati penyakit yang tidak mau sembuh sembuh itu.



Soalan-soalan pesakit sebegini rupa sudah cukup untuk menggambarkan  kepada kita betapa tebalnya fahaman kebendaan dan duniawi membelenggu masyarakat kita. Sebenarnya kesemua sakit itu adalah ujian yang dating dari  Allah untuk menguji hamba-hambanya. Tiada siapa yang boleh menjamin rawatannya akan dapat menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan orang-orang yang ingin mengumpulkan  kekayaan duniawi dengan menyembelih pesakit  dan keluarga mereka  yang terdesak. Kerana kebodohan dan terlalu yakin kepada manusia yang lemah ini, akhirnya pesakit dan keluarganya ini  akan tertipu  dengan jaminan-jaminan yang belum pasti.  Malang sekali dewasa ini terlalu ramai pesakit-pesakit sebegini yang terlalu  berpikiran duaniwi terus terpengaruh dengan method pemikiran perubatan ala duaniwi sehingga menyamakan penyakit gangguan dengan penyakit fizikal ,lalu bilamana penyakit tersebut tidak juga sembuh, mereka akhirnya menyalah kaedah perubatan dan pengamal-pengamalnya.

Sepatutnya mereka sewajarlah mengingsafi bahawa penyakit fizikal lahiriyyahpun  banyak yang berulang menyerang pesakit, apatah lagi penyakit syaitan yang sangat-sangat degil itu.


Kembali kepada persoalan saka yang kita bincangkan , sebagaimana yang seringkali di nyatakan oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini bahawa di antara tanda gangguannya ialah kemunculan binatang-binatang yang jinak seperti anjing dan kucing dalam mimpi seseorang pesakit yang bakal atau sedang di ganggunya.

Sekiranya kita berfikir dan menganalisakan secara mendalam tentang mimpi yang boleh menjadi keterangan kepada sakit gangguan tersebut,  kita akan faham bahawa gambaran tersebut sendiri telah memberitahu kepada kita tentang hakikat penyakit tersebut. Gambaran kucing adalah menerangkan tentang liatnya penyakit tersebut. Seperti seekor kucing yang di buang  oleh tuannya kerana banyak menyusahkannya, kucing tersebut akan dating kembali untuk mengganggunya. Ataupun setidak-tidaknya selepas kucing itu pergi, akan dating pula kucing lain yang akan menggantikan dan mengambil tempatnya.  Maka demikianlah yang ingin di tunjukkan oleh saka. Walaupun ia telah di halau pada suatu hari melalui kaedah rawatan, tidaklah bererti ia akan menghilang dan tidak akan dating-datang lagi. Tid ak begitu . Sebenarnya ia pasti akan datang lagi untuk terus menjenguk tuannya itu.

demikianlah juga  dengan jelmaan anjing yang datang  dalam mimpi tidur orang tersebut bahkan anjing itu lebih setia dan patuh kepada arahan tuannya lebih baik dari seekor kucing.  Anjing akan terus setia dan menunggu untuk berkhidmat sepenuhnya kepada tuannya walaupun berpuluh tahun lamanya ia menunggu. Maka menurut pakar yang mahir dalam bidang ini, seseorang yang di ganggu saka, bilamana ia bermimpikan anjing, ertinya gangguannya lebih kuat dan lebih sukar dari seorang yang bermimpikan kucing. Menurut mereka ini kerana anjing itu lebih setia dari kucing. Jadi, gambaran mimpi tadi adalah untuk menerangkan tentang penyakit  yang di hidapinya adalah penyakit yang amat degil.

Maka akan ternyatalah kepada setiap pesakit  bahawa tanggapannya tentang gangguannya itu mudah sembuh dan cepat hilang lenyap adalah silap meskipun ia cuba menafikannya pada peringkat awalnya.

Sikap cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Di Bandar-bandar seperti di KL ini, kita sering menemui pasangan suami isteri intelek yang sama-sama memiliki kedudukan yang besar dalam pejabat masing masing memilih jalan bercerai kerana tidak tahan dengan sikap isteri yang asyik memerap di atas katil . Penyakit isteri yang tidak mahu sembuh-sembuh walaupun telah berbelas-belas tahun berubat ke sana sini  membebankan si suami kerana segala kerja rumah tidak dapat di selesaikan oleh isteri yang sakit itu. Sebagai seorang suami apalagi, membebel dan berleterlah seadanya. Kata-kata yang pedas sebegitu pula bilamana di dengari berterusan oleh isteri yang memang sebenarnya sakit akan menimbulkan rasa tawar hati pada suaminya. Ini menyebabkan seringkali isteri yang ego tidak mahu memberikan layanan yang di minta suaminya. Maka di sini  mereka sedang mendaki ke puncak masalah, walaupun perkara ini tidak di sedari oleh mereka berdua,  selepas beberapa tahun, parahnya itu menjadi semakin ketara. Akhirnya ia membawa kepada kehidupan berasingan dan perceraian.  Ertinya perceraian itu berlaku kerana masing-masing terlalu kuat dengan pemikiran kebendaan yang mana mereka telah Berjaya dengan ajaran kehidupan dunia sebegitu.





sakit ini tid



hal demikian. Sikap sebegitu hanyalah akan  c





anjing.  

pan 

Saturday, October 15, 2011

zikir asmaul husna al hasib





zikir ya hasib adalah sangat berfaedah di amalkan oleh manusia yang terlibat dalam pekerjaan yang berkait dengan utterly confused  seperti hal-hal yang berhubungan dengan forecast dan sebagainya lagi. hari ini berbagai-bagaio ilmu telah muncul seperti ilmu tentang derivatives, telah di bincangkan secara ilmu lah kononnya di katakan. , hakikatnya betapa ramai penganalisis pelaburan banker yang akhirnya jatuh bangkrap padahal pada luarannya mereka begitu di sanjungi kerana di sangka hebat dalam membuat ramalan.




dalam masyarakat Islam telah ramai orang-orang soleh yang berjaya secara senyap-senyap dalam bidang-bidang yang seperti itu kerana beramal ya haseb  ya haseb yang bererti maha hebat perkiraannya tiada tersilap langsung pun. 

Tuesday, October 4, 2011

mengenali diamond original




zikir ya hasib adalah sangat berfaedah di amalkan oleh manusia yang terlibat dalam pekerjaan yang berkait dengan utterly confused  seperti hal-hal yang berhubungan dengan forecast dan sebagainya lagi. hari ini berbagai-bagaio ilmu telah muncul seperti ilmu tentang derivatives, telah di bincangkan secara ilmu lah kononnya di katakan. , hakikatnya betapa ramai penganalisis pelaburan banker yang akhirnya jatuh bangkrap padahal pada luarannya mereka begitu di sanjungi kerana di sangka hebat dalam membuat ramalan.


dalam masyarakat Islam telah ramai orang-orang soleh yang berjaya secara senyap-senyap dalam bidang-bidang yang seperti itu kerana beramal ya haseb  ya haseb yang bererti maha hebat perkiraannya tiada tersilap langsung pun.