Thursday, August 15, 2013

TAHI ( BAHAN KUMUH) SEBAGAI BAJA DAN ALAT PENGUKUR KESIHATAN



TAHI ( BAHAN KUMUH) SEBAGAI BAJA DAN ALAT PENGUKUR KESIHATAN

Baja itu ada berbagai bagai. Orang di zaman silam bukan sahaja menggunakan najis lembu kambing dan ayam Sebagai baja. 

Malahan juga pelbagai bahan kumuhan lainnya termasuk bahan kumuhan manusia sendiri sebagai bahan rawatan dalam perubatan  yang mampu membajai kesihatan mereka. mereka
Contohnya  air kencing -air kencing seseorang boleh di gunakan untuk merawat penyakit kulit seseorang seperti kudis buta dan luka. orang yang bengkak kaki  dan sembap kaki akibat kencing manis juga boleh merawati bengkak itu dengan menghalakan air kencing waktu pagi  yang panas itu ke arah tersebut. selepas beberapa minit basuhlah semula tempat tersebut. 

ulama mengharuskan dengan hadis yang embolehkan minum air kencing unta bagi mereka yang demam, inikan pula dengan hanya menghalakan air kencing saja kearah tempat luka dan kudisnya, bukannya minumpun 

air kencing juga di kumpulkan dan di bancuh dengan air biasa  di buat baja tanam tanaman , demikianlah juga tahi. air kencing di jadikan bahan test dalam menentukan seseorang mengambil drug atau x, hiv @ x , dan sebagainya lagi. kenapa ya? 

air liur manusia di letakkan pada matanya untuk merawati sakit mata,

tahi hidung menjadi ubat resdung dengan cara menyapukan pada tempat gatal akibat memakan makanan yang ia alahan dengannya,




hari ini ramai manusia tidak lagi mahu berfikir kenapa Allah jadikan benda yang bernajis itu sebagai baja yangkita perlukan.  Bukankah ia adalah najis ? jijik? Kotor? Jawabnya ya tetapi Allah SWT yang Maha bijak sana nak mununjukkan kepada kita bahawa pada aalam itu ada hokum recycle yang perlu kita faham.

Hukumak telah banyak menyebut dalam menghuraikan hokum recycle ini bahawa membasuh berak adalahjuga baja kasih saying. Dewasa ini sangat malang bilamana ramai ibu ibu yang tidak mahu lagi membasuk berak anak anaknya malahan di serahkan saja kepada bibit bibit dan orang gajinya tanpa ia menyedari bahawa anaknya itu kelak akan tumpul kasih saying terhadapnya.  Maka janganlah pula kita merasa pelik bilamanana anak mengsia siakan ibu bapanya bilamana tua kelak kerana ibu bapa yang sudah berfikiran materialistic ini hanya memikirkan untuk mengumpulkan harta sedangkan tidak mahu lagi berjalan di atas landasan fitrah yang satu daripadanya ialah recycle ini.

Memang kelakarpun kalau di katakana bahawa basuh berakl anak akan menjadikan anak itu saying dan terpanggil untuk ingat kan ibunya tetapi itulah hakikat tahi, sisa makanan yang sudah tidak di perlukan perlulah di keluarkan , atau di kumuhkan. Untuk menjadi baja bukan sahaja kepada tumbuh tumbuhan malahan juga kepada keluarga mereka sendiri.

Oleh kerana itu ibi ibu jangan;ah menyerahkan sepenuhnya anak anaknya kepada orang gaji semata mata. Kena rajin jugalah basuh tahi mereka . setakat tu jelah, jangan lebih pula kerana kalau terlebih kadang kadang takut terjatuh dalam bab sihir pula. Memang banyak bab dalam ilmu sihir yang menggunakan bahan najis sebagai alat sihir




si



LIANG LIANG DALAM BADAN




Dalam diri manusia terdapat berbagai liang liang yang menjadi rahsia perubatan ilmuan silam.  Ia adalah merupakan terowong terowong laluan pelbagai tenaga yang boleh masukkan pelbagai cairan yang berupa ubatan yang mempunyai rahsia penyembuhan. Di zaman yang lampau ramai ilmuan yang menamakan ini sebagai rahdsia tuhan atau khazanah tuhan.

