Sunday, June 6, 2021

buah kulim

 di pekan sari pasar kuala brang ada penjual yang menjual buah kulim. 

buah kulim berkasiat untuk merawati masaalah buah pinggang . pokok kulim adalah sejenis pokok balak 

Wednesday, May 13, 2020

fahami ada penyakit yang masuk melalui pintunya





 dalam perbincangan usul feqah,  terdapat satu bab yang membicarakan berkaitan dengan sumber hukum iaitulah apa yang diistilahkan sebagai istishab> Istshab  bermaksud mengembalikan sesuatu perkara kepada asalnya. Dalam perbincangan ilmu usul feqah begini, ini satu kaedah yang diguna pakai yang bersangkut paut secara langsung dengan sumber-sumber hukum iaitu sebahagian perkara yang tidak diketahui hukumnya dihukumkan kepada hukum asal. Al Imam As Suyuti  juga mengenengahkan perbincangan asal sesuatu itu adalah harus(    الاصل في الاشياء الاباحة  )  dan(الاصل براءة الذمة  )  asal sesuatu itu adalah bebas (daripada keburukan)  .



 Dalam kaedah perubatan tradisional orang-orang yang soleh di zaman yang terdahulu telah membuat pemerhatian yang mendalam lantas menemui rahsia istishab dalam perubatan mereka. Ada penyakit yang tidak mahu keluar  melainkan melalui pintu masuknya.  

untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas marilah kita membandingkan dengan suatu sistem iaitu tetamu yang mendatangi sesuatu rumah peraturan yang betul Ialah ia masuk melalui pintu utama yang terletak di bahagian hadapan rumah tersebut apabila ia masuk ke rumah itu tuan rumah akan menempatkannya di bahagian hadapan yang dinamakan sebagai ruang tamu. Adalah menjadi perkara yang bukan sebetulnya bilamana tetamu itu dibawa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang ataupun tetamu itu dilayan di bahagian dapur melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu. Ini kerana pintu belakang dan dapur adalah menjadi khususiyyah  kepada tuan rumah sahaja . Di bahagian belakang itu terdapat rahsia dan kekuatan tuan rumah demikianlah juga sesuatu penyakit itu masuk ke dalam badan seseorang melalui pintu-pintu , maka ada yang hanya mahu keluar melalui pintu masuknya sahaja. 


Menurut pemerhatian orang-orang soleh di zaman yang lampau memang  ada banyak penyakit  terutamanya yang berkaitan dengan gangguan dan tenaga alam yang di sebutkan oleh nabi (   )   yang tidak mahu keluar melainkan  melalui melalui pintu masuknya.  Ini kerana fitrahnya itu berjalan di atas prinsip istishab tadi. Bukan setakat itu sahaja malahan ada penyakit yang tidak mahu keluar melainkan pada waktu yang ia masuk, ini juga bersifat istishab.  oleh kerana Itulah kita mendapati banyak juga orang-orang soleh yang mengajarkan rawatan diri  daripada gangguan ialah mandi dengan bahan-bahan  tertentu pada waktu senja . Ini kerana ada penyakit yang masuk pada waktu senja tidak mahu keluar melainkan pada waktu senja juga Kerana waktu senja itu adalah satu perlambangan negatif masuk ke dalam diri kita melalui pintu-pintu tertentu yang sedang terbuka kepadanya pada waktu itu


Perawat -peraway yang  soleh zaman lampau juga memerhatikan bahawa apabila Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan diri kita terbahagi kepada dua iaitu kanan dan kiri dimana diperintahkan kepada kita supaya makan melalui tangan kanan masuk ke dalam masjid melalui kaki kanan dan memberi salam setelah selesai menunaikan sembahyang dengan memalingkan muka ke arah kanan dan juga diajar kepada kita oleh nabi supaya meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sewaktu qiam  di dalam sembahyang serta disuruhkan kepada kita memasuki tandas dengan kaki kiri , sekurang-kurangnya ini adalah menjadi satu perlambangan yang boleh kita simpulkan bahawa kanan itu tanda kebaikan dan kiri itu tanda keburukan. Dari sini ramai ahli perubatan Islam kono mensifatkan bahawa ubat masuk melalui kanan manakala kiri pula adalah laluan penyakit

 apabila kita telah bincangkan bahawa dalam merawat ada penyakit yang perlu dikeluarkan terlebih dahulu supaya penyakit yang sifatnya jahat itu tidak mengganggu penawar yang masuk dan apabila penawar itu tidak diganggu ia boleh berperanan sepenuhnya maka dalam erti kata yang lain disini boleh kita mendapati banyak perubatan yang mengajarkan supaya kita membalut di kedua-dua tempat kanan dan kiri sebagai contohnya membalut kedua-dua ibu jari tangan atau kedua-dua ibu jari kaki kanan dan kiri dengan daun-daun tertentu sebelum tidur malam , dan bukannya dengan membalut satu belah sahaja , kanan sahaja atau kiri sahaja, . Ini kerana  ada penyakit yang terkepung dalam badan dan tidak boleh keluar di tarik keluar bersama dengan di masukkan ubat 

