Tuesday, July 16, 2013

zikir ya muhyi ya mumit يا محيى يا مميت

oleh el fesfanji 


يا محيى يا مميت  

Amalan ini akan mendekatkan orang yang mati kepada orang hidup .ada orang yang menganggapkan bahawa alam ghaib itu amat jauh, bukan di zaman sekarang ini, selepas kita mati kelak entah berapa ratus ribi tahun lagi, kita di bangkitkan semula, di situlah letaknya alam ghaib.
perlulah kita menyedari bahawa alam ghaib itu bukanlah jauh mana dari kita, ia berada bersama kita kerana alam ghaib itu adalah bersebelahan saja dengan alam syahadah. Ertinya ketika seseorang itu berada di alam syahadah, sekiranya di balikkan saja, ia akan berada di alam ghaib,

disamping ramai ulama yang menyebutkan zikir ini berperanan sebagai menghapuskan sifatkan yang keji dan menumbuhkan sifat yang mulia dalam diri pengamal, banyak pengalaman menunjukkan bahawa pengamal yang melakukan  zikir ini di lakukan secara banyak dan berterusan akan menjadikan  seseorang yang hidup dapat berhubungan dengan orang mati.  Orang orang tertentu yang telah mati dating kepadanya melalui mimpi dengan membawa isyarat isyarat tertentu yang boleh di fahaminya.

  Dalamerti katayang lain, zikir ini menjadi amalan penghubung antara orang hidup dengan mati, orang hidup yang inginkan beberapa penjelasan dari orang yang sudah mati , bilamana beramal berterusan zikirnya di sertakan solat dan doa memohon dari Allah pertunjuk dalam memiliki hubungan tersebut, ramaijuga orang yang dapat mencapai tingkat ini dan memperolehikekuatan tersebut. Itu semua terhasil dengan kurniaan Allah. Tanpa rahmat dan izinNya, kita tidak akan memperolehi apa= apa.

Adakah hal ini pelik??
Tidak , !!!
Lihatlah sekali lagi sebagaimana yang telah di katakana tadi , Nabi Yusuf berdoa

Baginda meminta agar di hubungkannya kepada orang orang yang soleh ini merangkumi sewaktu hidup dan mati. Alam barzakh di mana seseorang yang mati itu berada bukanlah alam yang seseorang itu akan hidup berseorangan sebagaimana lazimnya pada pandangan mata zahir yang kita  boleh di lihat di tanah tanah perkuburan di Negara kita, jasad seseorang di tanam dalam lubang kubur yang berbeza

Memang perlu menjadi satu hal yang perlu di renungkan juga oleh kita bagaimana TRasulullah SAW melihat pada malam mijraj ke langit bagaimana Nabi Adam telah di perlihatkan kepada nya keadaana anak cucunya ,ada yang masuk syurga da nada juga yang masuk neraka, apakah ertinya gambaran sebegitu untuk kita semua???

mata ada beberapan pandangan


Ada seorang makcik tukang masak menceritakan lebih kurang dalam tahun enam puluhan dulu pada
Suatu malam semasa ia masih kecil sedang bersekolah.  Ia keluar pukul 1200 tengah malam kerana hendak membuang air.  Pada zaman dahulu orang membuang air di tepi anak sungai

Dalam kegelapan malam Semasa melalui satu tanah gong sebelum sampai ke anak sungai, tempat yang ia akan buang air besar itu, ia melihat  satu pokok  yang berdiri tegak. Sewaktu pulang ia melihat pokok itu sudah tumbang, ia terfikir alangkah baiknya sekiranya dia dapat ambil pucukpucuk daun pokok tersebut untuk di buat ulam.  Dia berazam keesokan harinya, ia akan dating ke tempat tersebut untuk mengambil ulam.

Keesokannya ia pergi tempat pokok tersebut dan mendapati pokok itu amat tinggi, tak dapatlah ia mengambil pucuk nya.