Sebagai contohnya , mereka yang di serang denam akibat teruk berada di bawah panas matahari,  sehingga pengsan,sebagaimana yang seringkali terjadi kepada pesawah pesawah zaman lampau, atau pekerja buruh buruh kasar ,  di perahkan air limaun nipis ke dalam telinganya sebelah kanan setelah  suku jam dui tunggungkan kemudian di perah pula sebelah kirionya , di tunggingkan pula sehingga ia sedar setelah kepanasan tersebut hilang


untuk menyedarkan orang Orang pengsang di renjiskan air ssekurang kurangnya ke mula atau lebih baik lagi ialag muka, tapak tangan dan kaki. ini termasuk dalam bab kelebihan muka=anggota wudhuk dan anggota sujud

Orang yang terkena gangguan di spraykan setiap pagi ke urat biru di bawah lidahnya dengan air garam

Orang yang rosak urat sehingga menjadi lenguh lenguh badan seperti bahagian kereta yang kering mimyak gris, maka hendaklah di letakkan minyak gris pada bahagian tersebut. Supaya minyak gris menyerap ke serata tubuh badan,  takungkan minyak habbatis sawda pada tengah tengah tapak tangan  kedua dyua belah kiri dan kanan, ia akan menyerap masuk dengan mudah dan membawa kekuatan untuk melawan angina dalam badan. ini termasuk dalam bab kelebihan tapak tangan sebagai anggota wudhuk dan anggota sujud


Orang yang agresif kerana kerasukan hendaklah di kunci melalui cara pegang pada bahagian sendi sendinya


orang yang terkena sawan gila babi di tarik rambut pada bahagian ubun ubunnya supaya giginya yang terkancing itu terbuka, setelah di buka, di gerak gerakkan lidahnya akan membawa penyembuhan yang cepat


wallahu `alam

Sunday, August 4, 2013

PAGAR RUMAH DENGAN IKAN PUYU MASIM GARAM LIMAU NIPIS DAN PAKU





PAGAR RUMAH DENGAN IKAN PUYU MASIM GARAM LIMAU NIPIS DAN PAKU


bilamana nabi Ibrahim tiba ke Mekah yang pada waktu itu tiada penghuni lagi, nabi ibrahim

telah berdoa kepada Allah akan menjadi Tnaha haram Mekah aman dan murah rezeki .kisah ini menggambarkn kepada kita ,walaupun mekah negeri berkat, pengajarannya ialah setiap org yg baru tiba di satu tampat baru, perlu melaKUKAN sesuatu terhadap tempat tersebut kerana tempat itu akan mempengaruhi kehidupannya. ada kesan kesan tertentu pad diri seseorang akibat duduk menetap di suatu tempat tertentu.

maka bagaimanakah bilamana di takdirkan ia berada atau memperolehi tempat yang buruk .padahal ia tiada pilihan lain lagi utk berpindah ke tempat lain

di samping berdoa, bagi ahli ahli ilmu yang mana ilmu mereka di pegang akhirnya oleh orang

melayu menggunakan bahan2 sumpahan jin yg jin takuti juga bleh membantu untuk tujuan ini. ini kerana setiap makhluk adalah lemah. jin juga ada kelemahannya meskipun manusia sudah hampir berputus asa dalam menghadapinya kerana kedegilan mereka.


ada bbrapa bentuk  bentuk tanah yang tidak elok kerana manjadi kediaman jin di antaranya  ialah tanah yang di panggil lidah bumi. ia menjadi

laluan jin. tanah yang menjadi laluan air juga tidak elok kerana ia juga menjadi laluan

jin.juga di tanah bukit yang tinggi dan di dalam cerum yang dalam kerana kawasan begini

mempunyai tekanan yang tinggi. memang jin sukakan kawasan yang mempunyai tekanan yang

tinggi itulah sebabnya ia berada di puncuk gunug dan di lerah lurah bukit

 maka dalam pengalaman kaedah rawatan, rumah ini terdedah kepada ancaman ancaman kerana di

bina di laluan laluan jin tersebut


demikianlah juga rumah rumah di kawasan kawasan taman kediaman di KL dan bandar bandar

besar yang di beli dari tangan cina dan india , tentulah sewaktu mereka memuja, syaitan dan

jin yang mendampingi mereka akan datang dan meninggal bersama mereka. setengah kawan kawan

mereka di kalangan jin jin mereka ini memang melakukan kejahatan kepada merrka seperti

menyebabkan perceraian dan sebagainya lagi.