 sebagai contohnya seringkali juga berlaku perawat penyakit gangguan mendapati pesakit tersebut berkata ketika dirasuk bahawa ia( jin)  tidak menemui jalan keluar>   Kes yang seperti ini ada berlaku kadangkala  kepada pesakit-pesakit yang baik dan soleh yang mengamalkan zikir tetapi gangguan itu tetap juga menjadi tetamu yang tidak diundang olehnya telah berada di dapur dirinya kerana diperintahkan oleh nenek moyang pesakit tersebut melalui suatu perjanjian yang tidak disuratkan , malahn ia berlaku hanyalah dengan lisan semata-mata. Dalam kes ini, bahkan pesakit itu  sendiri  merasai seperti tersumbat atau terikat oleh suatu belenggu di dalam dirinya dan tidak dapat keluar walaupun  telah berbagai usaha di lakukan, Di sinilah perlunya kita menyelongkar  pintu masuknya  tetamu itu supaya tetamu itu dapat disuruh keluar melalui pintu masuknya ini kerana seringkali juga tetamu itu telah mengganas di dapur di dalam diri pesakit dan mahu keluar melalui pintu dapur Inilah yang menyebabkan seseorang itu merasakan terlalu lenguh di kaki kanannya. Dia menderita di sebelah kanan badannya. Setelah dinasihatkan oleh pakar moden, agar dipotong kaki tersebut supaya kuman yang berada di kaki kananya  tidak merebak ke anggota lain maka apabila dia telah di potong kaki kanannya lenguh atau penderitaan di kanan itu berpindah ke kaki kirinya pula ini kerana tetamu telah masuk ke dapurnya tetapi jawapan yang dicari tidak ditemui tidak, maka bagaimanakah pula kalaulah ada nenek moyang yang pernah berzina (wal iyazubillah) dan beramal amalan berkumur-kumur lalu menyembur air jampinya pada kemaluannya, saka ini berkumpul di kepala menyebabkan mangsa(keturunannya) seringkali sakit atau gata-gata di kepala?? Gangguan masuk melalui lubang bawah  dan berdapur di bahagian atas!!!



 bagi sesetengah perawat yang berpengalaman mungkin di sini boleh kita perhatikan mereka  memerintah gangguan itu keluar melalui kaki kiri lantas apabila ayat-ayat dibacakan pada ibu jari kaki kanan dan jin  itu berjaya dikeluarkan, ia keluar  melalui kaki kiri dengan ditunjukkan sifat keluarnya melalui kaki kiri  itu dalam bentuk kaki itulah yang bergerak-gerak sebelum pesakit itu sedar padahal ayat dibacakan pada kaki kanan


Saturday, May 13, 2017

perubatan menggunakan asap




perubatan asap oleh ust hanafi elfesfanji



[Enter Post Title Here]









Terdapat beberapa bentuk perubatan menggunakan asap yang telah lama di amalkan oleh alim ulama di zaman silam. Sebahagiannya di perolehi melalui pembelajaran manakala sebahagian yang lain pula adalah melalui ilham dan pemerhatian.



HUKUM BERUBAT MENGGUNAKAN ASAP

Hukum asal kepada sebarang kaedah perubatan adalah harus. Ini berdasarkan kaedah yang masyhur di pakai dalam kaedah feqhiyyah :

الاصل فى الأشياء لإباحة



Asal pada sesuatu adalah harus.

Dalam al quran Allah telah menamakan satu surah dengan nama surah ad dukhan( سورة الدخان  ) . di gambarkan dalam surah tersebut tentang huru hara di hari kiamat . di antara nya ialah kepulan asap yang tebal. Ini membayangkan keadaan asap adalah racun yang sangat besar. Dalam perubatan Islam, asap bukan sahaja menjadi racun kepada manusia malahan juga kepada jin dan binatang. Asap-asap tertentu  juga mempunyai kekuatan menarik keluar tosik dalam badan. Maka asap-asap seperti asap kemeyan turut di gunakan untuk membuang tosik ke luar badan semenjak zaman silam lagi.



Dalam rawatan makhluk halus, ketika kami di Iskandariyah(alexandria) Mesir, Syeikh Abdul Aziz tariqah As Syazaliyyah telah mengajarkan kepada kami menggunakan asap bakaran kulit bawang ( campuran kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar)  di perasapkan pada bahagian kaki selepas sembahyang fardhu magrib selama tiga malam. Ia bukan sahaja mengusir gangguan badan yang telah masuk ke dalam badan malahan juga menarik keluar unsur-unsur yang jahat yang berada di dalam badan.

