dalam perbincangan usul feqah, terdapat satu bab yang membicarakan berkaitan dengan sumber hukum iaitulah apa yang diistilahkan sebagai istishab> Istshab bermaksud mengembalikan sesuatu perkara kepada asalnya. Dalam perbincangan ilmu usul feqah begini, ini satu kaedah yang diguna pakai yang bersangkut paut secara langsung dengan sumber-sumber hukum iaitu sebahagian perkara yang tidak diketahui hukumnya dihukumkan kepada hukum asal. Al Imam As Suyuti juga mengenengahkan perbincangan asal sesuatu itu adalah harus( الاصل في الاشياء الاباحة ) dan(الاصل براءة الذمة ) asal sesuatu itu adalah bebas (daripada keburukan) .
Dalam kaedah perubatan tradisional orang-orang yang soleh di zaman yang terdahulu telah membuat pemerhatian yang mendalam lantas menemui rahsia istishab dalam perubatan mereka. Ada penyakit yang tidak mahu keluar melainkan melalui pintu masuknya.
untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas marilah kita membandingkan dengan suatu sistem iaitu tetamu yang mendatangi sesuatu rumah peraturan yang betul Ialah ia masuk melalui pintu utama yang terletak di bahagian hadapan rumah tersebut apabila ia masuk ke rumah itu tuan rumah akan menempatkannya di bahagian hadapan yang dinamakan sebagai ruang tamu. Adalah menjadi perkara yang bukan sebetulnya bilamana tetamu itu dibawa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang ataupun tetamu itu dilayan di bahagian dapur melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu. Ini kerana pintu belakang dan dapur adalah menjadi khususiyyah kepada tuan rumah sahaja . Di bahagian belakang itu terdapat rahsia dan kekuatan tuan rumah demikianlah juga sesuatu penyakit itu masuk ke dalam badan seseorang melalui pintu-pintu , maka ada yang hanya mahu keluar melalui pintu masuknya sahaja.
Menurut pemerhatian orang-orang soleh di zaman yang lampau memang ada banyak penyakit terutamanya yang berkaitan dengan gangguan dan tenaga alam yang di sebutkan oleh nabi ( ) yang tidak mahu keluar melainkan melalui melalui pintu masuknya. Ini kerana fitrahnya itu berjalan di atas prinsip istishab tadi. Bukan setakat itu sahaja malahan ada penyakit yang tidak mahu keluar melainkan pada waktu yang ia masuk, ini juga bersifat istishab. oleh kerana Itulah kita mendapati banyak juga orang-orang soleh yang mengajarkan rawatan diri daripada gangguan ialah mandi dengan bahan-bahan tertentu pada waktu senja . Ini kerana ada penyakit yang masuk pada waktu senja tidak mahu keluar melainkan pada waktu senja juga Kerana waktu senja itu adalah satu perlambangan negatif masuk ke dalam diri kita melalui pintu-pintu tertentu yang sedang terbuka kepadanya pada waktu itu
Perawat -peraway yang soleh zaman lampau juga memerhatikan bahawa apabila Allah Subhanahu Wa Taala menjadikan diri kita terbahagi kepada dua iaitu kanan dan kiri dimana diperintahkan kepada kita supaya makan melalui tangan kanan masuk ke dalam masjid melalui kaki kanan dan memberi salam setelah selesai menunaikan sembahyang dengan memalingkan muka ke arah kanan dan juga diajar kepada kita oleh nabi supaya meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sewaktu qiam di dalam sembahyang serta disuruhkan kepada kita memasuki tandas dengan kaki kiri , sekurang-kurangnya ini adalah menjadi satu perlambangan yang boleh kita simpulkan bahawa kanan itu tanda kebaikan dan kiri itu tanda keburukan. Dari sini ramai ahli perubatan Islam kono mensifatkan bahawa ubat masuk melalui kanan manakala kiri pula adalah laluan penyakit
apabila kita telah bincangkan bahawa dalam merawat ada penyakit yang perlu dikeluarkan terlebih dahulu supaya penyakit yang sifatnya jahat itu tidak mengganggu penawar yang masuk dan apabila penawar itu tidak diganggu ia boleh berperanan sepenuhnya maka dalam erti kata yang lain disini boleh kita mendapati banyak perubatan yang mengajarkan supaya kita membalut di kedua-dua tempat kanan dan kiri sebagai contohnya membalut kedua-dua ibu jari tangan atau kedua-dua ibu jari kaki kanan dan kiri dengan daun-daun tertentu sebelum tidur malam , dan bukannya dengan membalut satu belah sahaja , kanan sahaja atau kiri sahaja, . Ini kerana ada penyakit yang terkepung dalam badan dan tidak boleh keluar di tarik keluar bersama dengan di masukkan ubat
sebagai contohnya seringkali juga berlaku perawat penyakit gangguan mendapati pesakit tersebut berkata ketika dirasuk bahawa ia( jin) tidak menemui jalan keluar> Kes yang seperti ini ada berlaku kadangkala kepada pesakit-pesakit yang baik dan soleh yang mengamalkan zikir tetapi gangguan itu tetap juga menjadi tetamu yang tidak diundang olehnya telah berada di dapur dirinya kerana diperintahkan oleh nenek moyang pesakit tersebut melalui suatu perjanjian yang tidak disuratkan , malahn ia berlaku hanyalah dengan lisan semata-mata. Dalam kes ini, bahkan pesakit itu sendiri merasai seperti tersumbat atau terikat oleh suatu belenggu di dalam dirinya dan tidak dapat keluar walaupun telah berbagai usaha di lakukan, Di sinilah perlunya kita menyelongkar pintu masuknya tetamu itu supaya tetamu itu dapat disuruh keluar melalui pintu masuknya ini kerana seringkali juga tetamu itu telah mengganas di dapur di dalam diri pesakit dan mahu keluar melalui pintu dapur Inilah yang menyebabkan seseorang itu merasakan terlalu lenguh di kaki kanannya. Dia menderita di sebelah kanan badannya. Setelah dinasihatkan oleh pakar moden, agar dipotong kaki tersebut supaya kuman yang berada di kaki kananya tidak merebak ke anggota lain maka apabila dia telah di potong kaki kanannya lenguh atau penderitaan di kanan itu berpindah ke kaki kirinya pula ini kerana tetamu telah masuk ke dapurnya tetapi jawapan yang dicari tidak ditemui tidak, maka bagaimanakah pula kalaulah ada nenek moyang yang pernah berzina (wal iyazubillah) dan beramal amalan berkumur-kumur lalu menyembur air jampinya pada kemaluannya, saka ini berkumpul di kepala menyebabkan mangsa(keturunannya) seringkali sakit atau gata-gata di kepala?? Gangguan masuk melalui lubang bawah dan berdapur di bahagian atas!!!
bagi sesetengah perawat yang berpengalaman mungkin di sini boleh kita perhatikan mereka memerintah gangguan itu keluar melalui kaki kiri lantas apabila ayat-ayat dibacakan pada ibu jari kaki kanan dan jin itu berjaya dikeluarkan, ia keluar melalui kaki kiri dengan ditunjukkan sifat keluarnya melalui kaki kiri itu dalam bentuk kaki itulah yang bergerak-gerak sebelum pesakit itu sedar padahal ayat dibacakan pada kaki kanan