maka mereka berhasrat untuk menjual rumah mereka.

hukum membeli beli barangan milik orang kafir adalah harus meskipun barangan itu di namakan

properti .

saidina uthman juga ada membeli telaga Yahudi.
masalahnya yang menjadi masalah realiti dan bukannya masalaha teori ialah  bila pembeli

membeli rumah kafir, setelah di buat majlis kenduri bacaan yasin, mereka masih di ganggu.

mereka yg istiqamah melazimi membaca ayat pendinding pagi petang mungkin terselamat , tapi

bagaimana pula mereka yg tidak berupaya melakukan demikian ?

untuk mengatasi nya beberapa langkah telah di ambil oleh mereka yang ahli sebagai ikhtiyar.

di bacakan ayat pendinding td baca ikan puyu bergaram masim, atau limau nipis di buat masuk

dalam bin rumah atau bin pagar rumah .

pada tanah [ula, mereka menanamkan asam gelugut seperti yg kita telah bincangkan.

sebenarnya boleh juga di baca pada teras asam jawa, nibung tunggal, buluh tumpat , sulur

bertam tumbuh di batu dan sebagaunya lagi yang di takuti hantu syaitan yang merupakan

anugerah Allah pada ciptaannya,

benda benda ini memang Allah SWT jadikan sumpahan kepada mereka  untuk menjadi senjata kepada manusia . kegunaannya telah terbukti secara pengalaman dan bukti pengalaman memang di ambil kira juga sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

namun begitu, sekiranya yang berasal dari binatang seperti taring harimau, misai harimau atau sebagainya lagi, yang ini ada pertikaian nya kerana setengah mengiranya sebagai bangkai dan menduduki tempat najois aini





ini ikhtiyar ahli ilmu bagi yang menghadapi masalah. bagi yang tak ada masalah tak perlu

lah kot buatnya.

ini sebagai ikhtiyar semata mata .

pagar rumah



bilamana nabi Ibrahim tiba ke Mekah yang pada waktu itu tiada penghuni lagi, nabi ibrahim telah berdoa kepada Allah akan menjadi Tnaha haram Mekah aman dan murah rezeki

Thursday, August 1, 2013

rahsia di sebalik surah yang di beri nama surah al qamar (surah bulan) ialah bulan ada tenaga bulan



dalam al quran bukan sahaja ada di sebut banyak kali ttg bulan bahkan ada surah yang di namakan dengan nama surah al qamar(surah bulan) , ini nak menerangkan suatu yang besar sehingga nama bulan menjadi nama surah

mungkin kita mempunyai fahaman yang sempit ttg bulan padahal
Bulan mempunyai berbagai tenaga yang telah di ketahui oleh manusia semenjak zaman berzaman. Di antara tenaga tenaga bulan yang telah di manfaatkan  semenkjak zaman dahulu kala ialah: kelebihan bulan mengambang ====

Hebatnya tenaga bulan mengambang ini boleh kita lihat pada kadang kadang ada sesetengah orang yang menghidapi penyakit pasang sewaktu bulan mengambang. Bukan senang nak mengubati penyakit ini.  Banyak kita temui dalam masyarakat ramai yang tak kunjung kunjung sembuhnya .Bukan senang nak mengubati penyakit ini sudah mampu untuk menggambatkan kepada kita bahawa tenanag bulan terutamanya sewaktu mengambang menyimpan rahsia rahsia besar yang sukar di mengertikan.
Dalam masyarakat kita zaman dahulu kala, ada ilmu sihir yang menggunakan satu tenaga yang di perolehi daripada bulan mengambang yang di namakan harimau jadian . ilmu ini juga di kenali dengan panggilan harimau kerinci. Ini kerana asal ilmu ini di miliki oleh orang orang Kerinchi, Sumatera