Teras chandang telah lama digunakan oleh ahli-ahli zikir dalam amalan keruhanian mereka. Mereka mempercayai bahawa

Tuesday, January 24, 2017

kegunaan damar

orang zaman dahulu menyalakan api dengan menggunakan daun kering dari pokok mengeding. daun itu di tumbuk sehingga mengeluarkan api seperti api dalam sekam. kemudian mereka tiup bara tersebut dengan damar. bila api itu marak, ia terus memakan damar. maka dapatlah mereka api tersebut

kedua-dua pokok tersebut mereka tanam di hadapan rumah mereka untuk kegunaan sehari-harian mereka juga

Sunday, May 4, 2014

mengetahui barang hilang -satu tanda Allah



mencari baranga n  kemas yang di rompak adakah akan dapat di perolehi semula atau tidak



orang tua-tua yang soleh telah meninggalkan banyak petua yang sangat berguna yang menunjukkan tanda keagungan Allah SWT Taala. mereka

telah meninggalkan satu contoh kaedah yang mudah dalam menentukan baranga n  kemas yang di rompak samada adakah akan dapat di perolehi semula atau tidak  dengan cara  menggunakan rantai emas yang ada pada tengkok seseorang perempuan. pegangang rantai tersebut sebaik-baiknya pada loketnya sekiranya terdapat loket.

tanya rantai tersebut

rantai tersebut memberikan jawapan melalui pergerakana. sekiranya ia bergerak  mengiri semacam tawaf bererti kemungkinan barang tersebut boleh di perolehi semula manakala sekiranya ia bergerak sebaliknya, kemungkinan besar harapannya adalah tipis.


maka kita jgn pelik sangatlah dengan alat yg yahudi jual kepada kita sebab memang banyak rahsia Allah , allah simpan kepada makhluknya dan allah buka beberapa tanda untuk mengetahuinya.

Thursday, September 26, 2013

meredakan bengkak dengan jadam


oleh Al Faqir Hanafi El Fesfanji

MEREDAKAN BENGKAK DENGAN JADAM


Ambil jadam sebesar ibu jari kaki masukkan perahan air limau nipis (jangan campur air biasa, masukkan air perahan saja) panaskan sehingga jadam hancur, maka sapu tempat bengkak tersebutbalut dengan daun pisang biarkan semalamana

KEGUNAAN KOPI


oleh al faqir hanafi  el fesfanji


Kegunaan kopi
Mengamalkan minum kopi membantu  Anti oksida merawati barah. Tetapi Jangan minum kopi campur susu. Untuk rawatan kulit  Campur kopi , air dan sedikit garam buat mandi lulur bagus untuk kulit.lumur seluruh badan dan gosok perlahan lahan kerana gosok yang kuat boleh melecetkkan kulit. Wap dan haba yang terhasil dengan sedikit gosokan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah . setelah lulur seluruh badan selesai, bersihkan dengan tuala yg basah dan suam. Ini kerana ia mudah mengeluarkan sel kulit yg  mati dan menghasilkan sel kulit yg baru dan segar


Bolehlah di sapukan minyak almond atau zaitun sesudah mandi

3=Mengatasi perut kembung

oleh elfesfanji


Ambil serai, lemon daun pudina madu asli garam dan sedikit ait, kisar dan minum jadikan amalan beberapa pagi angina dalam perut akan keluar

Hilangkan parut dan keringkan luka






Parutkan betik muda dan perapkan dalam peti sejuk semalamana. Pagi esok ambil lumur pada bahagian tersebut balut dengan kain sehingga kering, amalkan beberapa minggu 

Wajah tegang dan bebas dari jerawat




Segenggam manjakani di rebus sehingga mendidih pekat, bila suam sapukan pada muka atau bahagian yang di kehendaki. Biarkan sehingga kering dan bersihkan 

Monday, September 23, 2013

jembal dan jembalang



oleh al faqir hanafi el fesfanji


1)      jelmaan hantu raya mengikut rupa tuannya.
Dalam masyarakat kita terdapat satu istilah yang berbunyi jembal. Jembal bermaksud buncit, gemuk, besar atau membesar, mengembang==. Terdapat satu penyakit yang di panggil jembal iaitulah bayi lelaki yang baru di lahirkan bengkak batu pelirnya. Menurut ahli perubatan bayi yang mahir, bengkak pada batu pelir bayi lelaki itu terbahagi kepada beberapa jenis. Sekiranya bengkak sebelah kanan , ertinya kuat kerana kanan adalah lambing kuat. Ertinya penyakit itu kuat. Mernahaya kepada kanak kanak termasuk sepanjang proses pembesarannya. Maka ia di golongkan ke dalam uluran iaiatu uluran batu . puncanya adalah angina dan lender juga.