Bagi kebanyakan orang , kisah ini tidak mempunyai apa apa erti kepada mereka. Soalan sedemikian di biarkan tertinggal kebelakang tanpa mencari apa jabapannya ada juga yang akan menuduh sebagai khayalan orang yang bercerita sahaja. Makcik itu sedang kuat berkhayal.

Tetapi bagi ahli zikir yang ingin mencari dan memahami alam ghaib di alam stahadah atau alam ghaib di dalam alam maya ini, tentulah akan bertanya beberapa soialan dan cuba mencari jawapan kepada soalan soalan:

Bilakah , adakah dalam bulan ramadhan
Adakah di sana jam 1200 malam menyimpan rahsia rahsia tertentu di luat rumah

Dan soalan yang paling penting dan mustahak sekali ialah kenapa dan bagaimanakah pokok itu di lihat sebagaiamnak==tumbang
Adakah itu adalah khayalan sebagaiamna yang akan di tuduh oleh orang kebanyakan orang
Kata mereka yang berilmu itu pokok itu sebenarnya tidak tumbang. Orang lain kalau ada bersamanya akan Nampak tidak tumpang, matanya sahaja yang melihat pokok itu tumbang. Mata mana?

Mata jasadaqlul jasadi

Mata khayalan

Mata fikiran
Mata perasaan

mata ruh


untuk nak tentukan mata mana yg melihat itu, kenalah soal selidik kepadanya beberapa soalan lain lagi.  

mimpu di alam realiti


Ada seorang makcik bercerita kepada saya bahawa ia pernah
Mimpi ada seorang budak yang sangat dahaga mintak air. Dalam mimpi itu ia berfikir, sekiranya ia tidak memberikan air minuman kepadanya sebagaimana yang ia mahu,ia risau budak tersebut akan menyebu ke arahnya sehingga masuk ke dalam bilik tidurnya dan mengganggunya.  Kerana takut kena serbu, ia memberikan minum air sebagaimana yang di minta oleh budak tersebut. Budak itu berada di ruang tamu rumahnya.
Masih jelas terbayang dalam mimpinya itu rupa budak yang tidak pernah /selalu sangat ia lihat itu,
Ia merasakan amat pelik kerana bila ia bangun, ia melihat cawan yang di hidangkan kepada budak tersebut benar=benar berada di atas meja sofa di ruang tamu rumahnya itu. Terkejut ia kerana ia tidak dapat menjawab siapakah yang meletakkan cawan tersebut di situ?

Bagi kebanyakan orang , kisah ini tidak mempunyai apa apa erti kepada mereka. Soalan sedemikian di biarkan tertinggal kebelakang tanpa mencari apa jabapannya

Tetapi bagi ahli zikir yang ingin mencari dan memahami alam ghaib di alam stahadah atau alam ghaib di dalam alam maya ini, tentulah akan bertanya beberapa soialan dan cuba mencari jawapan kepada soalan soalan:
Siapakah yang meletakkan cawan tersebut?
Barangkali siapakah gambaran yang dating dalam mimpi orang tersebut?
Bagaimanakah keadaan orang tidur yang bermimpi itu, bagaimanakah sifat diri dan bagaimanakah pula keadaan dirinya pada waktu ia tidur itu??
Memang soalan ini amat sukar untuk di jawab. Saya yang bodoh dan dungu ini memang tiodak tahu apa jawapannya. Namun begitu, bilamana kita rujuk kepada mereka yang ahli, mereka memberikan beberapa jawapan . ada yang memberikan jaewapan orang yang meletakkan cawan tersebut  adalah samada :1) entity  Entity dalam diri  seperti qarin dan ada pula yang berkata 2)  Entity luar diri   iaitu samada  1) Saka @ 2) pendampingan   

Friday, July 12, 2013

SENAMAN ANGGOTA SUJUD YANG MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BANAYK


kedua dua senaman ini elok di lakukan sebelum dan setelah bangkit dari tidur

kitab perubatan melayu jawi cetakan zaman Fatani

kitab luqtatul `ajlan fa yaltamisu fihil insam  pada kelebihan beberapa ayat Quran oleh Syeikh Ahmad bin Mohamad Zain bin Mustafa Al Fatani 

cetakan kedua makbaah al miriyyah di mrekah tahun 1330 H



kitab tibul ehsan fi tibbil insan 
di karang oleh syeikh Ahmad bin Mohamad Zain bin Mustafa juga . hak menerbit Hj Wan Mohamad Saghir 