Mereka yang ingin memiliki harimau jadian ini  bertapa di atas gunung kerinci dengan memandang kepada bayangan bulan mengambang yang terletak di permukaan air  dalam tasik yang terletak di gunung Kerinchi itu. Sambil membacakan jampi serapat yang memuja semangat harimau, sambil merenung tajam kepada bayangan bulan tersebut, lama kelamaan pandangan  bulan mengambang penuh purnama itu berubah menjadi harimau.  Bilamana harimau tersebut dating menghampirinya, ia di kehendaki supaya meneruskan bacaan mentera tersebut tanpa mempedulikan rasa takut atau gerun terhadap harimau tersebut. di larang sama sekali melarikan diri. Biarpun harimau tersebut telah dating  menjilat jilat muka petapa tersebut dengan lidahnya yang kesat itu. Sehinggalah harimau tersebut mrlompat ke arahnya sehinggalah badannya juga di tumbuhi bulu yang berbelang belang dan kuku yang panjang , bilamana ia tumbuh ekornya ===maka ilmu tersebut di kira sebagai telah sempurna. Ia terikat dengan segala pantang larangnya. Di antara syarat yang mestilah di tunaikan ialah bilamana ia mati, hendaklah di bacakan di kuburnya yassin tujuh malam.

Inilah satu sihir yang hebat melibatkan penggunaan tenaga bulan mengambang yang telah banyak memprdayakan banyak manusia yang inginkan kemasyhuran di dunia ini. Harimau ini di seryh menjaga kebun dan kampung halamannya.  Harimau ini juga di suruh menjaga harta benda dan anak beranaknya. Dengan wujudnya ilmu ini, bercabanglah syirik yang banyak dalam masyarakat.
Bukan setakat itu sahaja, malahan Gadis gadis yang inginkan kecantikan juga di ajar oleh mak mak bidan supaya menyedut tenaga bulan mengambang. Caranya ialah menggosokkan telur ke muka sambilmelihat cermin muka pada waktu bulan sedang mengambang kerana dikatakan amalan ini boleh menaikan seri dan kecantikan gadis tersebut. Janda dan sesiapa sahaja boleh melakukannya untuk tujuan pemikat
Itulah contohnya dua amalan syorik yang mengguanakan tenaga dari bulan. Sekarang kita tinggalkanlah amalan syirik begitu. Adakah semua amalan memanfaatkan tenaga bulan adalah amalan syiik? Marilah kita melihat beberapa rahsia yang ada pada cahaya bulan dan pergerakannya. Secara lebih mendalam.

Ilmu tentang tenaga bulan amatlah laus kerana menjangkau ilmu magnetic, ilmu aura , ===


=dua purnama dalam sebulan bulan masihi

Air tadahan embun waktu malam yang mendapat bayangan bulan purnama mempunyai rahsia tersendiri.  Sebab itulahkita banyak memerhatikan mereka  yang mengamalkan mandi telaga di zaman silam mempunyai tubuh badan yang lebih kuat dan bertenaga berbanding dengan kita di zaman sekarang yang mandi dalam bekas paip yang terkurung. Satu sebabnya yang kita tidak sedari ialah kerana  mereka mandi menggunakan  air telaga ini kerana
Air telaga bukan sahaja terdedah kepada sifat tanah, suhu sekeliling, cuaca persekitaran malahan juga telaga menadah embun yang turun waktu dinihari serta ia terdedah kepada menerima tenaga dari bulan dan cahaya bulan secara langsung. Bayangkan di malam purnama, gambaran bayangan bulan tersebut boleh di lihat di permukaan air dalam perigi tersebut. Maka air perigi tersebut menyimpan tenaga bulan menganbang tersebut. Bayangkan mereka mandi air yang dsebegini baik bertahun tahun seumur hidup mereka memperolehi tenaga bulan yang di simpan di dalam air di perigi dan sumurv mereka. Ini satu sumber kekuatan yang di abaikan oleh kita hari ini.