Sekiranya bengkak sebelah satu lagi iaitu sebelah kiri batu pelir, inilah yang di panggil jembal , ia tidaklah merbahaya sangat . memadainya di demah dengan sireh, atau batu balut daun mengkudu atau garampun boleh juga. Ada orang demah dengan air batu,katanya doktor suruh , jadi juga tapi ahli perubatan kata kurang elok .sebab kita bukan nak suruh kecut tapi pecah dengan cara keringkan lender tersebut.


Ada satu lagi istilah jembal yang merujuk kepada makhluk halsu iaitulah jembalang. Kepada makhlukini di namakan jembal + lang kerana makhluk ini, dalam tujuan mengusik dan menakutkan orang, ia boleh membesar,
Ertinya jembalang itu adalah menggunakan atau memasuki alam mithal dan membentuk imej yang boleh berubah kepada beberapa peringkat saiz. Demikianlah juga beberapa peringkat bentuk jelmaan. Namun begitu asalnya adalah satu juga seperyi kisah patung al latta dalam kisah pembukaan mekah itu.


Monday, September 9, 2013

ubat kencing manis



menurut Hj Wan Surau raihan Taman Melur Ampang ubat kencing manis yg ada orang sembuh  lega dgn cara ini ialah ambil tujuh kacang panjang blender dengan sebiji tomato. minum sebelum tidur

kitab al asrar al ilahiyyah


dalam simpanan saya ada sebuah kitab perubatan  kecil yang sudah sangat lama dan lebuk berjodol al asrar al ilahiyyah fi ulum al ruhaniyyah . saya tidak tahu samada kitab tersebut masih boleh di dapati di kedai atau tidak . setakat yang saya tahu ia tidak di ulang cetak lagi. kitab ini tanpa nama penulis dan tanpa tahun. yang adanya ialah nama percetakan yang semasa saya di mesir sudah tersangat tua hampir hampir tutup dah. sekaramng zaman  muzaharat pula.

saya paparkan di sini sebahagian dari nya khusus yang berkaiatan dengan merawat gangguan yang tidak saya temui dalam kitab lain. mudah2an ada kebaikan yg dapat kita ambil darinya meskipun tidaklah semua isi kandungannya saya setuju belaka.

kitab al asrar al ilahiyyah fil ulum ruhaniyyah




Sunday, September 8, 2013

senaman ufuk untuk tenaga dalam

lihat kedudukan tapak kaki yang berdiri sepasang pada gambar bawah.
di amalkan waktu pagi setelah bangkit dari tidur, mulakan dengan tarik nafas dalam dalam melaui hidung dan hembuskan mellalui mulut


gambar kedua gambar yang di atas ini di mulakan dengan dada yang terbuka, tarik nafas kemudian hembus nafas dengan mulut sehingga bongkok seperti gambar ke 2 di sebelahnya

Thursday, August 15, 2013

TAHI ( BAHAN KUMUH) SEBAGAI BAJA DAN ALAT PENGUKUR KESIHATAN



TAHI ( BAHAN KUMUH) SEBAGAI BAJA DAN ALAT PENGUKUR KESIHATAN

Baja itu ada berbagai bagai. Orang di zaman silam bukan sahaja menggunakan najis lembu kambing dan ayam Sebagai baja. 

Malahan juga pelbagai bahan kumuhan lainnya termasuk bahan kumuhan manusia sendiri sebagai bahan rawatan dalam perubatan  yang mampu membajai kesihatan mereka. mereka
Contohnya  air kencing -air kencing seseorang boleh di gunakan untuk merawat penyakit kulit seseorang seperti kudis buta dan luka. orang yang bengkak kaki  dan sembap kaki akibat kencing manis juga boleh merawati bengkak itu dengan menghalakan air kencing waktu pagi  yang panas itu ke arah tersebut. selepas beberapa minit basuhlah semula tempat tersebut. 

ulama mengharuskan dengan hadis yang embolehkan minum air kencing unta bagi mereka yang demam, inikan pula dengan hanya menghalakan air kencing saja kearah tempat luka dan kudisnya, bukannya minumpun 

air kencing juga di kumpulkan dan di bancuh dengan air biasa  di buat baja tanam tanaman , demikianlah juga tahi. air kencing di jadikan bahan test dalam menentukan seseorang mengambil drug atau x, hiv @ x , dan sebagainya lagi. kenapa ya? 

air liur manusia di letakkan pada matanya untuk merawati sakit mata,

tahi hidung menjadi ubat resdung dengan cara menyapukan pada tempat gatal akibat memakan makanan yang ia alahan dengannya,




hari ini ramai manusia tidak lagi mahu berfikir kenapa Allah jadikan benda yang bernajis itu sebagai baja yangkita perlukan.  Bukankah ia adalah najis ? jijik? Kotor? Jawabnya ya tetapi Allah SWT yang Maha bijak sana nak mununjukkan kepada kita bahawa pada aalam itu ada hokum recycle yang perlu kita faham.