Thursday, July 11, 2013

cara dan peringkat meneropong saka (berzikir)

ustaz Hanafi ek Fesfanji 
seminar KL 


MEMPEROLEHI GAMBARAN SAKA MELALUI MIMPI YANG TERHASIL DARIPADA ZIKIR

Zikir sering kali kosong . ini menyebabkan ahli suluk yang ingin mengenali saka itu terlena. =melainkan apabila di isi dengan tafakkur dan tazakkur.
Sebagaimana yang telah di nyatakan bahawa tangga pertama untuk mengungkaikan belenggu saka tersebut ialah dengan berzikir.. 
Zikir juga di panggil dengan nama wirid
Bilamana seseorang itu berworid, datanglah kepadanya beberapa kekuatan yang di panggil warid. Warid mertabat pertama di panggil intibah . ia berkumpul pada rawang.rawang ialah titik tengah antara dua bulu kening. Di situ bilamana seseorang memejam matanya , ia akan melihat seperti bola api .





 gambar menunjukkan tempat letak rawang kepada setiap manusia, iaitu tempat keluarnya tuh idhofi semasa setiap manusia tidur. kekuatan zikir akan zoom terpat tersebut sehingga skin yang ada di situ dapat membaca apa yang di temuinya. bacaan tersebut di gambarkan dalam bentuk gambaran mimpi 



Bebola nur keluar melompat-lompat dalam bentuk momentum. Dalam erti kata yang lain, ia seolah-olah lihat bergerak seperti sebuah kapal yang sedang belayar laut menuju ke satu destinasi yang telah di jadualkan.  Bilamana ia di lihat dari sebuaah kapal terbang di angkasa raya, kapal laut itu seolah-olah terapung-apung tidak bergerak ===pada hjungnya ia pasti melihat bebola nur tadi bertukar menjadi satu pemangangan yang samar samar. Seperti kabus tebal. Gambaran yang kabur sekiranya zikir itu di teruskan lagi meskipun dalam rasa lenguh yang menggigit seluruh urat sarat dan segenap sendi tulangnya, gambaran tadi menjadi semakin jelas

Gambaran ini di panggil isyraq(  ) , ia juga di panggil surah tasawwyr(    صورة التصور
Proses pertukaran dari kabur kepada semakin jelas di panggil tajalli. Sekarang, dalam penggunaan kamera, orang mengistilahkannya sebagai zoom. Proses pengtajalian( zooming)
 ) , dalam bahasa mudah, guru pondok memaggilnya sebagai filem nagetif. Istilah ini adalah ibarat daripada gambar yang di tangkap ==Kodak

Gambaran mimpi yang terpamer sewaktu berzikir mungkin berlaku dalam beberapa bentuk yang berbeza.perbezaan tajallinya pada ===menerangkan tentang sudut sudut yang berlainan tentang saka 


GAMBARAN ITU HILANG BILAMANA JAGA /BANGKIT DI WAKTU SIANG
LUPA

Ini bererti simbolek yang dating=mestipun belum di fahami= telah hilang. Dia perlu berusaha lagi untuk mendapatkan isyarat tersebut. Sekiranya ia ingat, maka usaha yang perlu di lakukan ialah mencari kefahamannya sahaja. Ertinya dengan lu itu, ia perlu mencari sekali lagi. Maka bayangkanlah sekiranya setiap kali symbol atau isyarat tersebut dating, betapa bodohnya kita



