Thursday, September 26, 2013

meredakan bengkak dengan jadam


oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji

MEREDAKAN BENGKAK DENGAN JADAM


Ambil jadam sebesar ibu jari kaki masukkan perahan air limau nipis (jangan campur air biasa, masukkan air perahan saja) panaskan sehingga jadam hancur, maka sapu tempat bengkak tersebutbalut dengan daun pisang biarkan semalamana

KEGUNAAN KOPI


oleh al faqir hanafi  el fesfanji


Kegunaan kopi
Mengamalkan minum kopi membantu  Anti oksida merawati barah. Tetapi Jangan minum kopi campur susu. Untuk rawatan kulit  Campur kopi , air dan sedikit garam buat mandi lulur bagus untuk kulit.lumur seluruh badan dan gosok perlahan lahan kerana gosok yang kuat boleh melecetkkan kulit. Wap dan haba yang terhasil dengan sedikit gosokan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah . setelah lulur seluruh badan selesai, bersihkan dengan tuala yg basah dan suam. Ini kerana ia mudah mengeluarkan sel kulit yg  mati dan menghasilkan sel kulit yg baru dan segar


Bolehlah di sapukan minyak almond atau zaitun sesudah mandi

3=Mengatasi perut kembung

oleh elfesfanji


Ambil serai, lemon daun pudina madu asli garam dan sedikit ait, kisar dan minum jadikan amalan beberapa pagi angina dalam perut akan keluar

Hilangkan parut dan keringkan luka






Parutkan betik muda dan perapkan dalam peti sejuk semalamana. Pagi esok ambil lumur pada bahagian tersebut balut dengan kain sehingga kering, amalkan beberapa minggu 

Wajah tegang dan bebas dari jerawat




Segenggam manjakani di rebus sehingga mendidih pekat, bila suam sapukan pada muka atau bahagian yang di kehendaki. Biarkan sehingga kering dan bersihkan 

Monday, September 23, 2013

jembal dan jembalang



oleh al faqir hanafi el fesfanji


1)      jelmaan hantu raya mengikut rupa tuannya.
Dalam masyarakat kita terdapat satu istilah yang berbunyi jembal. Jembal bermaksud buncit, gemuk, besar atau membesar, mengembang==. Terdapat satu penyakit yang di panggil jembal iaitulah bayi lelaki yang baru di lahirkan bengkak batu pelirnya. Menurut ahli perubatan bayi yang mahir, bengkak pada batu pelir bayi lelaki itu terbahagi kepada beberapa jenis. Sekiranya bengkak sebelah kanan , ertinya kuat kerana kanan adalah lambing kuat. Ertinya penyakit itu kuat. Mernahaya kepada kanak kanak termasuk sepanjang proses pembesarannya. Maka ia di golongkan ke dalam uluran iaiatu uluran batu . puncanya adalah angina dan lender juga.


Sekiranya bengkak sebelah satu lagi iaitu sebelah kiri batu pelir, inilah yang di panggil jembal , ia tidaklah merbahaya sangat . memadainya di demah dengan sireh, atau batu balut daun mengkudu atau garampun boleh juga. Ada orang demah dengan air batu,katanya doktor suruh , jadi juga tapi ahli perubatan kata kurang elok .sebab kita bukan nak suruh kecut tapi pecah dengan cara keringkan lender tersebut.


Ada satu lagi istilah jembal yang merujuk kepada makhluk halsu iaitulah jembalang. Kepada makhlukini di namakan jembal + lang kerana makhluk ini, dalam tujuan mengusik dan menakutkan orang, ia boleh membesar,
Ertinya jembalang itu adalah menggunakan atau memasuki alam mithal dan membentuk imej yang boleh berubah kepada beberapa peringkat saiz. Demikianlah juga beberapa peringkat bentuk jelmaan. Namun begitu asalnya adalah satu juga seperyi kisah patung al latta dalam kisah pembukaan mekah itu.


Monday, September 9, 2013

ubat kencing manis



menurut Hj Wan Surau raihan Taman Melur Ampang ubat kencing manis yg ada orang sembuh  lega dgn cara ini ialah ambil tujuh kacang panjang blender dengan sebiji tomato. minum sebelum tidur

kitab al asrar al ilahiyyah


dalam simpanan saya ada sebuah kitab perubatan  kecil yang sudah sangat lama dan lebuk berjodol al asrar al ilahiyyah fi ulum al ruhaniyyah . saya tidak tahu samada kitab tersebut masih boleh di dapati di kedai atau tidak . setakat yang saya tahu ia tidak di ulang cetak lagi. kitab ini tanpa nama penulis dan tanpa tahun. yang adanya ialah nama percetakan yang semasa saya di mesir sudah tersangat tua hampir hampir tutup dah. sekaramng zaman  muzaharat pula.

saya paparkan di sini sebahagian dari nya khusus yang berkaiatan dengan merawat gangguan yang tidak saya temui dalam kitab lain. mudah2an ada kebaikan yg dapat kita ambil darinya meskipun tidaklah semua isi kandungannya saya setuju belaka.

kitab al asrar al ilahiyyah fil ulum ruhaniyyah




Sunday, September 8, 2013

senaman ufuk untuk tenaga dalam

lihat kedudukan tapak kaki yang berdiri sepasang pada gambar bawah.
di amalkan waktu pagi setelah bangkit dari tidur, mulakan dengan tarik nafas dalam dalam melaui hidung dan hembuskan mellalui mulut


gambar kedua gambar yang di atas ini di mulakan dengan dada yang terbuka, tarik nafas kemudian hembus nafas dengan mulut sehingga bongkok seperti gambar ke 2 di sebelahnya