Hukumak telah banyak menyebut dalam menghuraikan hokum recycle ini bahawa membasuh berak adalahjuga baja kasih saying. Dewasa ini sangat malang bilamana ramai ibu ibu yang tidak mahu lagi membasuk berak anak anaknya malahan di serahkan saja kepada bibit bibit dan orang gajinya tanpa ia menyedari bahawa anaknya itu kelak akan tumpul kasih saying terhadapnya.  Maka janganlah pula kita merasa pelik bilamanana anak mengsia siakan ibu bapanya bilamana tua kelak kerana ibu bapa yang sudah berfikiran materialistic ini hanya memikirkan untuk mengumpulkan harta sedangkan tidak mahu lagi berjalan di atas landasan fitrah yang satu daripadanya ialah recycle ini.

Memang kelakarpun kalau di katakana bahawa basuh berakl anak akan menjadikan anak itu saying dan terpanggil untuk ingat kan ibunya tetapi itulah hakikat tahi, sisa makanan yang sudah tidak di perlukan perlulah di keluarkan , atau di kumuhkan. Untuk menjadi baja bukan sahaja kepada tumbuh tumbuhan malahan juga kepada keluarga mereka sendiri.

Oleh kerana itu ibi ibu jangan;ah menyerahkan sepenuhnya anak anaknya kepada orang gaji semata mata. Kena rajin jugalah basuh tahi mereka . setakat tu jelah, jangan lebih pula kerana kalau terlebih kadang kadang takut terjatuh dalam bab sihir pula. Memang banyak bab dalam ilmu sihir yang menggunakan bahan najis sebagai alat sihir




si



LIANG LIANG DALAM BADAN




Dalam diri manusia terdapat berbagai liang liang yang menjadi rahsia perubatan ilmuan silam.  Ia adalah merupakan terowong terowong laluan pelbagai tenaga yang boleh masukkan pelbagai cairan yang berupa ubatan yang mempunyai rahsia penyembuhan. Di zaman yang lampau ramai ilmuan yang menamakan ini sebagai rahdsia tuhan atau khazanah tuhan.

Sebagai contohnya , mereka yang di serang denam akibat teruk berada di bawah panas matahari,  sehingga pengsan,sebagaimana yang seringkali terjadi kepada pesawah pesawah zaman lampau, atau pekerja buruh buruh kasar ,  di perahkan air limaun nipis ke dalam telinganya sebelah kanan setelah  suku jam dui tunggungkan kemudian di perah pula sebelah kirionya , di tunggingkan pula sehingga ia sedar setelah kepanasan tersebut hilang


untuk menyedarkan orang Orang pengsang di renjiskan air ssekurang kurangnya ke mula atau lebih baik lagi ialag muka, tapak tangan dan kaki. ini termasuk dalam bab kelebihan muka=anggota wudhuk dan anggota sujud

Orang yang terkena gangguan di spraykan setiap pagi ke urat biru di bawah lidahnya dengan air garam

Orang yang rosak urat sehingga menjadi lenguh lenguh badan seperti bahagian kereta yang kering mimyak gris, maka hendaklah di letakkan minyak gris pada bahagian tersebut. Supaya minyak gris menyerap ke serata tubuh badan,  takungkan minyak habbatis sawda pada tengah tengah tapak tangan  kedua dyua belah kiri dan kanan, ia akan menyerap masuk dengan mudah dan membawa kekuatan untuk melawan angina dalam badan. ini termasuk dalam bab kelebihan tapak tangan sebagai anggota wudhuk dan anggota sujud


Orang yang agresif kerana kerasukan hendaklah di kunci melalui cara pegang pada bahagian sendi sendinya


orang yang terkena sawan gila babi di tarik rambut pada bahagian ubun ubunnya supaya giginya yang terkancing itu terbuka, setelah di buka, di gerak gerakkan lidahnya akan membawa penyembuhan yang cepat


wallahu `alam

Sunday, August 4, 2013

PAGAR RUMAH DENGAN IKAN PUYU MASIM GARAM LIMAU NIPIS DAN PAKU





PAGAR RUMAH DENGAN IKAN PUYU MASIM GARAM LIMAU NIPIS DAN PAKU


bilamana nabi Ibrahim tiba ke Mekah yang pada waktu itu tiada penghuni lagi, nabi ibrahim

telah berdoa kepada Allah akan menjadi Tnaha haram Mekah aman dan murah rezeki .kisah ini menggambarkn kepada kita ,walaupun mekah negeri berkat, pengajarannya ialah setiap org yg baru tiba di satu tampat baru, perlu melaKUKAN sesuatu terhadap tempat tersebut kerana tempat itu akan mempengaruhi kehidupannya. ada kesan kesan tertentu pad diri seseorang akibat duduk menetap di suatu tempat tertentu.