Maka demikianlah juga sikap kita yang cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Orang yang seringkali menganggapkan bahawa gambaran yang di lihat dalam mimpi adalah karut marut dan semata-mata hanyalah permainan tidur tak ubah seperti seorang pemandu kereta yang membutakan matanya kerana tidak mahu melihat papan-papan tanda dan signboard-signboard yang tertampal di sana sini sepanjang jalan. Akhirnya ia akan rugi dan tertipu dengan keangkuhan dan kebodohannya sendiri.  Manakala orang yang mengakui bahawa mimpi itu mempunyai mesej tertentu , tetapi ia sendiri tidak cuba untuk memahami ta`biran dan pengertian pula tak ubah seperti pemandu kereta yang melihat tanda-tanda dan petunjuk jalan di sepanjang perjalanannya tetapi  tidak faham dengan mesej yang di sampaikan kepadanya. Ia juga akan tersasar daripada panduan yang sebenarnya.  Orang yang berjaya ialah orang yang beringat-ingat kerana memahami peringatan-peringatan yang di nyatakan di sepanjang jalan tersebut.  Sebenarnya , sekiranya kita bijaksana, amatlah tidak wajar untuk kita memandang remeh kepada mimpi kerana Allah SWT telah menjadikan paksi cerita dalam Surah Yusuf ialah mimpi Nabi Yusuf dan mimpi Raja Qotofar . demikianlah juga Ulama-Ulama tafsir telah menjadikan mimpi-mimpi tiga manusia –mimpi Fir`aun, mimpi ibu Nabi Musa yang di panggil Luha Binnti Hanid Ibn Lawi Ibn Ya`aqub dan mimpi isteri Firaun yang bernama Asia Bint Mazahim sebagai paksi pertama kepada perbincangan tafsir dalam Surah Al Qashah dan beberapa surah lain yang menceritakan tentang pertentangan antara nabi Musa dan Firaun.


Tuesday, July 9, 2013

akar kekunyit ubat resdung



pokok kekunyit ( coscinium blumeanum) adalah sejenis pokok menjalar pada pokok lain. ia boleh memanjat setinggi 10 kaki.
ia di gunakan sebagai ubat resdung

sebaiknya di campur dengan akar terung kemal

saya lebih suka mengambil akarnya yang tua di buat isap rokok
ia akan membuka lubang lubang tersumbat jadi terbuka


Sunday, July 7, 2013

kegunaan madu(tambahan)

kelebihan madu memang telah diakui oleh semua bangsa di duni a ini. dalam hadis banyak 
menerangkan tentang saranan Nabi dan kelebihan yang ada pada madu sehingga Nabi  SAW sendiri mengamalkan madu waktu pagi.


sesungguhnya madu mempunyai khasiat yang besar kerana mengambil madu bererti kita menerima  makanan, bahan rawatan ubatan  dan kosmetik. di samping kandungannya, Gas yang terkandung di dalamnya sentiasa hidup dan mampu 

membaiki luaran dan  dalaman manusia.


MADU YANG BAIK

Madu yang paling baik ialah madu yang di hasilkan oleh oleh lebah 

yang makan bunga yang tumbuh di sekitar tempat manusia berada itu, ini bererti madu hutan kita adalah lebih baik untuk kita di amalkan berbanding dengan madu import, meskipun dari Negara 

arab. Setiap madu yang di hasilkan oleh lebah adalah paling baik di gunakan untuk manusia yang berada 

di situ. Ini kerana kekuatan yang tersimpan dalam madu yang terhasil dari pokok pokok di situ 

tertentu mampu mengimbangi semula suasana , keadaan cuaca ==dan ==manusia dio situ.

madu import bukanlah terbaik kerana kandungan di ambil dari bunga bunga yang tumbuh di cuaca yang berlainan dari kita. ia tidak mampu mengimbangi balik kekuatan kita sepenuhnya berbanding dengan madu kita,  Apatah lagi kebanyakan madu import adalah madu lebah ternak. ramai orang tertipu dengan iklan peniaga peniaga yang bersifat bohong ala kapitalis apabila  menyatakan madu terbaik adalah dari arab  padahal  negara arab yang tidak banyak pokok kayu itu membekalkan madu ternak kepada nagara yang di exportnya. 