Di hari ini sudah terdapat method perubatan yang menyarankan supaya rumah yang sentiasa panas meskipun ahlinya sudah memasang air corn, mengamalkan tadahan embun dengan cara menjemurkan sebaidi air ke tempat terbuka di waktu malam supaya embun dan tenaga dari cahaya bulan masuk ke dalam air tersebut. Tujuannya adalah tenaga yang tersimpan di dalam air tersebut dapat di gunakan untuk menyejukkan rumah tersebut.dengan bacaan bacaan ayat suci al quran, di dapati rumah yang panas tadi ada perubahan yang baik.

Sebenarnya, bulan memang bahan penyejuk. Syed Qutub juga mengakui bahawa dengan melihat bulan di langit pada malam hari, hati akan menjadi tenang .  bagaimanakah sekiranyab itu di jadikan amalan. Memang rahsianya seorang yang pemanas akan menjadi lebih mampu bersabar dan tenang.  Ini adalah di antara  petua  membentuk anak yang keras kepada penyabar dan bertolak ansur.bukan itu sahaja, kanak kanak yang biasa di beri minum dan di mandikan dengan air cahaya bulan juga banyak yang berubah dapat bertolak ansur dengan adik beradiknya.

Soalnya bilamana hal ini di ajarkan pasti orang akan be3rtanya apakah hukumnya. Tidakkah ini menjadikan syirik kepada melakukan seperti penyembahan atau pemujaan kepada bulan pula.

Jawabnya ialah tiada cacat celanya pada kejadian Allah. Itu semua termasuk dalam bab rahsia alam. Hari ini orang menggolongkan perkara itu dalam ilmu sains tenaga. Maka di bolehkan apatah lagi dengan bacaan ayat ayat suci sebagai berkatnya. Yang dilarang adalah di sebabkan melakukan pemujaan  kepada bulan atau cahaya. Syaitan di zaman silam telah Berjaya mempedayakan manusia dengan mengajarkan jampi pemujaan dalam sesuatu yang hakikatnya adalah rahsia alam.  Maka manusia berfikir bahawa tanpa jampi tersebut, kelebihan yang tersimpan dalamrahsia tersebut tidak dapat di sedut ke dalam diri. Memang syaitan juga mempunyai peranan besar dalam  mengubah tubuh badan manusia menjadi harimau kerinci tetapi sekiranya seseorang memerhatikan cahaya bulan di permukaan  air  tasik dengan bacaan al quran, ia juga memperolehi kekuatan tersendiri tetapi bukanlah seperti ilmu harimau jadian kerinchi tadi.

Yang menariknya ialah sesetengah mereka yang ahli menasihati agar tidak mengamalkan bacaan fadhilat duniawi sewaktu gerhana bulan  tetapi boleh membaca wirid wirid biasa.  


HUBUNGAN MALAM DENGAN BULAN


Bersatunya tenaga malam dan tenaga bulan membentuk  kekuatan yang berbeza dari kekuatan siang hari. Kekuatan ini secara semula jadi memang di perlukan oleh badan , ruh, fikiran dan perasaan setiap manusia. Walaupun manusia tidak menyedarinya, tetapi tenaga tenaga begini memang mengikat manusia dan membelenggu kehidupan mereka.  Maka mereka akan binasa sekiranya mereka ingin melarikan diri dari ikatan malam

Contohnya ruh seseorang manusia mahukan berada di luar jasad untuk seketika. Waktu ia berada di luar jasad ini, ia memberikan kerehatan yang penuh pada jasad. Bahkan jasad itu sendiri memang mahukan kerehatan berbentuk bebas daripada ruh.

Bilamana ruh idhofi ini  telah dapat keluar dari jasad. Bilamana ia  masuk ke dalam jasad pada waktu yang awal(sebelum siang) , jasad tadi akan memperolehi kekuatan yang maksimun. Jasad yang memiliki kekuatan yang maksimun ini pula, bialmana di ajarkan supaya sujud kepada Zat pencipta . ruh itu pula akan mempunyai kekuatan yang tinggi.


Inilah faedahnya yang akan di perolehi oleh seseorang yang rutin melakukan solat tahajjud.