maka bagaimanakah bilamana di takdirkan ia berada atau memperolehi tempat yang buruk .padahal ia tiada pilihan lain lagi utk berpindah ke tempat lain

di samping berdoa, bagi ahli ahli ilmu yang mana ilmu mereka di pegang akhirnya oleh orang

melayu menggunakan bahan2 sumpahan jin yg jin takuti juga bleh membantu untuk tujuan ini. ini kerana setiap makhluk adalah lemah. jin juga ada kelemahannya meskipun manusia sudah hampir berputus asa dalam menghadapinya kerana kedegilan mereka.


ada bbrapa bentuk  bentuk tanah yang tidak elok kerana manjadi kediaman jin di antaranya  ialah tanah yang di panggil lidah bumi. ia menjadi

laluan jin. tanah yang menjadi laluan air juga tidak elok kerana ia juga menjadi laluan

jin.juga di tanah bukit yang tinggi dan di dalam cerum yang dalam kerana kawasan begini

mempunyai tekanan yang tinggi. memang jin sukakan kawasan yang mempunyai tekanan yang

tinggi itulah sebabnya ia berada di puncuk gunug dan di lerah lurah bukit

 maka dalam pengalaman kaedah rawatan, rumah ini terdedah kepada ancaman ancaman kerana di

bina di laluan laluan jin tersebut


demikianlah juga rumah rumah di kawasan kawasan taman kediaman di KL dan bandar bandar

besar yang di beli dari tangan cina dan india , tentulah sewaktu mereka memuja, syaitan dan

jin yang mendampingi mereka akan datang dan meninggal bersama mereka. setengah kawan kawan

mereka di kalangan jin jin mereka ini memang melakukan kejahatan kepada merrka seperti

menyebabkan perceraian dan sebagainya lagi.

maka mereka berhasrat untuk menjual rumah mereka.

hukum membeli beli barangan milik orang kafir adalah harus meskipun barangan itu di namakan

properti .

saidina uthman juga ada membeli telaga Yahudi.
masalahnya yang menjadi masalah realiti dan bukannya masalaha teori ialah  bila pembeli

membeli rumah kafir, setelah di buat majlis kenduri bacaan yasin, mereka masih di ganggu.

mereka yg istiqamah melazimi membaca ayat pendinding pagi petang mungkin terselamat , tapi

bagaimana pula mereka yg tidak berupaya melakukan demikian ?

untuk mengatasi nya beberapa langkah telah di ambil oleh mereka yang ahli sebagai ikhtiyar.

di bacakan ayat pendinding td baca ikan puyu bergaram masim, atau limau nipis di buat masuk

dalam bin rumah atau bin pagar rumah .

pada tanah [ula, mereka menanamkan asam gelugut seperti yg kita telah bincangkan.

sebenarnya boleh juga di baca pada teras asam jawa, nibung tunggal, buluh tumpat , sulur

bertam tumbuh di batu dan sebagaunya lagi yang di takuti hantu syaitan yang merupakan

anugerah Allah pada ciptaannya,

benda benda ini memang Allah SWT jadikan sumpahan kepada mereka  untuk menjadi senjata kepada manusia . kegunaannya telah terbukti secara pengalaman dan bukti pengalaman memang di ambil kira juga sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

namun begitu, sekiranya yang berasal dari binatang seperti taring harimau, misai harimau atau sebagainya lagi, yang ini ada pertikaian nya kerana setengah mengiranya sebagai bangkai dan menduduki tempat najois aini





ini ikhtiyar ahli ilmu bagi yang menghadapi masalah. bagi yang tak ada masalah tak perlu

lah kot buatnya.

ini sebagai ikhtiyar semata mata .

pagar rumah



bilamana nabi Ibrahim tiba ke Mekah yang pada waktu itu tiada penghuni lagi, nabi ibrahim telah berdoa kepada Allah akan menjadi Tnaha haram Mekah aman dan murah rezeki