Lain lain ciri madu yang baik ialah madu yang di perolehi dari tempat yang tinggi. Madu  yang di perolehi dari pokok yang tinggi di atas gunung yang tinggi yang terpencil dan jarang di redahi oleh manusia layak di senaraikan sebagai paling tinggi mutunya. 

Manakala madu yang di perolehi di kayu kayu yang rendah di dalam kampung atau pinggir Bandar di kira sebagai kurang mutunya. 

di antara kegunaan madu sebagaimana yang di catatkan oleh sejarah ialah bahawa  Clopatra telah menjadikan madu sebagai bahan tetap dalam mandian berendam air suam untuk 

tujuan kecantikan. demikianlah di sapukan pada pipi boleh untuk tujuan kecantikan dan 

menghilangkan bintik bintik pada muka 

madu juga merupakan ubat luka terbaik kerrana ia menjadi gam yang mencantumkan kulit tanpa meninggalkan sebarang parut atau tanda 


satu method rawatan menggunakan  madu yang telah lama di amalkan dan masih di amalkan  sehingga kini oleh ramai hafiz dan peminat perubatan Islam ialah menitikkan madu dalam mata 

untuk tujuan rawatan mata.

beberapa hafiz memberikan keterangan matanya dengan menitikkan setitik madu ke dalam mata 

setiap pagi, power kacamata mereka telah dapat di kurangkan. kelabu mata mereka dapat di kurangkan. 

demikianlah beberapa beberapa  ahli jemaah surau memberikan keterangan bahawa dengan menitikkan madu ke dalam mata selama 

beberapa minggu, mata mereka yang mengalami ketumbuhan dan saraf yang lemah telah menjadi  pulih seperti beberapa tahun sebelum   mereka menderita sakit mata.



walaupun  memanglah semasa di titikkan madu ke dalam mata, mata akan terasa sedikit pedih sehingga mengeluarkan beberapa titis air mata,sebenarnya air mata tersebut akan membersihkan dan membuang habuk yang tidak di perlukan dari dalam mata keluar. 



 membeli madu cina di pusat membeli belah bukanlah sesuatu yang baik kerana beberapa sahabat kita pengamal perubatan cina dan herba berbangsa cina menjelaskan kebanyakan madu dari cina adalah dihasilkan oleh lebah yang di beri makan sirap gula. 


Thursday, May 16, 2013

MAYA DAN PENDINDIONG RUMAH


oleh Hj  Hanafi El Fesfanji



Terdapat satu doa menareik
اللهم رب السموات وما أظللن ورب الأراضيىن وما أقللن ورب الشياطين وما أضللن ورب الرياح وما ذرين اللهم إنى اسألك خير هذا المكان وخير اهله ونعوذبك من شر هذا المكان وشر أهله  
Menurut riwayat doa ini di bacakan oleh Rasulullah SAW sewaktu memasuki perkampungan bani khuzaimah.
Dalam ilmu perubatan Islam, bacaan al fatihah, ayatul kursi dan doa ini serta tiga qul dibacakan pada air  lantas di spray pada rumah untuk tujuan menghalau ammar yang menetap di dalam rumah tersebut. Dalam ilmu perubatan Islam , sebagaimana manusia ada ruh, demikianlah rumah juga mempunyai ruh.

Dalam membincangkan tentang ruh manusia sebelum membincangkan tentang ruh rumah, perubatan islam melhat kepada tiga perkara.:
1)      Hadis hati=bilamana baik hati baiklah jasad
2)      Hadis qarin= qarin adalah tuan jasad yang kalau baik , maka baiklah jasad dan demikianlah sebaliknya
3)      Daripada kedua yang di atas, maka nafs( jiwa) adalah sepasang dengan ruh
Dalam kaedah perubatan melayu islam pula melihat, apa yang di namakan dalam kitab perubatan arab sebagai ammar(  makhluk halus yang penghuni rumah kediaman seseorang terbahagi kepada sepasang iaitu dua juga:
Maya dan toyol

Yang di maksudkan dengan maya ialah seri sesebuah rumah.inilah yang di katakan sebagai ruh rumah. Namun begitu,  sebagaimana manusia akan melihat perangaunya dalam bentuk rupa seperti binatang, maka begitulah maya ini  seringkali di gambarkan atau pun di jelmakan dalam bentuk binatang  seperti cicak tetapi lebih besar dari cicak. Di rumah kita, cuba kita perhatikan serongkali kita mendengar bunyi cicak berdecat decat padahal sekiranya kita merenung ke tempat bunyi itu, kita tidak dapat melihat apa=apapun.