Thursday, August 1, 2013

rahsia di sebalik surah yang di beri nama surah al qamar (surah bulan) ialah bulan ada tenaga bulan



dalam al quran bukan sahaja ada di sebut banyak kali ttg bulan bahkan ada surah yang di namakan dengan nama surah al qamar(surah bulan) , ini nak menerangkan suatu yang besar sehingga nama bulan menjadi nama surah

mungkin kita mempunyai fahaman yang sempit ttg bulan padahal
Bulan mempunyai berbagai tenaga yang telah di ketahui oleh manusia semenjak zaman berzaman. Di antara tenaga tenaga bulan yang telah di manfaatkan  semenkjak zaman dahulu kala ialah: kelebihan bulan mengambang ====

Hebatnya tenaga bulan mengambang ini boleh kita lihat pada kadang kadang ada sesetengah orang yang menghidapi penyakit pasang sewaktu bulan mengambang. Bukan senang nak mengubati penyakit ini.  Banyak kita temui dalam masyarakat ramai yang tak kunjung kunjung sembuhnya .Bukan senang nak mengubati penyakit ini sudah mampu untuk menggambatkan kepada kita bahawa tenanag bulan terutamanya sewaktu mengambang menyimpan rahsia rahsia besar yang sukar di mengertikan.
Dalam masyarakat kita zaman dahulu kala, ada ilmu sihir yang menggunakan satu tenaga yang di perolehi daripada bulan mengambang yang di namakan harimau jadian . ilmu ini juga di kenali dengan panggilan harimau kerinci. Ini kerana asal ilmu ini di miliki oleh orang orang Kerinchi, Sumatera

Mereka yang ingin memiliki harimau jadian ini  bertapa di atas gunung kerinci dengan memandang kepada bayangan bulan mengambang yang terletak di permukaan air  dalam tasik yang terletak di gunung Kerinchi itu. Sambil membacakan jampi serapat yang memuja semangat harimau, sambil merenung tajam kepada bayangan bulan tersebut, lama kelamaan pandangan  bulan mengambang penuh purnama itu berubah menjadi harimau.  Bilamana harimau tersebut dating menghampirinya, ia di kehendaki supaya meneruskan bacaan mentera tersebut tanpa mempedulikan rasa takut atau gerun terhadap harimau tersebut. di larang sama sekali melarikan diri. Biarpun harimau tersebut telah dating  menjilat jilat muka petapa tersebut dengan lidahnya yang kesat itu. Sehinggalah harimau tersebut mrlompat ke arahnya sehinggalah badannya juga di tumbuhi bulu yang berbelang belang dan kuku yang panjang , bilamana ia tumbuh ekornya ===maka ilmu tersebut di kira sebagai telah sempurna. Ia terikat dengan segala pantang larangnya. Di antara syarat yang mestilah di tunaikan ialah bilamana ia mati, hendaklah di bacakan di kuburnya yassin tujuh malam.

Inilah satu sihir yang hebat melibatkan penggunaan tenaga bulan mengambang yang telah banyak memprdayakan banyak manusia yang inginkan kemasyhuran di dunia ini. Harimau ini di seryh menjaga kebun dan kampung halamannya.  Harimau ini juga di suruh menjaga harta benda dan anak beranaknya. Dengan wujudnya ilmu ini, bercabanglah syirik yang banyak dalam masyarakat.
Bukan setakat itu sahaja, malahan Gadis gadis yang inginkan kecantikan juga di ajar oleh mak mak bidan supaya menyedut tenaga bulan mengambang. Caranya ialah menggosokkan telur ke muka sambilmelihat cermin muka pada waktu bulan sedang mengambang kerana dikatakan amalan ini boleh menaikan seri dan kecantikan gadis tersebut. Janda dan sesiapa sahaja boleh melakukannya untuk tujuan pemikat
Itulah contohnya dua amalan syorik yang mengguanakan tenaga dari bulan. Sekarang kita tinggalkanlah amalan syirik begitu. Adakah semua amalan memanfaatkan tenaga bulan adalah amalan syiik? Marilah kita melihat beberapa rahsia yang ada pada cahaya bulan dan pergerakannya. Secara lebih mendalam.

Ilmu tentang tenaga bulan amatlah laus kerana menjangkau ilmu magnetic, ilmu aura , ===


=dua purnama dalam sebulan bulan masihi

Air tadahan embun waktu malam yang mendapat bayangan bulan purnama mempunyai rahsia tersendiri.  Sebab itulahkita banyak memerhatikan mereka  yang mengamalkan mandi telaga di zaman silam mempunyai tubuh badan yang lebih kuat dan bertenaga berbanding dengan kita di zaman sekarang yang mandi dalam bekas paip yang terkurung. Satu sebabnya yang kita tidak sedari ialah kerana  mereka mandi menggunakan  air telaga ini kerana
Air telaga bukan sahaja terdedah kepada sifat tanah, suhu sekeliling, cuaca persekitaran malahan juga telaga menadah embun yang turun waktu dinihari serta ia terdedah kepada menerima tenaga dari bulan dan cahaya bulan secara langsung. Bayangkan di malam purnama, gambaran bayangan bulan tersebut boleh di lihat di permukaan air dalam perigi tersebut. Maka air perigi tersebut menyimpan tenaga bulan menganbang tersebut. Bayangkan mereka mandi air yang dsebegini baik bertahun tahun seumur hidup mereka memperolehi tenaga bulan yang di simpan di dalam air di perigi dan sumurv mereka. Ini satu sumber kekuatan yang di abaikan oleh kita hari ini.