Soalannya ialah dari manakah datangnya suara itu?

kita seringkali mendengar suara begitu dalam rumah kita tetapi bila kita mencari cari dari arah mana datangnya suara itu, kita akan sukar untuk menjawap soalan ini.

Inilah yg diokatakan brg ghaib

Meskipun sukar untuk melihat dimana ia berada di dalam rumah kita (kerana ia adalah makhluk ghaib) tetapi dalam kontkes beberapa rumah orang melayu zaman silam yg di perbuat dari kayu, ada beberapa lokasi   yang mudah untuk di ketahui di mana makhluk tersebut itu bersembunyi. Ini kerana segala=galanya berpusat pada tiang seri. Dalam konteks rumah batu yang tidak lagi menggunaklan tiang seri, payah jugalah nak kata= meskipun seluruh kawasan rumah perlu di spraykan, tempat inilah yang menjadi tumpuan di spraykan dengan air yg di bacakan doa tadi.
Mungkin org yg tak jupe cari maya dalam rumah dia boleh amalkan ya `alimal ghaibi was shahadah


di samping maya, yang kedua pula ialah  Toyol , yg di maksudkan dengan toyol di sini bukanlah yg curi duit dalam dompet kita tuh. Itu yg datang dari luar rumah. Toyol yg di maksudkan kat sini memang yg dah ada dalam rumah. toyol inilah yang akan memberitahu toyol yang datang dari luar yang yang untuk mencuri duit tersebut.


Monday, May 13, 2013

mengapa bayi zaman dulu tak mudah terkena kuning berbanding dengan bayi zaman sekarang?


saya ada bertanya seorang tua yang berpengalaman luas  tentang perkara ini,zaman dahulu kita tak berapa mendengar ada bayi yang di ancam demam kuning dalam peratusan yang begitu tinggi berbanding dengan bayi zaman sekarang yang seolah=olah setiap bayi yang di lahirkan terpaksa terdedah kepada ancaman ini.???

 ia menjawab mungkin zaman dahulu orang beranak kat rumah yang di kelilingi oleh pokok=udara sentiasa bertukar, bayi tersebut telah menerima sihat sedari awal lagi berbanding dengan zaman sekarang , orang ramai terpaksa bersalin di hospital. Hospital adalah tempat kotor yang udaranya adalah beredar di tempat yang sama.=udara recycle.  kuman kuning dari seseorang bayi yang terdahulu telah hidup di situ untuk di warisi oleh  setiap bayi yang baru lahir terus menerima jangkitan kuning yang telah ada di hospital tersebut
demikian juga bayi sekarang di lahirkan dalam air=corn. hakikat buruknya lahir dalam air=corn tidak pernah di bincangkan oleh sesiapa tetapi hakikatnya seorang yang di lahirkan di bawah situasi yang asal itu lebih baik daripada lahir dalam keadaan situasi yang di ubah.

ketahanan bayi zaman lampau lebih baik bilamana beberapa waktu asal selepas kelahirannya, bayi tersebut di mandikan secara tabie seperti air panas, tetapi bayi sekarang sudah di dedahkan dengan pelbagai produk semenjak beberapa saat keluar dari perut ibunya. bedak baby johnson, dan macammacam product ini mempunyai kesan kesan tertentu kepada bayi yang tidak pernah di kaji apatah lagi untuk di ceritakan ke dalam masyarakat.


itulah  komennya. sejauh mana benar sukar juga untuk saya putuskan. kita perlu lebih banyak mengkaji dan belajar lagi dan janganlah hanya asyik menerima seadanya sistem dan product yang telah di bekalkan oleh golongan bukan kita.