Di hari ini sudah terdapat method perubatan yang menyarankan supaya rumah yang sentiasa panas meskipun ahlinya sudah memasang air corn, mengamalkan tadahan embun dengan cara menjemurkan sebaidi air ke tempat terbuka di waktu malam supaya embun dan tenaga dari cahaya bulan masuk ke dalam air tersebut. Tujuannya adalah tenaga yang tersimpan di dalam air tersebut dapat di gunakan untuk menyejukkan rumah tersebut.dengan bacaan bacaan ayat suci al quran, di dapati rumah yang panas tadi ada perubahan yang baik.

Sebenarnya, bulan memang bahan penyejuk. Syed Qutub juga mengakui bahawa dengan melihat bulan di langit pada malam hari, hati akan menjadi tenang .  bagaimanakah sekiranyab itu di jadikan amalan. Memang rahsianya seorang yang pemanas akan menjadi lebih mampu bersabar dan tenang.  Ini adalah di antara  petua  membentuk anak yang keras kepada penyabar dan bertolak ansur.bukan itu sahaja, kanak kanak yang biasa di beri minum dan di mandikan dengan air cahaya bulan juga banyak yang berubah dapat bertolak ansur dengan adik beradiknya.

Soalnya bilamana hal ini di ajarkan pasti orang akan be3rtanya apakah hukumnya. Tidakkah ini menjadikan syirik kepada melakukan seperti penyembahan atau pemujaan kepada bulan pula.

Jawabnya ialah tiada cacat celanya pada kejadian Allah. Itu semua termasuk dalam bab rahsia alam. Hari ini orang menggolongkan perkara itu dalam ilmu sains tenaga. Maka di bolehkan apatah lagi dengan bacaan ayat ayat suci sebagai berkatnya. Yang dilarang adalah di sebabkan melakukan pemujaan  kepada bulan atau cahaya. Syaitan di zaman silam telah Berjaya mempedayakan manusia dengan mengajarkan jampi pemujaan dalam sesuatu yang hakikatnya adalah rahsia alam.  Maka manusia berfikir bahawa tanpa jampi tersebut, kelebihan yang tersimpan dalamrahsia tersebut tidak dapat di sedut ke dalam diri. Memang syaitan juga mempunyai peranan besar dalam  mengubah tubuh badan manusia menjadi harimau kerinci tetapi sekiranya seseorang memerhatikan cahaya bulan di permukaan  air  tasik dengan bacaan al quran, ia juga memperolehi kekuatan tersendiri tetapi bukanlah seperti ilmu harimau jadian kerinchi tadi.

Yang menariknya ialah sesetengah mereka yang ahli menasihati agar tidak mengamalkan bacaan fadhilat duniawi sewaktu gerhana bulan  tetapi boleh membaca wirid wirid biasa.  


HUBUNGAN MALAM DENGAN BULAN


Bersatunya tenaga malam dan tenaga bulan membentuk  kekuatan yang berbeza dari kekuatan siang hari. Kekuatan ini secara semula jadi memang di perlukan oleh badan , ruh, fikiran dan perasaan setiap manusia. Walaupun manusia tidak menyedarinya, tetapi tenaga tenaga begini memang mengikat manusia dan membelenggu kehidupan mereka.  Maka mereka akan binasa sekiranya mereka ingin melarikan diri dari ikatan malam

Contohnya ruh seseorang manusia mahukan berada di luar jasad untuk seketika. Waktu ia berada di luar jasad ini, ia memberikan kerehatan yang penuh pada jasad. Bahkan jasad itu sendiri memang mahukan kerehatan berbentuk bebas daripada ruh.

Bilamana ruh idhofi ini  telah dapat keluar dari jasad. Bilamana ia  masuk ke dalam jasad pada waktu yang awal(sebelum siang) , jasad tadi akan memperolehi kekuatan yang maksimun. Jasad yang memiliki kekuatan yang maksimun ini pula, bialmana di ajarkan supaya sujud kepada Zat pencipta . ruh itu pula akan mempunyai kekuatan yang tinggi.


Inilah faedahnya yang akan di perolehi oleh seseorang yang rutin melakukan solat tahajjud.